Bentuk2 Penulisan

ZT2213
BENTUK-BENTUK PENULISAN
Sem 2 Sesi 2008/09
Semester baru dah mula. Berikut adalah keterangan berkaitan krusus ZT 2213 Bentuk-bentuk Penulisan. Semoga ia dapat membantu dan memberi peluang kepada anda untuk mengatur strategi terbaik bagi mendapat keputusan yang cemerlang pada akhir semester nanti.
Kursus ini akan mendedahkan pelajar secara umum kepada dunia penulisan seperti surat kiriman rasmi, kertas laporan, kertas kerja, rencana, tesis, karya kreatif dan sebagainya. Secara umumnya, bentuk penulisan ini terbahagi kepada 4 komponen iaitu penulisan berbentuk ekonomi, akademik, popular dan kreatif. Berdasarkan kumpulan tersebut, perbincangan akan merangkumi pengenalan secara asas dalam bidang penulisan tersebut, menyentuh nilai dan etika dalam penulisan, seterusnya mempelajari pelbagai bentuk penulisan seperti penulisan memo, tesis, surat rasmi, minit mesyuarat, penulisan email berkesan, rencana ilmiah, proposal dan sebagainya

Perbincangan akan disertakan dengan contoh-contoh yang berkaitan. Pelajar bukan sahaja didedahkan dengan pengetahuan dalam bidang berkenaan semata, tetapi turut dilatih dengan kemahiran asas berkaitan, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui kuiz, perbincangan, latihan pendek dan penyediaan kertas kerja kursus serta pembentangan. Semua kemahiran dan kefahaman pelajar seterusnya akan diuji dalam peperiksaan semester.

Objektif Kursus
Setelah menamatkan kursus ini, pelajar akan:
Ø Memahami akta dan peraturan yang perlu diikuti oleh penerbit dan penulis.
Ø Mengetahui beberapa cara gaya penulisan seperti jurnal, bahan ilmiah, tesis, rencana dan karya kreatif, serta menemukan beberapa cara/bentuk penulisan bahan rujukan seperti `Gaya UKM’ dan `Gaya Dewan’.
Ø Mengetahui corak dan gaya penyuntingan serta proses penerbitan sesebuah bahan bacaan.
Ø Didedahkan kepada bentuk-bentuk penulisan secara am dan dapat membezakan kumpulan tersebut, serta menemukan nilai dan etika penulisan.

Polisi
Pembelajaran kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kuliah selama dua jam setiap minggu dan tutoran selama satu jam setiap minggu. Kehadiran kuliah tidak diwajibkan. Walaupun begitu, kedatangan pelajar akan dicatatkan. Jumlah kedatangan yang kurang daripada 70 peratus jumlah keseluruhan boleh menyebabkan pelajar dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir.


Tanggungjawab
Dalam kursus ini, pensyarah bertindak sebagai pembimbing, pemudah cara dan pemandu arah kepada pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Setiap kuliah, perbincangan dan tutoran yang dijalankan memerlukan penglibatan para pelajar yang dipandu oleh pensyarah. Pensyarah juga perlu mengenal pasti tahap kemampuan capaian pelajar terhadap intipati kursus ini. Setiap pelajar yang mendaftar kursus ini perlu sanggup untuk memikul tanggungjawab untuk:
1. Menepati masa dalam semua jenis tugasan.
2. Menghadiri kuliah dan tutoran seperti yang ditetapkan dalam jadual.
3. Menjadi pelajar yang aktif dan menyumbang dalam perbincangan kuliah dan tutoran
4. Menunjukkan prestasi dan kerjasama yang baik dalam semua tugasan.

