Penyangak Siber

Artikel yang dipetik dari KOSMO ini boleh memberi sedikit maklumat tentang jenayah siber ini.
Moga-moga maklumat ini memberi lebih banyak kefahaman anda tentangnya.

RENCANA UTAMA

Awas penyangak siber

Oleh MELATI MOHD. ARIFF

Semakin maju tekonologi hari ini, semakin licik penjenayah. Yang pasti, mereka juga tidak ketinggalan melakukan jenayah siber.


PENGGUNA e-mel perlu sentiasa berhati-hati apabila menerima e-mel yang diragui.

TANPA diragui, Internet semakin penting dalam kehidupan hari ini. Ramai yang menggunakan Internet bukan sahaja untuk mencari maklumat tetapi juga untuk membeli-belah dan membuat transaksi perniagaan termasuk perbankan online.

“Penggunaan Internet yang berleluasa dengan bilangan pengguna yang semakin ramai memberikan kesempatan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menipu pengguna. Oleh itu, wujudlah pelbagai penipuan untuk memerangkap pengguna.”

Demikian komen Mohd. Yusof Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

“Banyak penipuan yang dirujuk untuk perhatian kami. Ia termasuk penipuan menang loteri dan cabutan bertuah, membantu memindahkan wang yang dimiliki oleh waris hartawan, meminta bantuan kerana terkandas atau kecurian, e-mel membeli perisian komputer, produk makanan yang sebenarnya berkualiti rendah dan bermacam-macam lagi,” katanya.

BANYAK penipuan dirujuk kepada Fomca termasuk penipuan menang loteri dan cabutan bertuah atau membantu memindahkan wang.

Mohd. Yusof menggesa orang ramai khususnya pengguna e-mel supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima e-mel seperti yang dinyatakan.

Pihak yang melakukan penipuan itu juga, katanya, kini menjadi semakin berani dan sofistikated dalam melakukan jenayah siber.

“Jangan mudah terpengaruh dan cuba melayan e-mel yang tidak diketahui kebenarannya.

“Apatah lagi, sekiranya terpedaya dengan e-mel penipuan. Sukar untuk mendakwa mereka yang terlibat khususnya jika pihak yang menghantar e-mel tipu ini beroperasi di luar negara,” kata Mohd. Yusof.

Phishing

Dalam teknologi komunikasi maklumat, perkataan phishing digunakan berhubung fraud dan penipuan siber.

Menurut ensiklopedia Wikipedia, phishing boleh didefinisikan sebagai proses fraud jenayah dalam cubaan untuk memperoleh maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

Komunikasi berkenaan dikatakan datang dari laman web sosial popular seperti You Tube dan Facebook, laman lelongan (e-Bay), perbankan online atau pentadbir IT seperti Yahoo yang biasa digunakan untuk memancing mereka yang tidak mengesyaki.

Menurut ensiklopedia itu lagi, phishing secara lazimnya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera (instant messaging) dan sering kali ia akan mengarahkan pengguna untuk memasukkan butiran di laman web palsu yang paparannya seakan-akan sama dengan yang sah.

Sebutan pertama dicatat mengenai istilah phishing dilaporkan pada 1996.

Penipuan satu kesalahan

Di dalam negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima laporan berhubung phishing sejak tahun 2004. Pada 2008, SKMM menerima sebanyak 86 aduan mengenai phishing.

Menurut Suruhanjaya itu, e-mel yang berasaskan penipuan yang mengandungi unsur penipuan seperti mengutip wang daripada orang ramai adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara mandatori minimum setahun hingga 10 tahun serta mandatori sebat, dan mahkamah juga mempunyai kuasa mengikut budi bicara untuk seterusnya mengenakan denda.

Menurut SKMM, siasatan terhadap kes penipuan berasaskan e-mel berada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bukannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau SKMM.

Bagaimanapun, kata suruhanjaya itu, ia boleh mengambil tindakan serta-merta dengan menyekat akses ke laman phishing di bawah Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Berhati-hati

“Yang paling penting ialah pengguna perlu ingat bahawa jangan sekali-kali mendedahkan sebarang maklumat peribadi dan lebih berhati-hati apabila menerima e-mel yang menyatakan penerima e-mel memenangi loteri atau pertandingan, menerima wang daripada cabutan bertuah atau menyatakan akaun bank anda perlu dikemaskini sistem keselamatannya kerana ia boleh dipecah masuk.

