Saman Fitnah

Kes pertama saman fitnah yang dilakukan secara maya (melalui web dan blog) mendapat kemenangan bagi pihak yang menyaman.

Artikel ini dipetik dari Sintok Online terbitan 30 MAC 2008 dan boleh di layari di http://sintokonline.uum.edu.my

UUM-NC Menang Kes Saman
Menang Tujuh Juta Ringgit Dalam Kes Saman Fitnah.

SINTOK: NAIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi melahirkan rasa bersyukur kerana keadilan telah ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Alor Star membuat keputusan memihak kepada beliau dan universiti kerana difitnah yang boleh menjatuhkan nama baik dan integritinya serta UUM. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Star, Priscilla Gengadaran hari ini telah membuat keputusan supaya pihak defendan yang terdiri daripada Raja Petra Raja Kamaruddin, Ketua Pengarang Akhbar Suara Keadilan dan Editor Akhbar Suara Keadilan membayar kepada Tan Sri Dr Nordin dan UUM sebanyak RM7,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Juta).

Dalam sidang media di Bilik Mesyuarat Naib Canselor di pejabatnya, beliau berkata sepanjang tempoh proses pengadilan mahkamah beliau bersyukur kerana dapat menahan diri dengan penuh disiplin supaya tidak terlibat dalam perbahasan di dalam blog-blog, meski pun ada masanya rasa tergoda untuk mempertahankan diri yang difitnah dengan begitu meluas.

“Saya merasa suatu kejayaan mewakili golongan intelektual di dalam negara supaya blog-blog dan pihak yang menyalahgunakannya tidak mempermainkan-mainkan kebenaran dan integrity intelektual untuk tujuan-tujuan yang mereka sahaja yang tahu.

“Saya juga merasa puas kerana telah dapat mendisiplinkan diri sendiri dengan menghormati mahkamah dan tidak terjebak membuat kenyataan-kenyataan terbuka dalam tempoh tersebut,” katanya yang telah difitnah menciplak tulisan orang lain untuk faedah diri sendiri. Artikel fitnah bertajuk ‘NC UUM Penciplak’ yang disiarkan dalam laman web http://www.malaysiatoday.net dan juga diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan Bilangan 098 bertarikh 27.12.2006 hingga 10.01.2007 telah menyebabkan beliau dan secara tidak langsung memburukkan nama UUM serta seluruh warga kampus yang lain.

Katanya, oleh kerana mahkamah yang adil telah membuat keputusan memihak beliau dan UUM yang telah dianiaya melalui tulisan-tulisan longgar dan tidak bertanggungjawab, beliau berharap keputusan mahkamah ini menjadi teladan kepada mana-mana pihak supaya tidak dengan mudah melakukan invasion into individual and institutional integrity semata-mata untuk memenuhi kepentingan yang mereka sahaja yang tahu.

“Kami di UUM akan sentiasa mempertahankan maruah kami melalui proses keadilan mahkamah yang kami sangat percayai. Saya yakin UUM dan ahli masyarakatnya serta seluruh masyarakat akademik di negara ini gembira meraikan keputusan ini yang memihak kepada kami,” katanya. Tambah beliau, melalui kes ini ia mungkin boleh dianggap sebagai ‘landmark case’dalam salah laku siber di negara ini dan percaya selepas ini masyarakat pengajian tinggi akan bangkit melalui proses keadilan terhadap sebarang usaha memperkecil dan mempermainkan kesucian integriti institusi pengajian tinggi.

“Kemenangan UUM bukan kemenangan kami sahaja sebaliknya kemenangan seluruh masyarakat pengajian tinggi di negara ini yang sentiasa mendukung prinsip integriti saintifik dan intelektual. Kami bangga kerana UUM yang memulakan kebangkitan ini. Dr Nordin berkata terlalu banyak fitnah yang dimainkan dalam blog, dan melalui tindakan yang diambil oleh UUM menunjukkan ianya mempunyai jalan penyelesaian.

“Selepas ini bagi mereka yang difitnah jangan mudah terjebak dalam masalah ini tetapi boleh membawa kes ini sebagai kes sivil untuk menuntut ganti rugi daripada orang yang memfitnah dan dengan kejayaan ini ianya dapat menjadi contoh kepada institusi lain untuk mengambil tindakan terhadap perkara-perkara tidak baik yang dibincangkan dalam blog,” katanya lagi. Beliau percaya mereka yang teraniaya perlu bangun menggunakan keadilan di mahkamah dengan mengikut proses yang betul dan biarlah mahkamah yang menentukan keadilan tersebut.

Katanya, kalau terus berbahas dalam blog tentang perkara-perkara tersebut tiada siapa yang tahu pihak mana yang menang atau kalah kerana masing-masing menjadi hakim sendiri. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof Madya Dr Abd Razak Chik, Bendahari UUM, Dato’ Maidin Syed Ali dan Peguambela dan Peguamcara, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili UUM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s