Hadiah Nobel

Politik Hadiah Nobel dibongkar
Oleh Tuan Nur Suhaila Raja Muhammad
HADIAH Nobel (Kesusasteraan) menerusi laman http://www.npr.org dalam ruangan Morning Edition menjelaskan kekecohan yang menarik perhatian ramai apabila kewibawaan calon Hadiah Nobel 2008 (Kesusasteraan), Amerika Syarikat, Richard Russo. Novelis yang pernah memenangi Hadiah Pulitzer 2002 melalui novelnya, Empire Falls, berkongsi kekecewaan apabila Setiausaha Tetap Akademi Swedish, Horace Engdahl, memaklumkan kepada Associated Press bahawa Eropah masih menjadi pusat kesusasteraan dunia, bukan Amerika Syarikat. Rasso membidas kenyataan Engdahl yang mendakwa Amerika Syarikat tidak menyertai “big dialogue” kerana beliau berasa sumbangannya dan rakan seperjuangannya dalam bidang penulisan sudah mencukupi untuk meletakkan mereka dalam diskusi itu.

Menurut penulis Who’s Afraid of Virginia Woolf dan Zoo Story, Edward Albee, penyingkiran penulis tersohor abad ke-20 iaitu Leo Tolstoy, Marcel Proust, Jorge Luis Borges, James Joyce, Vladimir Nabokov dan WH Auden, mempamerkan adanya agenda politik tersembunyi bagi anugerah berkenaan. Fenomena ini mencetuskan kemarahan beberapa pengarang Amerika, malahan penulis esei majalah Slate versi dalam talian turut mencadangkan Amerika Syarikat menarik diri kerana konspirasi yang berlaku terhadap anugerah berprestij itu sememangnya diketahui umum. Kenyataan ini telah mencuit hati Presiden Pen American Center, Francine Prose yang menyatakan bahawa beliau lebih suka mempertahankan kedudukan Amerika di kalangan masyarakat antarabangsa dan menguruskannya seperti yang sepatutnya.
Prose dalam laman web berkenaan melaporkan, tiga daripada empat pemenang Hadiah Nobel (Kesusasteraan) mengkritik hebat dasar luar Swedish Akademi, manakala sesetengah masyarakat menuduh badan ini berat sebelah dan bersifat antipenulis Amerika. Beliau menganggap kenyataan Engdahl yang mengkritik penerbit Amerika Syarikat kerana tidak memajukan sastera dalam bidang penterjemahan mempunyai sebab yang tersendiri kerana setiap anugerah mengenakan syarat tertentu untuk layak dipertimbangkan sebagai penerima. Pemenang Hadiah Pulitzer 2008, Junot Diaz, menjelaskan bahawa fenomena yang berlaku turut menyumbang kebaikan kerana ia menggalakkan penerbit menterjemah lebih banyak hasil karya antarabangsa seperti karya hebat penulis Mexico, Martin Solares.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s