“Seseorang harus bersikap berhati-hati apabila menerima e-mel daripada orang yang tidak dikenali. Di samping penipuan, e-mel juga mungkin boleh mengandungi virus atau malware (perisian berniat jahat),” kata SKMM.

Katanya, pengguna juga boleh memasang penapis anti-phishing yang boleh memberi mereka amaran terhadap laman phishing.

Menurut SKMM, sesiapa yang menerima e-mel yang meragukan dan dipercayai satu penipuan, mereka dinasihat merujuk perkara itu kepada polis atau sebagai pilihan mengemukakan aduan atau merujuk laman Internet yang diragui itu kepada Biro Aduan SKMM secara online di http://aduan.skmm.gov.my atau telefon 1-800-888-030. – Bernama
Satu tulisan lain yang hampir sama cara yang digunakan saya perolehi semasa surf tentang tajuk ini di internet. Penulis blog (http://www.rileks.info/coollist/2009/03/awasi-jerat-penyangak-cyber/) ini tidak menyatakan kutipan asal artikel ini, namun berdasarkan nama penulisnya, saya agak dari akhbar Kosmo (seperti di atas). Walaupun sumbernya tidak dinyatakan secara jelas, saya tampalkan juga artikel berkenaan di sini dengan harapan ilmunya dikutip untuk semua. Sekiranya anda terjumpa sumber asal artikel ini, mohon diberitahu kepada saya untuk saya nyatakan kreditnya di sini. Artikel berkenaan adalah seperti di bawah;
Minda: Mematahkan jerat penyangak siber
Oleh Melati Mohd Ariff

“SAYA menghantar mesej ini dalam keadaan tergesa-gesa. Semalam, saya melawat sebuah kompleks penyelidikan baru di Imperial College England, London. Kami dirompak di hotel ketika saya membuat tempahan dan mereka melarikan dompet saya (yang mengandungi wang tunai dan kad kredit).

“Tolonglah. Saya perlukan bantuan wang, harap boleh kirimkan 1,500 paun. Anda boleh hantar melalui Western Union Money Transfer, harap balas mesej saya supaya saya dapat memberikan nama penuh saya dan alamat supaya wang itu boleh dihantar.”

E-mel yang bunyinya “agak terdesak” itu kononnya dihantar seorang aktivis kepenggunaan Malaysia.

Ia bukan pertama kali diterima penulis.

Sekitar tahun lalu, penulis menerima e-mel hampir sama kandungannya, kononnya daripada seorang aktivis alam sekitar yang memberitahu dia berada di sebuah negara Afrika dan dirompak. Dia memerlukan wang dan perlu dihantar segera.

Dalam kedua-dua kes, penulis mendapat pengesahan bahawa mereka tidak menghantar e-mel berkenaan, malah berada dalam negara.

Jelas kedua-dua e-mel itu palsu dan mahu menipu!

“Saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang kawan memberitahu saya yang dia menerima e-mel menyatakan saya dirompak dan terkandas di London. Sudah tentunya e-mel itu cuba menipu dengan tujuan mendapatkan wang ihsan daripada mereka yang mempercayai kandungan e-mel itu.

“Tetapi yang menghairankan bagaimana orang jahat itu boleh membolosi e-mel saya. Bagaimana mereka memperoleh kata laluan saya?” kata aktivis kepenggunaan, Ismail Abdul Aziz.

Beliau turut memberitahu e-mel palsu itu mencetuskan rasa cemas bukan saja di kalangan keluarganya, tetapi rakan yang menjadi sasaran penghantaran e-mel itu.

Ismail yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna dan Sosial Daerah Petaling (CAPs) berkata antara faktor memungkinkan e-melnya dibolosi ialah apabila beliau terlupa rakam keluar (sign-off).

“Mungkin apabila saya terlupa rakam keluar selepas mengirim e-mel, seseorang yang mempunyai cara untuk memasuki e-mel saya berjaya berbuat demikian dan kemungkinan juga si penyangak ini dari luar negara.”

Sejak insiden pengiriman e-mel palsu itu, beliau menukar kata laluan e-melnya.

