Rumusan Kuliah…Contoh 2

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ZT 2213
BENTUK-BENTUK PENULISAN

KUMPULAN:
ORKID

NAMA AHLI KUMPULAN:
NURUL AIN BT MALEK

HALIMATUL SAADIAH BT HASHIM
NURUL IZAYANI BT JAIS
TG.AINUN MARSHIDA BT TG.HASSAN

PENSYARAH:
PN.MAHARAM BT. MAMAT

MINGGU 2 (16 JANUARI 2008)
PROSES PENULISAN

Penulisan adalah satu bentuk komunikasi bertujuan menyebarkan maklumat atau pengetahuan baru. Penulisan boleh didefinisikan sebagai proses merakam atau menghasilkan bahan berbentuk idea,pendapat, perasaan dan maklumat dalam bentuk tulisan yang berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Penulisan bermutu tidak dapat dihasilkan dalam waktu yang singkat dan kesempurnaan diukur dari segi isi dan bahasa. Ketekunan dan latihan membentuk hasil penulisan yang mantap.

Terdapat tiga proses utama dalam penulisan iaitu merancang, menulis dan menyunting. Dalam proses merancang perlulah ada tajuk yang sesuai, sasaran, kesesuaian masa dan tempat penulisan serta maklumat yang secukupnya. Selepas merancang, proses menulis boleh dilakukan. Dalam proses menulis perlulah menjiwai dan mendalami apa yang ditulis. Fakta penulisan perlulah tepat dan sah sumbernya, penggunaan bahasa yang bagus, teknik atau format yang betul dan pemerengganan yang sesuai. Proses terakhir ialah proses mengedit atau menyunting dimana melibatkan pembetulan penggunaan tanda baca atau ejaan, memotong dan menambah isi,idea dan fakta, memenuhi ruang dan mewujudkan kelainan idea dan pemikiran, menyusun semula ayat dan perenggan serta menyemak semula kesesuaian penggunaan tajuk, isi, pengenalan dan penutup.

MINGGU KE-4 (30 JANUARI 2008)

ETIKA DAN PENULISAN

Etika adalah satu aspek yang penting dalam kehidupan kita. Semua agama yang yang terdapat di dunia ini menekankan aspek etika yang berkait rapat dengan akal dan ilmu. Ini kerana etika adalah satu perkara yang membezakan antara manusia dan haiwan. Islam contohnya sebagai agama yang ad-din menyokong etika dalam urusan manusia kerana manusia sebaik-baik makhluk yang dapat menentukan sesuatu perilaku berpandukan al-Quran.

Dari perspektif penulisan, etika adalah bedasarkan falsafah kebenaran dan kejujuran iaitu ciri-ciri murni yang perlu diikuti (ayat!). Prinsip asas kod etika dalam penulisan menekankan tiga aspek utama iaitu tanggunjawab dan kebebasan, kejujuran, serta ketepatan fakta. Aspek tanggungjawab dan kebebasan menyatakan terdapat undang-undang yang mengawal kebebasan bersuara di negara ini dan menyebabkan kebebasan mutlak untuk penulis tidak wujud sepenuhnya.

Antara ciri-ciri sesebuah penulisan yang perlu dipenuhi adalah setiap tulisan hendaklah tidak mengecam mana-mana kaum atau bersifat perkauman, tidak menjatuhkan mana-mana pihak atau menejaskan reputasi mereka serta tidak mengandungi unsur-unsur fitnah (ayat tak gramatis). Hal ini berlaku sebaliknya di negara Barat di mana penulis diberikan hak untuk bersuara dan menulis tanpa sebarang halangan. Dalam aspek kejujuran pula menekankan penulis perlulah jujur yang mana (ayat berbelit dan tidak menepati struktur ayat yang baik) fakta yang diberi tidak mmpunyai unsur-unsur hasutan, fitnah dan keburukan orang lain. Di samping itu aspek ketepatan fakta menyatakan sesuatu rulisan perlulah sahih sumbernya dan bertujuan untuk menerangkan sesuatu hal atau perkara.

Tindakan seseorang sama ada beretika atau tidak dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman terdiri daripada intrapribadi iaitu keadaan dimana kepentingan diri individu itu sendiri dilihat berdasarkan keperluan asas seseorang dan interpribadi iaitu merujuk kepada hubungan kepentingan individu dengan orang terdekat atau yang paling rapat. Terdapat tiga perkara yang mempengaruhi faktor intrapribadi iaitu sumber bahan, rakan seprofesyen dan keluarga.

