Potong dan Tampal

Nampak macam tak ada apa salahnya. Semua pelajar bagai dah terbiasa dengan cara ini. Mudah. Senang. Cepat. Pantas. Apalagi pada zaman IT yang semakin pantas berlari. segala-galanya hanya di hujung jari sahaja.
budaya sebeginilah yang meruntuhkan nilai, budaya dan keupayaan diri sendiri. Dek kerana pensyarah anda tidak begitu peduli tentang tugasan anda yang disiapkan secara kelam kabut kerana mengejar tarikh akhir, maka anda ulanginya lagi. Berkali-kali. Akhirnya jadilah budaya. Jadi pula ikutan junior.
Bagi anda, itu memudahkan. Namun bagi kami, pensyarah yang akan meneliti tiap patah perkataan yang anda coretkan pada kertas, timbul persoalan yang lain. Inikah pelajar yang akan genggam segulung ijazah dan menamatkan pengajian mereka dengan bangga? Mutunya mana?
Tulisan seterusnya di bawah ini saya peti di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt;=0324&pub;=Utusan_Malaysia&sec;=Dalam_Negeri&pg;=dn_07.htm bertarikh ARKIB : 24/03/2009 tentang gejala tidak sihat yang kian meracuni dunia anda sebagai pelajar. Renung-renungkanlah.

Gejala potong, tampal: Kualiti penyelidikan pelajar merosot
KOTA KINABALU 23 Mac – Budaya mengambil maklumat daripada Internet atau lebih dikenali sebagai cut and paste merupakan antara punca kemerosotan kualiti penyelidikan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi.
Beliau berkata, penggunaan komputer dan Internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan telah mencetuskan budaya kerja cut and paste sehingga mengabaikan proses penyelidikan untuk maju ke hadapan.
“Walaupun kemudahan komputer dan Internet menjadi alat pembelajaran terpenting pada hari ini, namun pelajar IPTA tidak seharusnya membudayakan amalan ini kerana ia tidak menggambarkan ciri-ciri kesarjanaan graduan yang berkualiti dan berwibawa.
“Graduan sepatutnya mempunyai kebolehan yang menyeluruh dan tidak semata-mata bergantung kepada ICT,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian 1 Megalab di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Likas dekat sini hari ini.
Perpustakaan UMS yang dilengkapi sebanyak 500 unit komputer merupakan universiti pertama yang menyediakan pusat perkhidmatan komputer setempat terbesar di Malaysia.
Dr. Radin Umar turut mengingatkan pelajar IPTA supaya mengelak keadaan ‘lesu minda’ yang membataskan pemikiran mereka untuk maju dalam pelajaran dan pembelajaran.
Mengenai masa depan UMS, beliau berkata, universiti itu berpotensi menjadi pusat pengajian kehidupan marin yang terunggul di negara ini pada masa depan.
“UMS mempunyai infrastruktur penyelidikan marin yang lengkap dan kelebihan ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbaiki status pencapaian UMS daripada segi penyelidikan,” katanya.
Dr. Radin Umar berkata, langkah itu adalah sejajar dengan wawasan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadikan UMS sebagai sebuah universiti penyelidikan di negara ini. – BERNAMA
Hindari gejala yang akan menenggelamkan kebolehan dan kelebihan diri anda. Di Universitilah tempatnya untuk anda baiki dan mahirkan diri sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.
Sila rujuk Etika menulis untuk lebih memahami tentang hal ini seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s