Ulasan Novel …‘ER…EXCUSE ME!’

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TUGASAN 2:

ULASAN NOVEL
‘ER…EXCUSE ME!’

PENSYARAH : CIK MAHARAM BT MAMAT.

KUMPULAN : THE PEARL.

AHLI:

SUHAIBAH BT OTHMAN

NORA AZLINA BT SOBRI
NORLINDA BT IBRAHIM
NURFAIZAH BT ARZMI
SITI HASLINDA BT ADRIS

1.0 PENGENALAN

Dalam penulisan dan penerbitan novel, penulis menerbitkan (mengemukakan) pelbagai kaedah dan bentuk penulisan yang menarik minat pembaca dan masyarakat. Novel merupakan satu bentuk informasi atau maklumat yang bercetak yang menghuraikan dan menerangkan perjalanan kehidupan manusia dari bentuk konflik diri, watak perwatakan, latar belakang sosiobudaya, perhubungan gender dan masyarakat serta bentuk tingkah laku positif atau pun negatif.

Tingkah laku didefinisikan sebagai sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak terus, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku merupakan manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut (tanpa perkataan ini, tulisan masih difahami maksudnya. Lebihan kata-kata) Lewis M.Baker (2001) (tiada disenaraikan dalam rujukan) menyatakan tingkah laku adalah apa yang kamu lakukan, cara kamu beraksi dan tindak balas terhadap persekitaran, tingkah laku juga dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran. [tidak semestinya perlu salin perkataan demi perkataan daripada bahan rujukan] Selain itu, tingkah laku menurut Al-Ghazali dari perspektif islam menyatakan tingkah laku mempunyai tujuan agama dan kemanusiaannya yang tersendiri. (ayat berbelit!) Terkandung beberapa ciri tingkah laku manusia diantaranya adalah setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan kepada dorongan dan tujuan tertentu. (ayat tergantung. Sila nyatakan sumber rujukan bagi fakta ini)

Dalam penulisan novel juga, bentuk tingkah laku sama ada tingkah laku positif atau pun negatif ditekankan dan diserap dengan baik dalam setiap watak yang di tonjolkan. Penekanan kepada setiap tingkah laku watak memainkan peranan yang besar untuk mencorakkan perjalanan cerita yang lebih tersusun dan teratur serta menarik. Setiap tingkah laku dalam watak yang dibentuk oleh penulis dalam penulisan novel diterapkan dan diperkuatkan dengan penggunaan ilmu dan teknik dalam ilmu pengurusan tingkah laku dan juga ilmu kaunseling.

(berapa banyak ”dalam” daaaaaaaaaa)

[Ulasan: pengenalan yang baik. Tahniah!]
2.0 SINOPSIS NOVEL

Novel yang bertajuk 2 (tajuk dua?) hasil penulisan Nass Alina Noah merupakan sebuah penulisan yang mengisahkan konflik diri dan tingkah laku pelajar sekolah. Novel ini menonjolkan ciri-ciri tingkah laku pelajar di sebuah sekolah yang menampilkan watak yang lahir dari latar belakang keluarga yang berbeza dari segi ekonomi dan bentuk perhatian. (awasi penggunaan “dari” dan “daripada”)

Pada awal cerita, penulis menampilkan watak sampingan iaitu Romeo yang merupakan seorang pelajar kacukan melayu inggeris yang baru pulang dari luar negara, London dan baru memulakan persekolahan di sebuah sekolah di Selangor. Romeo menjadi tumpuan ramai pelajar perempuan yang ingin mendekatinya kerana kelebihannya dari segi kewangan, wajah dan tingkah laku yang baik. Romeo merupakan anak tunggal kepada Tengku Marcella, seorang wanita yang bekerjaya dan cemerlang dalam hidup tetapi telah kehilangan suami beberapa tahun yang lalu. Romeo menampilkan tingkah laku yang positif pada awal cerita di mana Romeo merupakan seorang pelajar yang peramah, pemaaf dan merendah diri. Watak utama di pegang oleh Jail atau nama sebenarnya Ria Jelita, merupakan seorang pelajar dari keluarga yang bermasalah di mana ayahnya merupakan seorang penagih dadah dan kaki judi. Jail dijadikan anak angkat oleh Datuk Kamal, ayah kepada saudara kembar, Emelyn dan Evelyn. Jail merupakan seorang pelajar yang bijak dan cergas dalam bidang sukan. Watak Jail diberi penekanan dari pelbagai aspek dan bentuk tingkah laku yang berbeza mengikut kesesuaian cerita dan jalan penulisan.