PERATURAN

Gagal Menyerahkan Tugasan
Kegagalan para pelajar menyerahkan setiap tugasan bertulis atau menyertai pembentangan berkumpulan menyebabkan markah akan ditolak mengikut peruntukan di bahagian markah. Walaupun begitu, pengecualian boleh diberi berdasarkan alasan-alasan yang serius dan munasabah serta dikemukakan dalam bentuk dokumen seperti sakit yang serius, dimasukkan ke hospital, kematian ahli keluarga terdekat, bersalin, dan alasan lain yang difikirkan wajar. Sekiranya masalah seumpama itu dihadapi, pelajar hendaklah memaklumkan hal tersebut seawal mungkin, atau sekurang-kurangnya sebelum peperiksaan akhir bermula supaya alternatif lain dapat dipertimbangkan untuk ditawarkan terhadap pelajar tersebut.

Kuliah dan Tutoran
Kehadiran kuliah tidak diwajibkan. Walaupun begitu, kuiz akan diadakan di dalam kelas tanpa diberitahu kepada pelajar terlebih dahulu. Pelajar yang menjawab soalan kuiz akan diberikan markah tertentu. Kuiz ini perlu dijawab secara bertulis dan dihantar semasa kuliah berlangsung. Ulangan kuiz bagi pelajar yang tidak hadir atau tidak menjawabnya semasa kuiz diberikan TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

Tutorial diwajibkan kepada setiap pelajar, tetapi kehadiran tutoran tidak mempunyai peruntukan markah. Walaupun begitu, Kegagalan atau kelewatan pelajar untuk mematuhi sekurang-kurangnya 70% daripada keseluruhannya menyebabkan para pelajar dilarang untuk menduduki peperiksaan akhir. Kehadiran seseorang pelajar yang menghadiri tutoran lebih daripada lima belas minit selepas tutoran berkenaan bermula akan dikira batal.

Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil terdiri daripada 4 hingga 5 orang setiap kumpulan untuk menyiapkan semua tugasan yang diperlukan. Anda akan berbincang tentang tajuk-tajuk yang diberikan, seterusnya membentangkan hasil perbincangan kumpulan. Pembentangan memberi paling maksimum 5 markah. Format untuk pembentangan adalah seperti berikut;
Ketepatan Masa : 1 Markah
Kelancaran : 1 Markah
Alat bantu : 1 Markah
Isi dan ketepatan : 2 Markah
Jumlah : 5 Markah

Kuiz
Pensyarah kursus ini berhak untuk mengedarkan soalan kuiz kepada pelajar tanpa memberitahu terlebih dahulu. Setiap kuiz yang dijalani mempunyai peruntukan markah tertentu yang akan dicampur dengan markah keseluruhan untuk kursus ini.

Tugasan Bertulis
Pelajar perlu menyiapkan tugasan bertulis secara berkumpulan. Setiap tugasan secara bertulis yang perlu disiapkan pelajar dalam kursus ini hendaklah dihantar dalam tempoh yang diberikan. Kertas kerja berkumpulan akan dibentangkan dalam tutoran. Setiap tugasan yang dihantar lewat akan menyebabkan satu markah ditolak bagi setiap hari jumlah kelewatan tersebut. Tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar untuk pemarkahan terdiri daripada;
i. Kertas kerja atau kertas cadangan (akan dibentangkan dalam tutorial)
ii. Ulasan Novel atau ulasan penyelidikan
iii. Rumusan kuliah (10 minggu kuliah)

Cara pemarkahan bagi ketiga-tiga tugasan bertulis ini adalah seperti berikut;

1. Kertas kerja atau kertas cadangan
Format pemarkahan;
Tujuan Kajian : 1m
Skop kajian : 1m
Kaedah Kajian : 1m
Format : 1m
Gaya bahasa : 2m
Isi dan ketepatan : 5m
Penemuan : 2m
Bibliografi : 2m
Jumlah : 15m

2. Ulasan Novel atau ulasan penyelidikan:
Format pemarkahan;
Tujuan Kajian : 1m
Skop kajian : 1m
Kaedah Kajian : 1m
Format : 1m
Gaya bahasa : 2m
Isi dan ketepatan : 5m
Penemuan : 2m
Bibliografi : 2m
Jumlah : 15m