Faktor luaran pula temasuklah undang-undang, organisasi dalaman iaitu tempat dimana seseorang penulis bertugas dan organisasi luar. Dari segi undang-undang penulis perlu faham batasan dan akta-akta yang berkaitan dengan penulisan dan berusaha untuk tidak melanggarnya. Setiap penulis juga pelulah mematuhi dasar yang telah ditetapkan oleh organisasi dimana mereka bertugas. Organisasi luar pula terdiri daripada sebarang pertubuhan sukarela atau professional yang mengawal tingkahlaku atau etika sesebuah penulisan, badan kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri dan pihak swasta yang mengawal organisasi media melalui pembelian ruangan iklan.

Secara keseluruhannya terdapat pelbagai kepentingan etika dalam penulisan. Antaranya ialah untuk mengelak penulisan atau karya yang berat sebelah ataupun bias, supaya sesorang penulis mengetahui undang-undang yang berkaitan dan berusaha untuk mematuhinya, membentuk penulis yang lebih bertanggungjawab dan bermoral, mnyedarkan penulis supaya lebih menghormati kerahsiaan sumber dan bahan serta menghormati hak pembaca dan orang ramai. (perenggan ini mengandungi satu ayat sahaja dengan pelbagai perkara yang ingin disampaikan. Perenggan yang baik perlu ditulis untuk menerangkan satu isu utama, huraikan isu tersebut dengan lebih lanjut dan terdiri daripada beberapa ayat. Setiap ayat terdiri daripada satu idea. Beberapa ayat yang mengandungi beberapa idea akan membentuk satu perenggan.)

MINGGU 6 (13 FEBRUARI 2OO8)

KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT

Pada 13 Februari 2008, kuliah telah diadakan di bilik serbaguna, Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM. Pengisian kuliah pada minggu ini adalah Kursus Kemahiran Maklumat. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pegawai Perpustakaan UKM, Pn.Shaizimah Badzri. Kandungan kursus ini meliputi Panduan Mengakses Gemilang (Katalog Dalam Talian), Pengkalan Data Dalam Talian (PDT), Perpustakaan Digital UKM.

Perpustakaan UKM telah melaksanakan projek Perpustakaan Digital UKM pada tahun 2002. PDM UKM dibangunkan menggunakan perisian Content Manager yang diperolehi daripada IBM. Dengan adanya sIstem PDUKM ini, semua pengkalan data dalaman boleh diakses melalui internet melalui perantara web. Pengkalan data ini mengandungi maklumat dalam bentuk iaitu teks penuh dan bibliografik. Pengkalan data teks penuh terdiri daripada tesis, laporan penyelidikan, keratan akhbar, kertas kerja seminar, kertas soalan peperiksaan. Pengkalan data bibliografi pula terdiri daripada ilmiah, indeks perundangan, indeks jurnal terpilih Asia Tenggara, indeks maklumat tumbuhan perubatan dan aromatik, dan karya akademik. Hanya pelanggan yang mempunyai ID pengguna(Patron ID) dan katalaluan(Password) sahaja yang boleh mengakses maklumat teks penuh. Pelanggan awam boleh mengakses maklumat bibliografik secara percuma dengan memperkenalkan diri sebagai ‘guest’. PDUKM dapat diakses di alamat: http://ptsldigital.ukm.my

Perpustakaan UKM telah melanggan beberapa Pengkalan Data dalam Talian(PDT) bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran, dan penyelidikan. Ia mula dilanggan sejak tahun 1999. Perkhidm
atan PDT telah ditempatkan di Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan PTSL. PDT boleh diakses melalui laman web Perpustakaan UKM(http://www.ukm.my/library) dan seterusnya klik pada Portal e-Jurnal (http://ezplib.ukm.my). Pengaksesan boleh dilakukan di dalam dan di luar rangkaian UKM. PDT merupakan laman web yang mesra pengguna kerana senarai rangkaian pengkalan data disenaraikan mengikut bidang pengkhususan. Penceramah turut mencadangkan penggunaan enjin pencarian ‘Google Scholar Beta’.Menurut penceramah, jurnal dan kajian yang di muat turun di ‘Google Scholar’ mempunyai kesahan dan ‘authority’. Kita juga perlu skopkan kata kunci kajian agar banyak maklumat dapat diperolehi.

Bagi modul Panduan Mengakses GEMILANG, kami ditujukkan demonstrasi cara mengakses katalog GEMILANG, membuat tempahan dalam pinjaman dan menyemak rekod tempahan pengguna. Terdapat lima kemudahan pencarian yang disediakan dalam katalog GEMILANG iaitu Browse, Keyword, Expert, Broadcast, Reserve atau Heading Keyword. Semasa membuat pencarian, kita perlu skopkan kata kunci maklumat yang ingin diperolehi. Pengguna boleh membuat tempahan bagi bahan yang masih dalam pinjaman. Sistem komputer akan memproses tempahan secara automatik jika pengguna masih berkelayakan untuk membuat pinjaman atau telah menjelaskan semua denda.Alamat URL GEMILANG ialah (http://gemilang.ukm.my).