Pada pertengahan cerita, penulis banyak menampilkan ulasan tentang persahabatan antara Jail dan Meow Meow atau nama sebenarnya adalah Mimi Maisarah. Jail dan Meow Meow merupakan sahabat karib sejak dari kecil sehingga remaja. Persahabatan Jail dan Meow Meow sentiasa menjadi detik cemburu kepada Emelyn yang berhasrat untuk merosakkan perhubungan mereka. Acap kali konflik diantara Jail dan Emelyn terjadi dan Jail mendapat pembelaan dari Meow Meow yang melindungi Jail dari kutukan dan hinaan Emelyn. Selain itu, konflik juga kerap berlaku diantara Meow Meow dan Emelyn yang berebut untuk mendapat perhatian Romeo. Pada pertengahan cerita ini, terdapat pelbagai bentuk salah laku dan bentuk tingkah laku yang negatif sama ada dari segi tingkah laku nonverbal dan juga verbal.

Pada kemuncak cerita, berlaku konflik yang besar di antara Romeo, Jail dan Meow Meow. Latar belakang Jail yang merupakan seorang anak penagih dadah dan kaki judi, seorang yang berpersonaliti seperti lelaki menyumbang kepada ketidakselesaan kepada guru kelas untuk Jail berkawan dengan Meow Meow. (ayat berbelit) Perhubungan yang rapat yang terjalin diantara Meow Meow dan Romeo juga mengundang pertelingkahan yang besar dan merosakkan perhubungan di antara Meow Meow dan Jail di mana Jail secara terangnya sangat membenci Romeo yang pada anggapannya seorang lelaki asing yang berperibadi buruk dan menunjukkan ciri-ciri lelaki yang bukan berbudaya timur. (ayat kompleks yang berbelit-belit. Terlalu banyak fakta yang ingin diisi hingga menyulitkan pembaca. Ayat tak gramatis. Penggunaan kata ”yang” terlalu banyak hingga cacatkan struktur ayat) Konflik yang tercetus di antara Meow Meow dan Jail telah merosakkan hubungan persahabatan mereka di mana Jail telah mengambil keputusan untuk bertukar sekolah. Romeo pula telah terlibat di dalam kegiatan lumba haram akibat daripada kebosanan hidupnya yang kekurangan kasih sayang dari keluarga.

Pada pengakhiran cerita, penulis menonjolkan penyelesaian konflik di antara Jail, Romeo, Meow Meow dan Emelyn di mana Jail telah menukar fikiran untuk bertukar sekolah setelah mengetahui Meow Meow menghidapai barah otak. Setelah kematian Meow Meow akibat cedera parah setelah terjatuh dari gaung kerana ingin menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa rogol, Jail dan Romeo telah mengalami masalah kemurungan yang teruk kerana tidak dapat menerima hakikat akan kematian Meow Meow. (ayat berbelit. Banyak perkara ingin dinyatakan dalam satu ayat). Manakala Emelyn pula telah menunjukkan tingkah laku yang baik kepada Jail setelah terhutang budi kepada Jail kerana menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol mat rempit. (ayat!) Pada akhirnya, Jail telah dapat menerima hakikat bahawa kematian Meow Meow adalah kerana kemalangan dan bukannya akibat perbuatan Romeo. Romeo pula telah pulih daripada traumanya setelah dapat menyesuaikan dirinya daripada menyalahkan dirinya ke atas kematian Meow Meow (berapa banyak ”daripada” dan ”nya” dalam satu ayat daaaaaaaaaaaaa). Jail, Romeo dan Emelyn telah menjalinkan p
ersahabatan yang baik.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian tentang novel yang bertajuk Er…Excuse Me ! hasil penulisan Nass Alina Noah adalah untuk memenuhi keperluan subjek kursus Bentuk-bentuk Penulisan (ZZZT 2213). (tujuan seumpama ini tidak ilmiah sifatnya. Sama seperti menyatakan tujuan kajian ”untuk lulus dan dapat ijazah” bila menulis latihan ilmiah. Sila rujuk nota untuk kuliah pertama kursus ini) Selain itu, tujuan utama kajian novel ini adalah untuk melihat penulisan kreatif penulis dalam menghuraikan setiap tingkah laku yang berbeza dalam setiap watak yang ditonjolkan. Perbezaan tingkah laku bermula dari watak utama, watak sampingan sehingga watak-watak kecil memberikan satu informasi dan pengetahuan bagaimana setiap individu dalam masyarakat mempunyai tingkah laku yang berbeza di antara satu sama lain sama ada dari segi tingkah laku positif mahupun negatif. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat kesinambungan permulaan cerita sehingga pengakhiran cerita tersebut dan mengupas pelbagai bentuk dan jenis tingkah laku yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pembaca untuk menilai kelebihan dan keburukan tingkah laku dalam masyarakat realiti.

