Pengalaman Mencari Maklumat/Bahan

Artikel ini dipetik daripada KOSMO Ahad, 26 Oktober 2008 yang juga boleh dibaca secara online di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt;=1026&pub;=Kosmo&sec;=Hiburan&pg;=hi_02.htm
Moga-moga dapat membantu.
Susah cari berita
Pelakon Frontpage bercakap tentang dunia wartawan
Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK

TONY EUSOFF, Cheryl Samad dan Akhtar Amin menjadi nadi penggerak siri Frontpage (Ahad, 10 malam di ntv7) yang menyingkap sisi kewartawanan Malaysia. Mereka bersatu dalam The Voice, akhbar yang membawa berita realiti ke dalam bentuk penulisan. Siang malam yang bergelumang berita, risiko dan pastinya deadline dipaparkan dalam siri arahan Kabir Bhatia dan tulisan Mira Mustaffa ini.
Sejenak menjadi penulis dan wartawan, VAZZ cuba menyelinap ke dalam minda mereka perihal kewartawanan.
Setelah sama-sama ‘bekerja’ sebagai wartawan, di mata kamu apakah kesusahan karier ini?
C: Ini satu pekerjaan yang bukan senang. Untuk sebuah cerita muka depan, wartawan perlu menunggu berita – kerja yang tidak pernah habis. Tapi mereka bertuah kerana mendapat berita first hand. Berdasarkan pemerhatian, wartawan perlu ke tempat kejadian. Saya dapat rasa keseronokannya kerana kita dapat cerita daripada perspektif yang berbeza. Tapi yang paling susah adalah untuk mendapatkan cerita muka depan di samping memaparkan berita yang benar.
A: Wartawan berhadapan dengan risiko. Apabila berlaku satu-satu kejadian, wartawan perlu turun padang dan pergi ke tempat kejadian. Ada yang jadi undercover. Itu bagi saya penuh dengan risiko. Kalau saya, saya akan fikir dua kali.
T: Cabarannya adalah untuk mencari maklumat. Maklumat tidak akan datang sendiri. Ini sangat mencabar. Lagi besar sesebuah berita, lagi mencabar kehidupan wartawan tersebut. Boleh saya katakan bahawa penulisan di Malaysia masih ada sekatan dan tidak bersifat telus. Kerjaya wartawan seperti berlakon juga, ada sekatan dan kita tidak mampu menyampaikan sesuatu yang berbentuk sangat jujur.

Sebut tentang Frontpage, kita kecilkan skop kepada hiburan, berita hiburan bagaimana yang bagus untuk berada di muka depan?

A: Bagi saya, berita muka depan yang berbentuk hiburan adalah seperti kegiatan artis. Maksudnya tidak berbentuk hiburan. Contohnya artis yang berniaga atau menjadi ikon. Bagi saya gosip kadangkala membina namun kita lebih mahu tahu kisah kejayaan artis. Boleh untuk letak berita tentang artis kena penjara atau ditangkap tetapi ia tidak begitu elok. Kita harus lebih kepada sesuatu yang berbentuk ikonik.

C: Orang selalu komplen pasal berita negatif. Ya, berita ini mudah mempengaruhi remaja khususnya. Sepatutnya kita letakkan berita yang membina dan berfaedah. Biar relevan dan memberi pengaruh yang baik.

T: Cerita hiburan yang memberi ilham atau inspirasi kepada orang ramai, misalnya kisah P. Ramlee dan kejayaannya yang sukar diatasi oleh sesiapa.

Dari kaca mata kamu – ikhlas tentang wartawan hiburan.

C: Saya rasa wartawan (tidak semua) sekarang lebih fokus kepada perkara-perkara tidak penting. Lebih banyak kepada gosip. Kalau sesuatu gosip itu tidak penting, usahlah ditulis. Sebab wartawan bertanggungjawab menentukan pemikiran pembaca. Tapi tak dinafikan orang lebih tertarik pada gosip.

A: Bagi saya sudah berbeza. Dulu banyak gosip tapi sekarang telah berkurangan. Kalau dahulu banyak tumpuan pada peribadi, keluarga dan cinta. Mungkin juga kerana artis sudah berubah dan sedar. Kadangkala gosip boleh membunuh. Kini kita boleh lihat banyak berita baik tentang artis. Tak pasti sama ada itu trend atau apa tetapi ini juga jadi panduan pada artis untuk menjalani kehidupan dan karier mereka. Kita tak nak jadi macam Hollywood, lagi nakal lagi dilihat sebagai cool. Kita mahukan yang sebaliknya.

T: Saya tidak faham kenapa gosip dibiarkan berleluasa. Perkara ini perlu seimbang. Mungkin kerana tabiat manusia suka lihat perkara yang negatif, baru orang baca atau lihat. Saya seru wartawan supaya tidak terlalu banyak menulis hal negatif selebriti. Tulislah sesuatu yang membina.
Sejauh mana wartawan membantu kerjaya selebriti?
A: Ramai orang ingat gosip itu membantu tetapi saya rasa ia cukup untuk membuatkan seseorang itu dikenali walaupun bukan untuk satu jangka panjang.

C: Wartawan banyak membantu kerjaya saya. Saya bernasib baik kerana sentiasa mendapat bantuan mereka baik dari segi promosi mahupun perkembangan karier saya. Mungkin kerana saya tidak ada berita negatif. Kalau dengar gosip pun mereka akan rujuk saya dulu. Sudah seperti persahabatan.

