Penulis Hina Raja

Artikel ini dipetik dari Berita Harian yang disiarkan pada Selasa 28 Januari 2009 yang boleh dilayari di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20090119231148/Article/
Penulis dipenjara tiga tahun

BANGKOK: Mahkamah Jenayah Bangkok menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas seorang penulis Australia kerana menghina keluarga diraja Thailand dalam novel tulisannya pada 2005. Mahkamah itu pada mulanya menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Harry Nicolaides, 41, namun mengurangkan hukuman kerana tertuduh mengaku bersalah. Nicolaides didakwa kerana menghina raja dan Putera Mahkota Thailand dalam buku tulisannya Verisimilitude.
Hakim bersidang berkata semalam kenyataan ‘mencadangkan ada penyalahgunaan kuasa diraja’ menghina monarki Thailand dan membawa hukuman penjara antara tiga hingga 15 tahun. Seorang warga Swiss didakwa dengan tuduhan sama tahun lalu dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun. Dia diampunkan raja selepas menghabiskan hukuman sebulan. Sementara itu, tertuduh yang muncul di mahkamah memakai pakaian penjara jingga-coklat dan kaki berantai, memberitahu media sebelum perbicaraan dia masih tidak tahu siapa yang memfailkan aduan mengenai novel pada 2005 tulisannya bertajuk ‘Verisimilitude’.
“Ia umpama pengalaman Alice in Wonderland. Saya benar-benar percaya saya bangun tidur dan semuanya akan hilang,” kata warga Greek-Australia 41 tahun dengan suara tersekat serta penuh emosi. – Reuters/AP
Cetak artikel Hantar pada

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s