4.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian adalah untuk melihat kepelbagaian jenis tingkah laku sama ada tingkah laku tersebut dari segi positif ataupun negatif. Skop kajian ini juga adalah untuk melihat kelebihan dan kelemahan tingkah laku yang ditonjolkan. Skop kajian tingkah laku dalam novel ini juga ditampilkan melalui tingkah laku kebergantungan diri, tingkah laku destruktif (merosakkan), tingkah laku desruptif (mengganggu), tingkah laku pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Melalui kepelbagaian tingkah laku yang di tonjolkan ini membantu penulis menghuraikan setiap jalan cerita dengan pelbagai konflik tingkah laku yang bertentangan dalam membantu plot dan jalan cerita menjadi lebih menarik. Selain itu juga, konflik tingkah laku yang bertentangan ini juga membantu penulis menimbulkan emosi kepada pembaca dan membuatkan pembaca berfikir tentang jalan cerita yang seterusnya.

5.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian dalam novel ini menggunakan pendekatan sistem mentor dalam pengurusan tingkah laku bermasalah dan juga menggunakan pendekatan psikologi yang menampilkan teori-teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi barat untuk dikaitkan dengan tingkah laku–tingkah laku watak yang digunakan dalam novel yang bertajuk Er…Excuse Me! ini. Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan tingkah laku bermasalah ini dicadangkan untuk kegunaan pihak guru. Tidak salah bagi seorang guru cuba untuk mendekati serta menyelami perasaan pelajarnya melalui sistem mentor. Namun, sistem mentor yang asal harus diperhalusi agar guru dapat merapatkan diri serta membina hubungan yang akrab di kalangan pelajar khasnya yang mempunyai masalah salah laku. Selain matlamat untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik, matlamat sistem mentor juga harus menjurus kepada pembentukan peribadi pelajar. Justeru, sistem mentor di sekolah harus diteruskan di semua peringkat persekolahan bagi menangani permasalahan salah laku di kalangan pelajar dari akar umbinya.

Manakala pendekatan psikologi pula digunakan kerana kaedah kajian ini dikaitkan dengan kerohanian yang melibatkan masalah pemikiran, perasaan, ingatan, pembayangan dan penaakulan.

6.0 ASPEK YANG DI KAJI

Melalui penulisan novel ini, aspek yang ingin di kaji adalah mengenai tingkah laku pelajar atau remaja membabitkan watak utama, watak sampingan dan juga watak-watak kecil. Nass Alina Noah menampilkan pelbagai watak yang mempunyai tingkah laku yang berbeza dan saling bertentangan untuk mencorakkan hasil penulisan dan cerita yang menarik bersesuaian dengan cerita tentang remaja sekolah dan konflik dalam diri pelajar yang berumur 16 tahun, penulis menyerapkan tingkah laku yang agresif, suka memberontak, tingkah laku destruktif dan sebagainya dalam setiap watak. (ayat kompleks yang sarat dengan fakta. Terlalu banyak yang nak diceritakan menyebabkan ayat ini jadi terlalu panjang dan berbelit-belit). Contohnya watak utama iaitu watak Jail yang mempunyai tingkah laku yang pelbagai mengikut kesesuaian cerita. Diantaranya jail mempunyai tingkah laku pengunduran diri, tingkah laku pengasingan diri, tingkah laku kebimbangan dan sebagainya. (dua ayat ini boleh digabungkan) [Jail yang menjadi watak utama mempunyai tingkah laku yang pelbagai mengikut kesesuaian cerita seperti . tingkah laku pengunduran diri, tingkah laku pengasingan diri, tingkah laku kebimbangan dan sebagainya].