T: Saya boleh katakan bahawa 50 peratus kejayaan saya dibantu oleh wartawan, kalau tidak saya tidak akan sampai ke tahap sekarang.

Penulis gosip, perlu atau tidak sebenarnya?
C: Sampai kepada satu tahap, penulis gosip diperlukan. Orang luar mahu tahu cerita artis tetapi nasib kita baik kerana kita tidak ada budaya paparazzi. Gosip ini ada yang membina
dan tidak. Berita tentang kahwin itu bagus. Tapi saya harap agar sesuatu gosip itu ada kepastian kerana gosip juga boleh mengganggu periuk nasib seseorang artis.

A: Perlu kerana dengan gosip kita mudah sedar dengan hal yang terjadi dalam dunia hiburan. Mungkin boleh dijadikan panduan dan nasihat. Kalau tiada gosip, saya rasa orang tidak akan mudah ingat akan kesilapan dan pengajaran. Ini membuatkan artis perlu pandai jaga diri.

T: Perlu seimbang. Kalau saya kata tidak perlu, ramai yang akan tidak bersetuju kerana ini membabitkan perniagaan. Sebagai artis saya rasa tidak perlu. Tulis gosip yang positif. Dan hal kalau yang negatif biarlah memberi pengajaran kepada khalayak. Kalau sampai tahap digam akan memberi efek kepada ekonomi artis itu sendiri.

TIGA anak seni yang berharap gosip tidak mendominasi dunia hiburan sehingga kerjaya mereka menjadi picisan.
Seksyen mana yang akan kamu buka jika membaca surat khabar?
C: Muka depan memang kegemaran saya. Kemudian beredar ke berita nasional dan dunia. Kalau saya tidak sempat baca pun saya akan baca sepintas lalu. Saya tidak mahu jadi orang yang tidak tahu menahu akan berita. Biasanya saya akan mengambil masa satu setengah jam untuk membaca surat khabar.
A: Memang sudah jadi tabiat saya, saya akan tumpu pada tajuk utama yang menarik. Saya akan baca muka depan dan cari berita yang mempunyai tajuk yang menarik.

C: Saya juga suka artikel yang dihantar oleh penulis luar. Mereka ada pandangan yang menarik.

T: Saya lebih kepada politik dan hiburan. Tapi politik saya baca untuk pengetahuan saja. Dan semestinya saya akan baca bahagian hiburan agar saya sentiasa up-date. Namun yang paling diutamakan adalah muka depan. Saya juga mengambil masa sejam setengah untuk membaca.
Apabila ada wartawan yang menulis lirik atau terlibat dalam bidang lakonan, ada pihak yang tidak senang dengan kepelbagaian ini. Ada yang cakap cuba cari glamor dan menggunakan kerjaya sebagai batu loncatan, komen kamu?
C: Kita tidak boleh halang orang daripada mencari rezeki. Kalau orang itu berbakat, kenapa tidak? Nasihat saya wartawan yang terlibat dalam bidang seni ini perlu tahu membezakan persekitaran. Jika sudah berada dalam bidang lakonan atau nyanyian, mereka tidak akan menyebarkan cerita kepada khalayak. Harap mereka dapat bezakan dua kerjaya ini. Jangan lupa tugas sebagai sahabat juga dan jangan salah guna posisi.

A: Ini dinamakan multitalented dan kerana mereka sudah terdedah dalam aliran bidang yang sama, tidak salah untuk mencuba dan mempelbagaikan bakat. Saya tidak faham kenapa orang Malaysia suka gunakan terma gila glamor. Ini berbaur negatif.

C: Saya tidak suka terma overexposed.
A: Kita tidak boleh menghakimi seseorang dengan cara yang negatif. Beri teguran membina.
Kalau kamu seorang wartawan, bidang apa menjadi fokus kamu dan berita muka depan bagaimana yang kamu pilih?
A: Saya akan tulis dan fokus pada bakat baru. Tulis apa sumbangan mereka dan beri mereka publisiti yang baik. Mereka bekerja keras dan membantu menaikkan taraf industri. Apa yang berada di muka depan boleh mempengaruhi pembaca. Juga saya akan tulis tentang kehidupan seharian. Satu kolum tentang apa yang berlaku sehari-hari terutamanya servis pelanggan kita yang masih ditahap tidak memuaskan.

C: Saya suka melakukan perkara-perkara yang boleh mengajar. Contohnya hal semasa atau politik. Pembaca tidak mengetahui terma atau keadaan sebenar politik atau ekonomi. Kita perlu beri pengajaran berkaitan yang mereka boleh aplikasi dalam kehidupan seharian.

T: Tidak kisah di meja mana tetapi yang penting adalah cerita yang akan saya laporkan memberi manfaat kepada orang ramai. Tak semestinya hiburan sahaja atau politik tetapi secara umum. Cerita itu bukan sahaja menarik tetapi berfaedah buat rakyat Malaysia.

One thought on “Pengalaman Mencari Maklumat/Bahan

  1. dulu aku pernah berangan untuk menjadi wartawan. Tapi cuma tinggal angan2 sahaja. Walaupun minat itu masih belum dibunuh oleh masa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s