Beliau membuat laporan kepada Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC) yang kemudian mengemukakan aduan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tanpa diragui, Internet semakin penting dalam kehidupan hari ini. Ramai menggunakan Internet bukan sahaja untuk mencari maklumat, tetapi untuk membeli-belah dan membuat transaksi perniagaan termasuk perbankan online.

“Penggunaan Internet yang berleluasa dengan bilangan pengguna semakin ramai memberikan kesempatan kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu pengguna. Oleh itu, wujudlah pelbagai penipuan untuk memerangkap pengguna.”

Demikian komen Mohd Yusof Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

“Banyak sekali penipuan dibawa kepada perhatian kami. Ia termasuk penipuan menang loteri atau cabutan bertuah, membantu memindahkan wang yang dimiliki waris hartawan, meminta bantuan kerana terkandas atau kecurian, e-mel membeli perisian komputer, produk makanan berkualiti rendah dan bermacam-macam lagi,” katanya.

Mohd Yusof menggesa orang ramai khususnya pengguna e-mel supaya berhati-hati apabila menerima e-mel seperti dinyatakan.

Pihak melakukan penipuan itu juga, katanya kini semakin berani dan canggih.

“Usah mudah terpengaruh untuk melayan e-mel tidak diketahui kebenarannya.

“Apatah lagi jika terpedaya dengan e-mel penipuan ini, sukar untuk mendakwa mereka terbabit khususnya jika penipu ini beroperasi di luar negara,” kata Mohd Yusof.

Dalam teknologi komunikasi maklumat, perkataan “phishing” digunakan berhubung fraud dan penipuan siber.

Menurut ensiklopedia Wikipedia, “phishing” didefinisikan sebagai proses fraud jenayah dalam cubaan untuk memperoleh maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

Komunikasi berkenaan dikatakan dari laman web sosial popular seperti You Tube dan Facebook, laman lelongan (e-Bay), perbankan online atau pentadbir IT seperti Yahoo yang biasa digunakan untuk memancing mereka yang tidak mengesyaki.

Menurut ensiklopedia itu lagi, “phishing” biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan mengarahkan pengguna memasukkan butiran di laman web palsu.

Sebutan pertama dicatat mengenai istilah “phishing” dilapor pada 1996.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima laporan berhubung “phishing” sejak 2004. Pada 2008, SKMM menerima 86 aduan “phishing”.

Menurut suruhanjaya itu, e-mel mengandungi penipuan seperti mengutip wang daripada orang ramai satu kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara mandatori minimum setahun hingga sepuluh tahun serta mandatori sebat dan mahkamah mempunyai kuasa mengikut budi bicara untuk mengenakan denda.

Menurut SKMM, siasatan kes penipuan berasaskan e-mel adalah dalam bidang kuasa polis dan bukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau SKMM.

Bagaimanapun, kata suruhanjaya itu, ia boleh mengambil tindakan serta-merta dengan menyekat akses ke laman “phishing” mengikut Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sesiapa tidak pasti kesahihan laman perbankan Internet, rujuklah SKMM.

Sebagai tambahan, SKMM dan Internet Service Providers (ISPs) bekerjasama dengan PDRM dalam siasatan berhubung kes e-mel berasaskan penipuan.

“Paling penting pengguna perlu ingat, jangan sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi dan lebih berhati-hati apabila menerima e-mel menyatakan menang loteri atau pertandingan, menerima wang daripada cabutan bertuah atau meminta derma.

“Berhati-hati apabila menerima e-mel daripada orang tidak dikenali. Di samping penipuan, e-mel juga mungkin boleh mengandungi virus atau “malware” (perisian berniat jahat),” kata SKMM.

Pengguna juga boleh memasang penapis anti-phishing yang boleh memberi mereka amaran mengenai laman phishing.

Sesiapa menerima e-mel meragukan, rujuk perkara itu kepada polis atau sebagai pilihan mengemukakan aduan atau merujukkan laman web diragui kepada Biro Aduan SKMM secara online di http://aduan.skmm.gov.my atau telefon 1-800-888-030.

Aduan juga boleh dihantar menerusi faks ke nombor 03-8688 1880 atau menulis kepada Biro Aduan Pengguna, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.

