Kebebasan Menulis

Artikel ini kaitan dengan etika dan kebebasan apabila menulis. Sila rujuk laman web Buku Ria (ada saya pautkan dalam blog ini) untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan.
Buku yang Terlarang
February 20th, 2009 Visited 32 times, 30 so far todayPosted in Artikel BukuRia by Najibah

Tidak lama lagi
Pesta Kesusasteraan Antarabangsa Dubai akan berlangsung daripada 26 Februari – 1 Mac 2009. Pesta ini sememangnya dinanti-nantikan oleh Geraldine Bedell. Ini kerana novel terbarunya berjudul Gulf Between Us akan menjadi satu-satunya buku berbahasa Inggeris yang akan dilancarkan di pesta tersebut.

Tetapi pada saat-saat akhir, buku itu telah disenarai hitam oleh pihak penganjur kerana intinya didapati boleh menimbulkan kontroversi. Antara kontroversi yang dimaksudkan adalah wujudnya watak seorang lelaki Arab homoseksual yang mempunyai teman lelaki Barat, cara buku tersebut membicarakan tentang Islam serta termuatnya tragedi perang Iraq.
Oleh sebab pengharaman ini, nampaknya Pesta Kesusasteraan Dubai telah menerima padah kerana kehilangan ramai peserta (penulis) terutamanya dari Barat yang menarik diri demi menyatakan penentangan terhadap apa yang disifatkan sekatan terhadap kebebasan menulis.
Di Miami, Amerika Syarikat pula gara-gara seorang bapa, Juan Amador membuat bantahan kepada sekolah anaknya tentang sebuah buku berjudul A Visit to Cuba (Vamos a Cuba), pihak sekolah telah menyenarai hitam buku terbabit daripada menjadi bahan bacaan. Naskhah yang berada di perpustakaan sekolah telah ditarik balik daripada rak.
Buku itu dikatakan menggula-gulakan suasana kehidupan di bawah pemerintahan komunis Fidel Castro. Ini bertentangan dengan dasar Amerika yang bermusuhan dengan Cuba. Akhirnya mahkamah menyebelahi keputusan pihak sekolah dan memutuskan bahawa pengharaman buku itu di sekolah rendah tersebut tidak menyalahi Perlembagaan.
Sebenarnya, perdebatan mengenai isu penapisan buku seperti yang berlaku di Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat tidak asing di mana-mana negara sekalipun. Di Malaysia sendiri, terdapat banyak buku-buku yang telah diharamkan oleh KDN ataupun JAKIM.
Antara buku-buku yang pernah diharamkan adalah buku The Malay Dilemma nukilan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad, buku Penilaian Semula Hadis oleh Dr Kassim Ahmad dan buku-buku kumpulan Sisters in Islam.
Antara buku dari luar negara yang telah ditapis pula adalah beberapa buah buku Karen Amstrong, seorang sarjana perbandingan agama dan memoir Josephine Gillespie yang menulis tentang kehidupan singkatnya di kalangan kerabat Sultan Terengganu sebagai isteri Raja Baharin. Manakala buku-buku yang ditapis oleh JAKIM biasanya merupakan buku-buku dakyah Kristianisasi yang secara terang-terangan mensasarkan orang Islam sebagai pembaca.
Walau bagaimanapun, ada antara buku-buku yang dihalang penyebarannya ini boleh didapati secara agak meluas, boleh dibaca serta dibincangkan tanpa banyak masalah. Pernahkah anda membaca mana-mana buku yang telah diharamkan sama ada penerbitan dalam negara atau luar negara? Pada pendapat anda, adakah buku-buku tersebut benar-benar sebahaya itu untuk dihadam oleh orang ramai secara berleluasa?
Atau mungkin pernah ibu bapa anda sendiri menghalang anda membaca buku-buku tertentu yang mereka rasakan kurang sesuai bagi anak seumur anda atau untuk corak pemikiran anda? Ada yang melemparkan pendapat bahawa ibu bapa tidak sepatutnya menyekat pembacaan anak-anak, tetapi mengawal dan melatih pemikiran anak dengan membelikan buku tambahan yang berpandangan sebaliknya. Dengan cara ini pemikiran anak akan lebih kritis dan maju. Apa pendapat anda?
Jika sebuah sekolah Amerika diberi pilihan untuk menapis sebuah buku kanak-kanak sekecil Visit to Cuba, bagaimana pula hak pemilihan sebuah negara yang tidak ’sekuat’ Amerika untuk melindungi ideologi, kepercayaan dan kebudayaan mereka? Apa pula kata anda jika penapisan digunakan sebagai senjata untuk menyelamatkan keberadaan politik?


2 Responses to “Buku Yang Terlarang”
isma Says:February 20th, 2009 at 10:12 am
Puan, saya sendiri pun tidak tetap pendirian dalam hal ini.Memang banyak buku yang boleh meracun pemikiran contoh buku Irsyad Manji, Faith Without Fear.Saya risau dengan cara beliau menulis bak air mengalir, penuh pujukan, sampai boleh mencair iman…isy.


Rozlan Mohamed Noor Says:February 20th, 2009 at 12:17 pm
Juga buku oleh penulis tempatan segelintir diterap secara halus beberapa pendirian dan pengangan ke arah sesuatu idea atau gagasan yang sensetif. Sebagai pembaca harus bijak menelaah. Kadang2 sedikit ilmu bantu perlu untuk menyerap falsafah dalam sesebuah naskhah.

2 thoughts on “Kebebasan Menulis

  1. Sdr Maharam. Perasan tidak ada buku sastera yang secara halus dan berselindung atas nama sastera cuba menyerap dan menyebarkan kepada anak-anak kita faham dan falsafah suatu agama yang selain dari Kristian dan Buddha? Perasan tidak?

  2. Sdr Marsli, saya menyedari tentang kewujudan buku-buku yang berselindung di sebalik nama “sastera”, “kebebasan menulis”, “lesen kreatif” dan sebagainya untuk tujuan seperti menyebarkan fahaman, ajaran agama, sastera lucah dll namun sehingga kini hanya beberapa buah sahaja yang saya miliki dan boleh selidiki isinya. Begitu juga dengan kewujudan laman web tertentu yang digunakan untuk mempengaruhi pembaca terhadap penyelewengan fakta, agama malah bertujuan menghasut atau mencetuskan suasana tidak aman. Harapan saya buku-buku dan laman web sebegini tidak berkesan untuk mewujudkan suasana tidak aman di negara kita.Sekiranya sdr. Marsli mempunyai senarai buku-buku sebegitu, harap dapatlah kiranya berkongsi judul dengan saya untuk saya dapatkan di pasaran dan meneliti kandungannya. InsyaAllah, kiranya benar menyalahi akta dan undang-undang negara, kita mempunyai tanggungjawab sosial untuk mengetengahkan hal sebegini kepada pihak yang berwajib.Terima kasih juga dengan keprihatinan Sdr Marsli tentang hal-hal ini. Moga lebih ramai lagi ahli masyarakat kita bersikap prihatin untuk kesejahteraan bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s