3. Rumusan Kuliah
Format pemarkahan
Bahasa 3m
Isi dan ketepatan 4m
Gaya penulisan 3m
Jumlah 10m

Setiap tugasan bertulis perlu memenuhi;

a. Halaman Hadapan
· Hanya menggunakan kertas A4 berwarna PUTIH dengan tulisan berwarna HITAM yang JELAS sahaja. Sebarang warna lain selain dari itu TIDAK AKAN diterima sama sekali.
· Perlu difailkan secara kemas.
· Perkara yang dicatatkan pada halaman ini adalah seper
ti berikut;
*Nama kumpulan, nama & nombor matrik setiap ahli dengan seragam dan lengkap.
Contohnya;
Alif bin Ba : A 12345
Ta bin Sa : A 00007
Hamzah bin Ya : A 67891

Sekiranya nama anda terlalu panjang, seragamkan juga bentuk penulisannya seperti berikut;

Tengku Mohammad Syafiq Daniel Tengku Mohammad Ibrahim
(A 67891)

Ali bin Abu
(A 00007)

Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie
(A44445)

* Kod dan nama kursus, semester dan sesi pengajian
* Tajuk kertas kerja
b. Panjang Kertas Kerja
· Kertas kerja atau kertas cadangan: tidak kurang daripada 15 halaman dan tidak boleh lebih daripada 20 halaman, tidak termasuk bibliografi, lampiran, carta, graf, gambar dan sebagainya.
· Ulasan Novel atau ulasan penyelidikan: tidak kurang dari 10 halaman dan tidak boleh lebih daripada 15 halaman, tidak termasuk bibliografi, lampiran, carta, graf, gambar dan sebagainya.
· Rumusan kuliah: tidak kurang dari 10 halaman dan tidak boleh lebih daripada 15 halaman, tidak termasuk bibliografi, lampiran, carta, graf, gambar dan sebagainya.

c. Gaya UKM, APA atau MLA
· Penulisan kertas kerja perlu memenuhi syarat-syarat dan penulisan sama ada Gaya UKM, MLA atau APA. Gunakan sistem pernomboran yang betul, bibliografi dan cara rujukan sama ada Gaya UKM, APA atau MLA, huruf times new roman dengan font 12.

d. Tarikh hantar kertas kerja
· Sila hantar kertas kerja anda sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan. Kelewatan menyerahkan kertas kerja pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan berlaku `pengurangan’ pada bahagian markah. Kelewatan menyerahkan kertas kerja sehari, akan menyebabkan SATU markah akan ditolak daripada jumlah keseluruhan kertas kerja yang diperolehi. Kertas kerja yang lewat dihantar sehingga seminggu akan menyebabkan kertas kerja berkenaan TIDAK akan dinilai.

e. Perkara Utama perlu ada dalam kertas kerja


· Tujuan kajian: apakah tujuan kajian dilakukan?
Contoh tajuk: Pelajar Wanita Lebih Cemerlang Berbanding Pelajar Lelaki di IPT
*Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauhmana kebenaran bahawa pelajar wanita lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki.
*Kajian ini dilakukan untuk mencari sebab mengapa bilangan pelajar wanita lebih cemerlang dan ramai jumlahnya berbanding pelajar lelaki di IPT.

Kenapa aspek ini dipilih?
*Aspek ini menjadi pilihan kerana menjadi isu hangat dan dibincangkan secara meluas, tetapi masih diperdebatkan secara umum tanpa kajian yang serius.
*Aspek ini dipilih kerana ingin mencari kebenaran adakah benar pelajar lelaki di IPT memang tidak cemerlang berbanding pelajar wanita dan mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku.

· Kaedah kajian: nyatakan kaedah yang digunakan. Terdapat pelbagai kaedah kajian yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian kajian, contohnya;
i. Resensi kepustakaan: melakukan penyelidikan, mencari bahan dan data sama ada primer atau sekunder di perpustakaan, pusat sumber. Bahan-bahan terdiri daripada buku, artikel, jurnal, mikrofilem, filem, video, sumber internet dan sebagainya.
ii. Mengedar soalan kaji selidik: menghantar set soalan kaji selidik, mengutipnya semula setelah diisi respondan dan melakukan analisis dengan menggunakan pogram tertentu.
iii. Kajian makmal: melakukan uji kaji di makmal.
iv. Temubual dan wawancara: menemui tokoh tertentu yang berkaitan dan menemubualnya, dan sebagainya.
*kaedah kajian boleh digabungkan semuanya atau sebahagian sahaja yang berkaitan.