SKMM menasihatkan pengguna Internet tidak melakukan perkara berikut:

# Pastikan tiada sesiapa memiliki akses komputer anda atau kegiatan online.

# Selalu rakam keluar e-mel atau transaksi online dengan segera sebelum melayari laman web lain.

# Jangan menghantar maklumat peribadi atau perbankan seperti nombor akaun, baki bank dan PIN (nombor pengenalan peribadi) menerusi e-mel. – Bernama
Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tindakan undang-undang bukan sahaja boleh diambil terhadap golongan yang menggunakan rangkaian dan internet untuk melakukan penipuan berbentuk wang ringgit dan harta benda sahaja, tetapi turut merangkumi pelbagai bentuk tulisan, komen atu pendapat secara maya di mana-mana laman web, blog, forum dan sebagainya.
Petikan yang dikutip dari Utusan Malaysia, mungkin boleh menjadi contoh yang jelas membuktikan bahawa tidak pernah wujud kebebasan bersuara sepenuhnya di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi berparlimen (sila rujuk isi kuliah tentang “kebebasan menulis di Malaysia” dalam kuliah lepas). Bernama telah melaporkan tentang kes penghinaan terhadap sultan perak seperti berikut;

13 Mac, 2009 20:51 PM

Lima Didakwa Hina Sultan Perak

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Sistem perundangan negara Jumaat mencatat sejarah apabila lima lelaki didakwa di mahkamah kerana menghina Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Seorang daripada mereka mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur manakala empat lagi mengaku tidak bersalah masing-masing di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Butterworth dan Kota Kinabalu.

Seorang lagi bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Ahad ini dan seorang wanita yang merupakan isteri kepada tertuduh di Butterworth akan turut didakwa pada 15 April nanti.

Azrin Md Zain, 33, seorang pembantu makmal di sebuah sekolah swasta dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara lima bulan atas kesalahan itu sebagai satu pengajaran kepadanya dan orang lain.

Dia mengaku bersalah atas tuduhan menghantar komen yang menghina baginda ke laman web http://books.dreambook.com/duli/duli.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaitu http://www.sultan.perak.gov.my dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 8, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail pada 12 Feb 2009, pukul 9.12 malam.

Di Mahkamah Sesyen yang sama, Muslim Ahmad, 54, yang bekerja sendiri, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan kesalahan yang sama.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa menghantar komen yang jelek sifatnya di laman web yang sama (http://books.dreambook.com/duli/duli.html) yang mempunyai pautan dengan laman web pejabat Sultan Perak.

Dia juga menghadapi dua lagi pertuduhan serupa kerana menulis komen yang jelek sifatnya di laman web yang sama. Kesalahan pertama dan kedua didakwa dilakukan pada 7 Feb lepas pada pukul 2.21 petang dan 2.27 petang manakala kesalahan ketiga pada 8 Feb pukul 4.39 petang.

Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di alamat 1, Jalan 5/26, Taman Sri Rampai, Setapak, di sini.

Hakim Rozana Ali Yusoff membenarkan Muslim dijamin RM3,000 dan menetapkan 8 April untuk sebutan kes. Dia diwakili peguam K. Periasamy manakala pendakwaan bagi kedua-dua kes dilakukan oleh Nahra Dollah.

Di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pula seorang pengukur tanah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang sama.

Nor Hisham Osman, 36, dari Sri Kembangan didakwa telah menghantar komen yang menghina baginda di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak dengan niat untuk menyakitkan hati.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di alamat No.16-01-06, Blok 16, Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor, pada pukul 12.34 tengah hari, pada 11 Feb lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 memandangkan kes itu melibatkan kepentingan awam dan ia satu penghinaan bukan kepada orang biasa tetapi Sultan Perak iaitu lambang kepada institusi beraja.

Katanya perbuatan itu bukan sahaja merendahkan maruah Sultan dan secara moralnya tertuduh melanggar perkara kedua dalam Rukun Negara.

Terdahulu peguam Edmund Bon yang mewakili Nor Hisham memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kerana anak guamnya berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga.

Sebelum mahkamah menetapkan jumlah jaminan, Nor Hisham menarik perhatian orang ramai yang berada di galeri mahkamah dengan kata-kata rayuannya sambil menitiskan air mata.

“Sejak kematian anak saya pada tahun lepas, saya berasa tertekan. Perkara ini lagi menekankan saya. Saya dalam dilema sekarang sama ada nak mengaku salah atau tidak,” katanya dengan nada yang rendah.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali kemudian menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes dan menawarkan jaminan RM4,000. Hisham membayar jaminan tersebut.