Ahli psikologi berpendapat bahawa zaman remaja adalah tempoh peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Remaja adalah satu jangka masa pertumbuhan dan perkembangan. Pakar psikologi juga menyatakan bahawa zaman remaja penuh dengan idealisme, pemberontakan dan tekanan. Perubahan-perubahan yang di alami oleh remaja membuatkan dirinya berada dalam keadaan tidak stabil, kekeliruan dan konflik. Konflik peribadi yang berlaku dalam diri remaja selalunya di sebut sebagai ‘krisis identiti’. Remaja juga banyak membuat tingkah laku yang merunsingkan ibu bapa dalam usaha mereka untuk mencari identiti diri. Ini termasuklah penampilan diri (pakaian, potongan rambut, gaya bercakap dan pergerakan ) yang mungkin disebabkan oleh pengaruh sesuatu kumpulan atau disebabkan oleh faktor dalaman remaja itu sendiri. Selain itu, tingkah laku remaja juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan dan reaksi. Remaja bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya remaja tersebut mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia akan berupaya berinteraksi dan bertingkah dengan lebih yakin. (siapa ahli psikologi tersebut? Nyatakan juga sumber rujukan fakta ini. Elakkan diri daripada terlibat dengan plagiat)

Terdapat banyak tingkah laku yang ingin di kaji melalui hasil penulisan novel ini, diantaranya adalah tingkah laku kebergantungan diri, tingkah laku destruktif (merosakkan), tingkah laku desruptif (mengganggu), tingkah laku pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Setiap tingkah laku yang ingin dikupas mempunyai pelbagai maksud dan bentuknya yang tersendiri.

7.0 MENILAI KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TINGKAH LAKU YANG DI TAMPILKAN.

Setiap tingkah laku yang di tonjolkan oleh remaja dalam novel ini mempunyai sebab dan kesannya yang memberi implikasi kepada keputusan kepada diri pelajar tersebut. Kelebihan kerana bertingkah laku secara positif memberi peluang kepada pelajar untuk diterima dalam masyarakat dan disayangi oleh orang sekeliling. Kelemahan kerana bertingkah laku secara negatif memberi kesan buruk bukan sahaja kepada pelajar tersebut malahan turut mengaitkannya dengan masyarakat sekeliling. Kelebihan dan kelemahan tingkah laku yang ditunjukkan boleh dirujuk kepada pendapat ahli psikologi. Menurut pakar psikologi tingkah laku, John Watson (1878- 1958) (rujukan ini tiada dalam bibliografi. Tahun yang ditulis adalah tahun tulisan tersebut diterbitkan, bukannya tahun hayat penulis ini) berpendapat kajian psikologi sebenarnya hanya berkaitan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Beliau juga mengatakan (bahawa) tingkah laku adalah hasil daripada apa yang dialami. Watson juga menegaskan, pengawalan keadaan sekeliling dengan yang betul dapat menghasilkan apa yang dikehendaki daripada individu. Dalam novel ini dapat dilihat apabila terdapat pengawalan keadaan sekeliling oleh cikgu A Go Go membuatkan pelajar bertenang setelah keadaan kelas gamat
kerana lawak jenaka yang dibuat oleh Meow Meow.
(banyak perkara dalam satu ayat. Ayat jadi berbelit)

“Er…saya tak percaya. Saya rasa awek-awek tu tergila-gilakan cikgu sebab…. dia orang tidak nampak cacing kerawit dalam perut cikgu tuuu…” giliran Meow Meow pula membidas. Sekali lagi kelas gamat sehingga cikgu A Go Go mengangkat tangannya, minta bertenang.( halaman 52 )

justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

7.1 KELEBIHAN TINGKAH LAKU

Novel ini menampilkan watak utama yang di mainkan oleh Jail atau Ria jelita yang menunjukkan tingkah laku kebergantungan diri. Jail merupakan seorang anak dari keluarga yang bermasalah mempunyai tingkah laku yang boleh hidup secara berdikari tanpa memerlukan bantuan daripada orang lain (ayat. Banyak perkara diterangkan dalam satu ayat menyebabkan ayat berbelit). Menurut ahli psikososial Erik Eriksson (tiada dalam bibliografi) mengemukakan perkembangan manusia lebih menjurus kepada perkembangan identiti yang berlaku secara berterusan sehingga ke akhir hayat. Beliau mengemukakan lapan peringkat perkembangan manusia yang bermula dari sejak lahir sehingga ke akhir hayat. Salah satu tahap perkembangan manusia yang di kemukakan oleh Erik Eriksson adalah tahap autonomi lawan curiga di mana individu berkeupayaan melakukan sesuatu dengan bergantung kepada diri sendiri sehingga berjaya seterusnya membentuk identiti yang kukuh dan berkeyakinan tinggi.

”Haah, Jail. Saya tak nampak pun kamu beli apa-apa tadi ?”sahut Datin Eleeda.
”Er…saya tak nak beli apa-apa, Datuk, Datin. Lain kali ajelah.
“Er…saya pergi dengan teksi nanti.”
”Er…tak payah susah-susah. Saya boleh pergi sendiri. Saya pergi dulu ya Datuk, Datin? Assalamualaikum!” ( halaman 370 )

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang dikemukakan. Petikan ini seakan tiada kaitannya dengan huraian.
Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

7.2 KELEMAHAN TINGKAH LAKU

Menurut Atkinson (1990) (tiada dalam bibliografi) tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkahlaku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal. (nyatakan sumber)

7.2.1 Tingkah laku Destruktif/Merosakkan

Tingkah laku destruktif sering berlaku di kalangan pelajar sekolah yang mula memasuki usia remaja. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Biasanya tingkah laku destruktif di kalangan pelajar amat membahayakan yang boleh mengakibatkan kecederaan pelajar-pelajar lain yang dimusuhi. Sekiranya pelajar melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul di luar sekolah mahupun di dalam sekolah. Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen. (mana rujukan?)

”Heh, kenapa kau ni, hah ? Pucat lesi! Tak cukup darah? Hah, eloklah tu, cepat sikit mampusnya….”
”Kalau aku jadi hantu pun aku takkan lepaskan kau, Emelyn…apatah lagi Romeo tu,” jawab Meow Meow sambil meluru ke arah cermin untuk berbedak.
(halaman 174 )

Meow Meow tersengih. Telinganya dapat menangkap Dengan jelas bunyi tapak kasut Emelyn. Dia tidak sabar Untuk memulakan siri pembalasan dendamnya kali ini.
(halaman 179 )

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

7.2.2. Tingkah laku Desruptif/Menganggu

Individu yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. Jenis-jenis tingkah laku desruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya. (nyatakan sumber rujukan)

”Dah habis mengilai, hantu Jerangkung?” soal Jelita sambil menyapu lututnya.Romeo yang masih tertiarap itu tidak dipedulikannya namun matanya masih mencerlung ke arah Emelyn yang sedang tergelak besar.( halaman 180 )

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

7.2.3 Tingkah laku pergantungan berlebihan

Tingkah laku bermasalah mungkin juga berbentuk kebergantungan berlebihan yang menunjukkan individu tidak dapat berdikari. Sebaliknya, individu yang sebegini amat bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Pada suatu ketika apabila orang yang diharapkannya tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang akan di lakukannya. Individu sebegini mudah mengikut percakapan orang lain dan mudah dipengaruhi. Ini akan menimbulkan masalah pembentukan personaliti dan kendiri pelajar khasnya apabila mudah dipengaruhi oleh orang lain. (sumber rujukan)

Kemungkinan ia akan menimbulkan masalah tingkah laku yang lebih agresif akibat terlalu bergantung kepada orang lain. Pendirian orang yang mempunyai tingkah laku kebergantungan berlebihan ini juga kurang tegas apabila mengeluarkan sesuatu pendapat. Mereka juga teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan. Individu sebegini juga merupakan seorang yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan (sumber rujukan). Eva, jojo dan Baby merupak
an pengikut setia kepada Emelyn dan tidak pernah berani melawan setiap percakapan dan arahan yang dikeluarkan oleh Emelyn. (ayat ini perlu dipisahkan dalam perenggan baru. Beri keterangan yang lebih terperinci untuk kaitkan watak-watak dalam novel dengan tingkah laku yang telah dihuraikan)

”Hah, tunggu apa lagi? Eva, Baby, Jojo angkatlah ketua kau orang tu,” Sindir Jaywai. Emelyn mendengus kasar sebaik sahaja Eva memegang lengannya. (halaman 59 )

Serentak dengan itu, Eva, Baby dan Jojo saling berpandangan. Eva sudah tidak sanggup untuk
mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh kakaknya itu. Dia pasti ada sesuatu yang tidak
menggembirakan. ( halaman 194 )

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori
.

