Tentang Blog 2

Artikel berkenaan adalah maklum balas terhadap tulisan Roosfa hashim dalam Utusan Malaysia pada 25 Januari 2009 yang boleh di layari di http://saieedriss.blogspot.com/2009/01/tanggungjawab-sebagai-blogger.html

Blogging bukan perkara iseng-iseng. Dalam rencana berjudul Melahirkan Bloggers Yang Bertanggungjawab siaran Mingguan Malaysia hari ini (25 Januari 200) diletakkan aktiviti blogging sebaris dengan kewartawanan formal serta media formal sebagai sumber maklumat, malah dikatakan blogging ada kelebihan kerana kepantasan dalam menyiarkan tulisan mengenai apa sahaja isu yang timbul dan lengkap dengan bahan visual dan audio-visual serta video lagi.

Lebih penting diberi perhatian ialah bloggers bebas menyatakan dan menyiarkan kenyataan mereka kepada seluruh dunia pada kadar lebih segera tanpa perlu melalui tingkat-tingkat dan tapisan hakiki dan maya seperti medan kewartawanan formal . Misalnya rencana ini saya tulis hanya beberapa jam selepas disiarkan oleh Roosfa Hashim (roosfa@ukm.my), pensyarah dari Universiti Kebansaaan Malaysia tentang tanggungjawab dalam blogging. Kalau ada pun akhbar nak jawab kena tunggu sewal-awalnya esoklah. Saya sudah siarkan lebih dahulu dan mendapat perhatian lebih awal.

Bagaimanapun ada satu lagi aspek yang masih longgar dari segi perundangan dan tanggungjawab dalam aktiviti blogging. Aspek itu ialah status blog itu sebagai medan peribadi dalam mana seseorang boleh menulis apa sahaja untuk simpanan diri sendiri atau blog itu sebagai media awam, yang boleh mempengaruhi dan dibaca, dipercayai dan mempengaruhi pembaca di mana sahaja.

Kes begini agak ketara apabila Jaya Ramba menulis dalam blognya tentang masalah pemilihan judul karya terbitan DBP Sarawak yang ada kalanya semacam tidak seskima dengan yang dilakukan di ibu pejabatnya.

Jaya bermaksud menyatakan pandangan peribadi dan pengalaman sebenarnya yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa dalam blognya. Apa yang dikatakan oleh Jaya itu ada dokumennya dan ada surat menyurat yang mensahihkannya. Dengan kata lain dari segi hak bersuara Jaya berhak menulis sedemikian di dalam blognya kerana itu blog peribadinya.

Namun status tulisan itu berubah apabila ada orang menyentuhnya di dalam sebuah rencana disiarkan di akhbar perdana, iaitu yang berstatus media cetak, sehingga menimbulkan riak kecil tetapi kesannya cukup mendalam mengikut penulis rencana itu.
Nak dikatakan rencana itu tidak wajar kerana memetik bahan daripada blog peribadi danmengangkat catatan peribadi sebagai rujukan rasmi tidak boleh juga kerana yang peribadi itu disebarluas ke seluruh dunia, sedangkan pihak yang diperkatakan tidak mungkin mendapat ruang menjawab di dalam medan itu kerana ia milik peribadi.

Kalau tidak ditulis pula rencana itu, juga tidak wajar kerana apa yang diperkatakan itu ada hubungannya dengan ehwal awam dan ada kaitan langsung dengan wang awam – peruntukan dalam bidang penerbitan oleh DBP adalah wang awam.


Rasanya mungkin cara, gaya dan bahasa Jaya di dalam blognya kurang berhemah maka tiada hikmahnya. Habis, blog peribadi itu kan sama dengan bilik sendiri – nak pakai apa dan buat apa sendiri sukalah. Sanya ini bilik berdnding kacaseluruhnya, segala perlakuan ditontoni orang luar.

Maka rasanya kita harus kembali meneliti tulisan Roosfa Hashim dan cuba menghayati mesej penting di sebalik tulisan itu. Ayuh mari kita baca. Klik di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s