Di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, seorang jurujual telefon bimbit didakwa melakukan perbuatan yang sama dengan membuat penghantaran komen yang menghina Sultan Perak di http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan ke laman web pejabat baginda.

Rutinin Suhaimin, 36, didakwa melakukan kesalahan itu pada 6.33 petang 13 Feb di Blok A, Lot 4, Kedai Sedco, Kundasang, Ranau.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menetapkan 25 dan 26 Mei ini untuk perbicaraan dan membenarkan Rutinin dijamin RM10,000.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib manakala Rutinin diwakili peguam Muammar Julkarnain.

Di Pulau Pinang, seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan mengedar komen lucah mengenai Sultan Perak menerusi http://books.dreambook.com/duli/duli.html yang mempunyai pautan ke laman web pejabat baginda.

Chan Hon Keong, 26, dari Permatang Pauh dekat sini, didakwa melakukan perbuatan itu bersama-sama isterinya Khoo Hui Chuang, 27, di No 5 Lorong Arowana Emas 2, Taman Arowana Emas, Permatang Pauh pada kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Feb.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu menurut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 292 yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pada prosiding hari ini, Chan diwakili peguam Datuk C.V.Prabhakaran manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof dan Radhi Abas.

Selain pertuduhan itu, Chan juga menghadapi pertuduhan pilihan bersama-sama isterinya secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen lucah itu menggunakan aplikasi internet yang sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Chan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan 15 April ini untuk sebutan kedua-dua kes itu serta membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu prosiding seterusnya.

Isteri Chan, Khoo tidak hadir di mahkamah untuk prosiding hari ini kerana berada di Sarawak dan akan hadir pada tarikh sebutan kes itu bagi menghadapi pertuduhan yang sama seperti suaminya.

Prabhakaran berkata anak guamnya itu tidak sempat pulang ke Butterworth kerana serahan saman mengenai kes itu hanya dibuat tengah hari semalam dan diminta hadir ke mahkamah pagi ini untuk menghadapi pertuduhan.

Sementara itu, Chan dan isteri juga menghadapi pertuduhan yang sama di sebuah lagi Mahkamah Sesyen di Butterworth di hadapan Hakim Amernudin Ahmad.

Bagaimanapun, Fatnin memberitahu mahkamah itu bahawa pihaknya menarik balik saman terhadap Chan kerana dia telah dituduh di mahkamah terdahulu tetapi saman terhadap Khoo adalah kekal dan meminta kes itu disebut semula pada 15 April ini.

Prabhakaran memohon supaya mahkamah menolak kedua-dua saman terhadap Chan dan Khoo berikutan tuduhan yang sama telah dikemukakan di Mahkamah Sesyen sebelum ini dan Khoo tidak menerima notis saman yang diserahkan kerana ketiadaannya.

Bagaimanapun, Amernudin membenarkan permohonan Fatnin dan menerima hujahan beliau bahawa saman terhadap Khoo kekal sehingga dia hadir di mahkamah dan tindakan Chan menandatangani notis saman itu bagi pihak Khoo diterima sebagai notis telah diserahkan kepada tertuduh.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum menurut Seksyen 233(3) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun.

— BERNAMA

Tulisan berkaitan kes ini juga boleh juga dibaca di http://202.190.126.84/utusan/info.asp?y=2009&dt;=0314&pub;=Utusan_Malaysia&sec;=Mahkamah&pg;=ma_01.htm

ARKIB : 14/03/2009



Pembantu makmal didenda RM10,000


Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

KUALA LUMPUR 13 Mac – Seorang pembantu makmal sebuah sekolah swasta didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menulis komen yang menghina Sultan Perak di sebuah laman web pada pertengahan Februari lalu.

Hakim Rozana Ali Yusoff turut memerintahkan Azrin Md. Zain, 33, dipenjara lima bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda tersebut.

Bapa kepada seorang anak itu merupakan salah seorang daripada lima tertuduh yang didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 hari ini dan dia merupakan individu pertama yang disabitkan bagi kesalahan tersebut.

Kes ini merupakan kes pertama dalam sejarah perundangan negara yang melibatkan seksyen ini.

Beliau berkata, Azrin tidak sepatutnya melakukan perbuatan itu kerana ia memberi kesan kepada orang lain dan hukuman setimpal diperlukan sebagai pengajaran agar ia tidak berulang.

