Jenayah Siber

Pastikan anda ulangkaji berkaitan jenayah siber untuk peperiksaan kemahiran menulis. Antara artikel yang boleh dibaca boleh didapati di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt;=0218&pub;=Kosmo&sec;=Infiniti&pg;=in_01.htm seperti yang dipetik di bawah. Selamat menelaah.

Risiko kerugian jutaan ringgit

Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Keselamatan maklumat bukan lagi menjadi tanggungjawab penuh penyelia rangkaian sesebuah program atau sistem komputer tetapi ia adalah tanggungjawab bersama oleh setiap pengguna Internet. Ini kerana sikap tidak ambil peduli boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit termasuk nyawa.

‘SEMUA pihak harus menyedari dan berwaspada terhadap risiko jenayah siber dan pengganas siber yang semakin memuncak. Sebarang tindakan tidak ambil peduli hanya membawa padah termasuk kehilangan dan kerugian besar dan adakalanya boleh membahayakan nyawa seseorang.”

Begitulah respons yang dipersetujui sebulat suara oleh para peserta dalam majlis perasmian Forum Meja Bulat EC-Council Asia Pasifik (ECCRF) yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bercakap pada sidang media forum itu, Presiden ECCRF, Jay Bavisi berkata: “Jenayah siber kini bukan hanya disaksikan dalam filem sains fiksyen tetapi ia adalah realiti hidup yang memberi kesan kepada setiap individu yang berhubung melalui komputer dan teknologi.”

Beliau menambah: “Anda mungkin bukan seorang pelayar komputer yang aktif tetapi komputer anda ialah satu senjata yang berpotensi digunakan untuk menyerang anda (data) lalu membinasakan sesebuah negara, organisasi dan juga merancang memusnahkan kehidupan peribadi seseorang.

“Keselamatan maklumat bukan lagi menjadi tanggungjawab penuh penyelia rangkaian sesebuah program atau sistem komputer tetapi tanggungjawab bersama oleh setiap pengguna Internet. Sikap tidak ambil peduli boleh menyebabkan kerugian jutaan dolar termasuk nyawa.”

Menurut Jay, perkembangan di Malaysia juga tidak jauh berbeza. Katanya: “Meskipun kita berada di kedudukan geografi, latar belakang dan kerjaya yang berlainan, namun fungsi penggunaan Internet adalah hampir sama. Daripada memeriksa e-mel, membuat pembayaran bil sehinggalah mengembangkan rangkaian kenalan melalui laman sosial atau berbual-bual di laman sembang, semuanya terdedah kepada satu tahap risiko tertentu.”

Baru-baru ini, Bank Negara mendedahkan statistik penerimaan kira-kira 165 aduan yang melibatkan transaksi kewangan yang dilakukan secara tidak sah atau haram pada tahun 2008. Ia berlaku kerana kelicikan penipu atau juga dikenali sebagai hacker atau fraudster menerusi penghantaran e-mel dan mesej teks.

TREND perhubungan atau komunikasi dalam talian sudah banyak berubah kebelakangan ini.
Dengan berbuat demikian, penerima berasa lebih yakin terhadap seseorang atau syarikat penghantar sehingga tidak mengesyaki apa-apa. Bak kata perumpamaan, apabila nasi sudah menjadi bubur, apa gunanya menyesal dan merintih kemudian hari.

“E-mel, telefon bimbit, Facebook dan kini Twitter mempunyai satu persamaan iaitu semuanya disalahgunakan bagi tujuan penipuan siber. Jika anda seorang pengguna, pasti anda pernah mendengar tentang serangan jenayah siber yang berlaku baru-baru ini semasa menyambut Tahun Baru 2009. Pihak penyelenggaraan Twitter sendiri telah menghantar amaran awal kepada penggunanya agar tidak tertipu,” ujar David Hall, Pengurus Pemasaran Produk Serantau dan Symantec Rantau Asia Pasifik.