· Skop / batasan kajian: apa yang difokuskan dalam kajian. Fokus ini akan menentukan arah atau batasan dalam tulisan.

Contoh:
Kajian ini hanya akan menumpukan tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar wanita menjadi lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki di IPT, khususnya UKM.
Bermakna, kajian hanya menumpukan kes tersebut di UKM sahaja. Jadinya, apa-apa keputusan, dapatan dan kesimpulan dari kajian ini hanya relevan di UKM sahaja. Fokus lain yang boleh dilihat umpamanya;

i. mengkaji hanya kaum Melayu di UKM sahaja
ii. kaum Melayu di semua IPTA
iii. pelajar Melayu tahun satu di UKM sahaja.

· Penemuan: perlu menepati kehendak dan menjawab tujuan kajian.

f. Nota Tambahan
· Penilaian kertas kerja berdasarkan keaslian dan idea yang bernas serta tersendiri, huraian yang menepati dan wajar, struktur kertas kerja termasuk pengenalan, isi, huraian isi, contoh, penemuan, kesimpulan, bibliografi dll.
· Elakkan melakukan copy and paste dari bahan rujukan atau mencuri idea dan melakukan jenayah plagiat.
· Keutamaan markah diberikan kepada tulisan yang ASLI dan segar.

Peperiksaan Akhir
Peperiksaan akhir menyumbang 50 markah. Soalan untuk peperiksaan akhir terdiri daripada DUA bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Bahagian A (30m)
Berbentuk esei.
LIMA soalan akan diberikan. Pelajar dikehendaki menjawab DUA soalan sahaja. Setiap soalan menyumbang kepada 15 markah.

Bahagian B (20m)
Berbentuk esei.
Hanya DUA soalan sahaja diberikan. Pelajar wajib menjawab SATU soalan sahaja.

Pemarkahan
Markah dan gred bagi semua tugasan pelajar berdasarkan pendapat dan pertimbangan profesional pensyarah kursus ini dan tidak boleh dirundingkan. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, pelajar boleh memaklumkan dengan segera kepada pensyarah berkenaan.

Tingkah Laku
Pelajar yang mengikuti kursus ini dikehendaki menepati masa perkuliahan, tidak mengganggu orang lain semasa kuliah berlangsung, menghormati antara satu sama lain, memberi kerjasama dalam setiap tugasan yang diberikan dan prihatin terhadap kursus ini. Pelajar juga dikehendaki menyediakan suasana mesra, harmoni dan berdisiplin dalam kuliah dan tutoran.

PEMARKAHAN KESELURUHAN
Pembahagian Markah

Kertas Kerja 15%
Ulasan Novel 15%
Rumusan kuliah 10%
Pembentangan 5%
Kuiz 5%
Peperiksaan Akhir 50%
Jumlah 100%

Senarai Rujukan:

Panduan menulis tesis gaya UKM. 2007. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, UKM.
Burack, A.S. 1976. The writer’s handbook. Boston; The Writer.
Curven, Peter. 1986. The world book industry. London: Euromonitor Publications.
Egger, Philip. 1989. Proses and practise: A guide to basic writing. New York: Harper Collins Publisher.
Gross, Gerald. 1985. Editor on editing. New York: Harper & Row.
Kamal Halili Hassan. 1990. Penulis dan undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mus Chairil Samani. 1996. Diskusi etika kewartawanan. Bangi: Jabatan Komunikasi, UKM.
Mus Chairil Samani. 1997. Penulisan rencana berkesan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sila rujuk blog untuk bahan rujukan terkini. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s