Azrin yang berkemeja merah dan berseluar gelap kelihatan terkejut dan hampir menangis sebaik mendengar hukuman itu sambil memohon agar jumlah tersebut dikurangkan.

Mengikut pertuduhan, Azrin didakwa menggunakan perkhidmatan Internet melalui Internet Protokol (IP) 60.48.118.87 dengan membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di http://books.dreambook.com/duli.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaitu http://www.sultan.perak.gov.my/.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di No.8, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr. Ismail di sini kira-kira pukul 9.12 malam, 12 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Azrin merayu agar tidak dipenjara dan hanya didenda dengan alasan dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Katanya, selepas melayari laman web berkaitan pelaburan mata wang asing, fikirannya berkecamuk dan mula menulis komen tersebut tanpa memikirkan akibatnya.

”Gaji pokok saya hanya RM1,680 sebulan dan saya tidak mahu dipenjara. Harap beri hukuman ringan. Saya akui kesilapan saya dan ini merupakan kesalahan pertama. Selama ini saya seorang warganegara yang baik dan patuh pada undang-undang,” rayunya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nahra Dollah bagaimanapun memohon hukuman yang setimpal kerana ia satu kesalahan serius melibatkan penghinaan terhadap institusi diraja serta mampu mengugat keharmonian negara.

Katanya, ia juga sebagai pengajaran kepada masyarakat terutama generasi muda yang banyak menggunakan Internet agar tidak melakukan perbuatan tersebut.

Sementara itu, seorang peniaga, Muslim Ahmad, 54, pula mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak di laman web berkenaan pada awal Februari lalu.

Muslim didakwa menggunakan perkhidmatan Internet melalui alamat IP 202.190.131.200 untuk menghantar dua komen menghina Sultan Perak di No.1, Jalan 5/26, Taman Sri Rampai Setapak di sini pada pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.

Sementara satu lagi komen yang lebih kurang sama dihantar pada pukul 4.39 petang, keesokan harinya di alamat yang sama.

Rozana membenarkan Muslim dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula kes itu.
Ini adalah antara kes yang berjaya dihidu pihak berkuasa. Maklumat lanjut boleh dibaca di Utusan Malaysia yang boleh disurf online di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt;=0325&pub;=Utusan_Malaysia&sec;=Jenayah&pg;=je_02.htm
ARKIB : 25/03/2009

Warga Nigeria menipu dipenjara 16 bulan


KUALA LUMPUR 24 Mac – Seorang wanita warga Nigeria dihukum penjara 16 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah menipu seorang kakitangan awam mengenai hadiah kemenangan bernilai AS$1 juta (RM3.6 juta), tahun lalu.

Majistret Siti Shakirah Mohtaruddin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Peace Okotie, 26, yang didakwa di atas dua pertuduhan iaitu, menipu dan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah.

Okotie yang merupakan pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej swasta di sini didakwa menipu Buang Md. Sayuti, 42, dengan memperdaya mangsa mempercayai bahawa dia boleh menguruskan proses membawa masuk hadiah Microsoft 2008 sehingga mangsa itu menyerahkan AS$2,750 (RM9,969.85) kepadanya.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 19 Ogos 2008, Buang yang bertugas sebagai pegawai tadbir telah mendapat e-mel mengenai kemenangannya dalam cabutan bertuah yang melayakkan dirinya mendapat wang AS$1 juta.

Sebagai syarat, dia menghantar maklumat diri dan kemudian diumumkan sebagai pemenang keempat.

Selepas enam hari, mangsa mendapat satu panggilan telefon dari tertuduh yang memperkenalkan diri sebagai Sophia Young yang memberitahunya barangan dari London sudah sampai, namun Buang perlu membayar AS$2,750 sebagai bayaran caj pengurusan untuk mengeluarkan barangan tersebut daripada gudang simpanan di United Kingdom.

Buang yang merasa kurang yakin, kemudian menghubungi polis bagi membantunya semasa berjumpa tertuduh.

Setelah siasatan dilakukan, didapati hadiah berkenaan tidak wujud dan tertuduh berada di sini menggunakan pas pelajar yang telah tamat tempoh.

Tertuduh diwakili peguam B. Renuka, memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya itu tidak mendapat manfaat di atas perbuatan itu dan menanggung beban hutang yang banyak di negaranya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s