7.2.4 Tingkah laku Kebimbangan

Satu lagi jenis tingkah laku bermasalah ialah tingkah laku kebimbangan. Manja Mohd Ludin (1990) (tiada dalam senarai bibliografi) mendefinisikan kerisauan sebagai “…. Pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang ketika ia merasa takut atau menghadapi ancaman dari sesuatu yang tidak dapat ditentukan dengan jelas.”. Oleh itu, kebimbangan berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah suatu keadaan emosi yang berlaku di peringkat dalaman pelajar namun ianya juga merupakan salah satu daripada jenis tingkah laku bermasalah yang kurang ditonjolkan permasalahannya. Seseorang yang sentiasa bimbang akan sentiasa cemas atau ‘phobia’ menghadapi sesuatu cabaran. Mengikut kajian Barat, kanak-kanak yang selalu berada di dalam kebimbangan akan mendapat markah yang rendah berbanding dengan kanak-kanak yang normal. Hill dan Eaton (1971) (tiada dalam bibliografi) mendapati kanak-kanak yang berada dalam keadaan kebimbangan menjawab ujian dengan tergesa-gesa kerana takut akan peruntukan masa yang terhad. Mereka banyak melakukan kesilapan. Kebimbangan adalah fenomena yang akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai personaliti dan kendiri yang negatif. Individu sebegini akan menghadapi kesusahan dalam perhubungan dengan orang lain. Antara sebab terjadi tingkah laku kebimbangan ialah percanggahan motif, konflik diri antara tingkah laku dan nilai sebenarnya, penyesuaian diri dalam menghadapi suatu keadaan yang baru, menghadapi suatu keadaan yang sukar diramal dan kehilangan tempat bergantung.

Pagi tadi, Jaywai sudah memberikan isyarat bahawa Romeo akan menyertai perlumbaan haram sekali lagi. Jelita benar-benar bimbang jika Meow Meow mengikutnya nanti. Lebih bimbang jika sesuatu berlaku kepada lelaki itu. Bukanlah dia bimbangkan sangat akan keselamatan Romeo, tetapi Meow Meow pasti sunyi jika Romeo tiada. ( halaman 430 )

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

7.2.5. Tingkah laku Pengunduran Diri

Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang selamat atau mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri. Tingkah laku pengunduran diri ini jika dibiarkan akan menyebabkan pembentukan konsep kendiri yang rendah, tidak yakin untuk berinteraksi dan terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan intelek serta kurang upaya untuk menyelesaikan masalah. Tingkah laku pengunduran diri ini akan menyebabkab individu menyimpan perasaan dalam hati dan tidak dapat meluahkannya. Ini akan mempengaruhi pemikiran dan pembentukan personaliti mereka.

Seperti dalam penulisan novel ini, (ayat) penulis menceritakan tentang halangan oleh Puan Rubah Putih akan persahabatan antara Jail dan Meow Meow. Jail merasa terkilan dan perlu menghindarkan diri daripada Meow Meow. (Penerangan terlalu ringkas. Tidak dapat kaitkan teori psikologi dengan novel)

”Er..Datuk…saya ada sesuatu nak cakap ni.”
”Apa Jail? Jangan serius sangat. Seramlah.”
Mereka berdua tergelak kecil, ” Er..bermula pada esok, saya nak pindah keluar dari rumah ni.”
”Kenapa?” dahi Datuk Kamal berkerut. Wajah anak angkatnya itu direnung beberapa ketika.
”Er..saya ingat nak pindah sekolahlah sebab…” (halaman 406 )

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.