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam perniagaan sekuriti komputer, David yang diamanahkan untuk melakukan penyelidikan dan analisis terhadap trend sekuriti pasaran berkata, biasanya serangan sebegini menimpa seseorang tanpa mengira usia dan latar belakang.
Biasanya penjenayah siber akan menghantar seberapa banyak e-mel kepada seseorang sehingga ia menerima respons yang diingini. Penjenayah itu juga memilih untuk berkomunikasi dengan penerima dalam bahasa yang kerap digunakan atau sama agar memudahkan pertukaran informasi.

“Trend perhubungan atau komunikasi dalam talian sudah banyak berubah kebelakangan ini. Akibatnya, jenayah siber bertambah berlipat ganda dan mengancam pengguna dalam talian yang mendedahkan kata laluan dan kata kunci.

“Serangan sebegini disedari dan menjadi-jadi pada lewat tahun 1990-an dan ia menyasarkan kepada kumpulan wanita sebelum beralih kepada golongan remaja yang gemar melayari laman sosial, sembang atau permainan komputer,” jelas Hall yang menambah perbuatan memuat turun sesebuah perisian atau program seperti lagu juga meningkatkan statistik jenayah siber.
MENYASAR lebih kepada kumpulan wanita sebelum beralih kepada golongan remaja yang gemar melayari laman sosial.

Biasanya, anda sendiri tidak menyedari apabila melayari sesebuah laman web yang nampak normal pada mata kasar. Kemudiannya, anda diminta untuk memasuki laman lain yang memerlukan anda memasukkan maklumat peribadi.

Perisian audio seperti RealPlayer dan Quick Player adalah antara program yang senang diperdaya. Dalam kebanyakan masa, hacker itu akan meletakkan sasaran pada jenama setempat yang popular kerana ia menuruti sikap pengguna yang melayari laman tersebut secara kerap, selain mudah untuk berubah mengikut kesesuaian. Jenama itu juga boleh jadi jenama global yang dikenali ramai seperti institusi perbankan dan pendidikan.

Semasa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengangkat sumpah, banyak kes jenayah siber dilaporkan di peringkat antarabangsa. “Biasanya, pengguna akan tertipu kerana mesej yang dihantar tidak memerlukan tanda tangan atau sekadar bergantung kepada tanda tangan digital. Jika berasa ragu, anda dinasihatkan menghubungi syarikat tersebut bagi mendapatkan kepastian.”

Di samping sentiasa mengingatkan diri supaya menyimpan kata kekunci secara rahsia, pemeriksaan sekuriti komputer dari semasa ke semasa amatlah berguna. Namun, jika anda masih terperangkap dengan penipuan hacker, Hall menasihatkan anda supaya melakukan dua perkara dengan serta-merta.

“Pertama, tukar semua kata kunci dengan secepat mungkin. Biasanya, jika anda mempunyai banyak kata kunci, ia sukar diingati dalam waktu terdesak. Dengan adanya Norton 360 dan Norton Internet Security 2009, masalah itu dapat ditangani. Ia juga menyediakan perlindungan teknologi untuk mengenal pasti yang sensitif dan canggih. Malah, Norton menawarkan kadar pergantungan sebanyak 90 peratus. Ia mengeluarkan amaran dan menutup laman yang disyaki dengan segera sebaik sahaja dibuka. Kedua, hubung
i organisasi itu untuk memaklumkan masalah yang dihadapi dan tutup akaun anda sebelum diselidik oleh penjenayah siber,” katanya.
Di Norton, produknya dibahagikan kepada individu perseorangan dan organisasi. Bagi organisasi, Norton menyediakan laporan pengurusan yang efektif.

Hall juga berkata, walaupun seseorang itu bertegas tidak pernah membuat pembelian secara dalam talian, kebarangkalian dirinya terperangkap dalam penipuan siber tetap tinggi kerana ia boleh berlaku dalam apa jua bentuk. Tidak kira sama ada anda memeriksa e-mel atau membuat transaksi kewangan, selagi anda seorang pengguna Internet, selagi itulah anda harus mengemaskini pengetahuan tentang jenayah siber.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s