7.2.6. Tingkah laku Pengasingan Diri

Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan sejenis mekanisma helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. Sesetengah pelajar enggan melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi perbincangan yang diadakan di sesebuah bilik darjah apabila pelajar merasakan dirinya tidak dapat mengikuti pembelajaran. Akhirnya ianya akan memyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam, tidak suka berkawan, tidak yakin berinteraksi dan personaliti yang tidak seimbang.

Langkah Jelita terhenti seketika apabila Meow Meow melaungkan namanya berulang kali. Namun demi mengenangkan janjinya yang tidak mahu mencampuri urusan Meow Meow lagi, dia tidak peduli. Langkah kakinya dipercepatkan. (halaman 411 )

Sebaik sahaja mendengar suara itu, Jelita cuba bangun Namun Meow Meow mencengkam lengannya.
”Yo’re not going anywhere, Jail. Kalau kau pergi, kau Akan dapat merasa penangan silat aku hari ni.” (halaman 418)

(justifykan petikan ini.
Tiada ayat yang menyambung perenggan sebelumnya untuk kaitkan dengan petikan yang dikemukakan. Contoh ayat yang boleh digunakan sebagai penyambung berkenaan adalah: Ini dapat dilihat seperti yang tertera dalam petikan dibawah
Tiada ulasan tentang petikan ini yang diaplikasikan menggunakan teori.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat banyak dan pelbagai tingkah laku yang ditonjolkan oleh setiap watak yang dimainkan. Tingkah laku yang berbeza dan bertentangan ini dapat menarik perhatian pembaca untuk menyelami perasaan individu dari aspek tingkah laku yang ditunjukkan supaya boleh menjadi panduan untuk mengatasi setiap masalah tingkah laku yang timbul.

Daripada penghuraian, tingkah laku bermasalah bukanlah hanya melibatkan aspek-aspek keganasan seperti pecah rumah, melepak, dadah, samseng sahaja namun ianya turut melibatkan permasalahan dalam pembentukan kendiri pelajar yang akan menentukan corak peribadi pelajar tersebut pada usia dewasa. Kita sering memberi tumpuan kepada tingkah laku destruktif atau tingkah laku yang melibatkan keganasan sahaja berbanding tingkahlaku bermasalah seperti kebimbangan, pengunduran diri, pengasingan diri. Justeru, pendekatan sistem mentor dan pendekatan pakar psikologi adalah amat penting untuk mengatasi semua jenis tingkah laku bermasalah tersebut.

RUJUKAN

Amla Sal
leh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat, 2006. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pn. Lee Chee Pheng. Pengurusan Tingkah Laku (tidak perlu tulis pn. Maklumat tak lengkap: Tahun terbit. Tempat terbit. Penerbit)

Mohd Sharani Ahmad, 2006. Psikologi Kanak-kanak. Jabatan Pembangunan Manusia dan pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia.

Tiwi binti Kamidin. Jurnal bertajuk Pendekatan Sistem Mentor dalam Pengurusan Tingkah Laku.

Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004 57 (maklumat tak lengkap: nama penulis. Penerbit, tempat terbit))

Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5, 2004 58 (maklumat tak lengkap: nama penulis. Penerbit, tempat terbit))

Sila justify untuk bibliografi. Gunakan gaya UKM, atau MLA atau APA.

Ulasan keseluruhan:

1. penggunaan imbuhan “di” perlu diteliti sama ada perlu dirapatkan atau dijarakkan dalam tulisan.
2. penggunaan perkataan yang tidak tepat.
3. lebihan kata-kata.
4. pengulangan perkataan tertentu seperti “yang” , “dimana” dan “dalam” yang keterlaluan hingga menyebabkan ayat jadi tak gramatis.
5. ayat yang teralu panjang. Terdapat terlalu banyak perkara yang ditulis dalam satu ayat menyebabkan ayat tersebut berbelit-belit.
6. rujukan dalam teks tidak terdapat dalam bibliografi di hujung tulisan.
7. bibliografi/rujukan: sila gunakan gaya UKM, atau APA atau MLA. Sila justify dan tabkan ke dalam sebanyak 5 ketukan pada baris kedua. Lengkapkan maklumat untuk rujukan. Susunan rujukan perlu ikut turutan abjad.
8. novel kajian tidak disenaraikan dalam rujukan/bibliografi.

Markah: 11.5 daripada markah penuh 15.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s