Bagi tujuan menyemak rekod pengguna, pengguna perlu memasukkan Patron ID(no ahli perpustakaan) dan Password. Bahan dalam pinjaman boleh diperbaharui secara on-line mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

MINGGU 7 (20 FEBRUARI 2008)

PLAGIAT

Plagiat merupakan satu jenayah besar dalam penulisan dan ia boleh berlaku sama ada melalui penulisan traisional atau siber. Plagiat secara am diertikan sebagai ciplak atau jiplak. Menurut Kamus Dewan, plagiat bermaksud meniru, mencontoh karangan (tulisan, pekerjaan orang lain) atau mengutip karangan orang lain (tanpa izin). Manakala Glosori Istilah Kesusasteraan (1998) menyatakan plagiat adalah satu penciplakan atau kegiatan dalam kesusasteraan yakni mengambil karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan yang dianggap mungkin sudah dilupakan oleh pembaca lalu diakui oleh penulis sebagai karyanya yang asli.

Plagiat boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti plagiat secara terus atau mengubah sedikit struktur ayat daripada sumber rujukan; menyalin daripada pengarang asal tanpa menyatakan sumber rujukan dengan lengkap atau tidak menggunakan tanda kutip yang sesuai; dan menulis nota kaki tetapi tidak menggunakan tanda kutip. Selain itu, plagiat boleh berlaku apabila penulis mengambil mudah penulisan nota kaki; menulis petikan dengan tegantung (nota kaki tidak tepat); dan plagiat secara parafrasa dengan meluas dan berterusan tanpa menyatakan rujukan. Menggunakan semula karya sendiri (The Self Stealer) dan melakukan terjemahan bahasa tanpa mengkreditkan sumber secara wajar turut dikategorikan sebagai plagiat.

Terdapat sumber rujukan yang patut dikreditkan dalam penulisan dan ada perkara yang tidak perlu dikreditkan. Plagiat dalam penulisan dapat dielakkan jika penulis memberi kredit yang wajar kepada sumber; menyatakan sumber dalam teks yang lengkap; membuat petikan dengan betul; menyenaraikan rujukan seperti bibiliografi, nota kaki dan nota hujung; dan memohon izin penulis asal untuk menggunakan hasil tulisannya. Plagiat mesti dielakkan bagi membangun dan memperkembangkan bidang ilmu penulisan dan membantu menjaga karya, kreativiti dan hak cipta penulis.

MINGGU 8 (27 FEBRUARI 2008)

PENULISAN SASTERA

Penulisan sastera terbahagi kepada dua iaitu penulisan ilmiah dan penulisan kreatif. Penulisan kreatif terbahagi pula kepada dua iaitu faksyen dan fiksyen. Fiksyen terdiri daripada cereka/ prosa, puisi dan skrip drama. Cereka terdiri daripada cereka klasik dan cereka moden. Puisi terdiri daripada puisi tradisional seperti pantun,syair serta seloka dan puisi moden seperti sajak. Skrip drama ada empat iaitu drama radio, drama TV, skrip filem dan skrip teater.

Terdapat 3 jenis cerpen iaitu cerpendek, cerpen dan cerpan. Novel dan cerpen mempunyai beberapa persamaan iaitu kedua-duanya termasuk dalam kategori cereka/ fiksyen, ada prinsip atau unsur yang sama seperti tema, plot dan sebagainya, mempunyai bentuk yang sama iaiti permulaan, pertengahan dan penutup serta menggunakan teknik seperti suspen, kejutan, imbas muka, imbas kembali dan penceritaan secara kronologi.

Terdapat beberapa perbezaan antara novel dan cerpen iaitu dari segi watak, bahasa, skala/sikap, perkataan, kesan, situasi, insiden, peristiwa, cerita, emosi dan gagasan. Unsur- unsur cerpen dan novel ada 7 iaitu tema, plot, watak perwatakan, latar dan sebagainya. Ada 5 jenis watak iaitu watak protagonist, antagonis, watak sampingan, watak tambahan dan watak yang tidak wujud. Ada 3 jenis latar iaitu latar tempat, latar suasana dan latar masa.

MINGGU KE-9 (5 MAC 2008)

PENULISAN KREATIF (SAMBUNGAN)

Dalam penulisan kreatif terdapat empat sudut pandangan atau sudut yang digunakan pengarang untuk melihat sesuatu kejadian cerita. Antaranya ialah sudut pandangan orang pertama, sudut pandangan serba tahu sudut pandangan peninjau dan sudut pandangan objektif. Sudut pandangan pertama adalah dimana pengarang seolah-olah menceritakan semula pengalaman dan kisah dirinya sendiri serta menggunakan kata ganti diri aku ataupun saya.

Sudut pandangan serba tahu paling kerap digunakan. Pengarang menceritakan sesebuah cerita melalui watak lain serta pengarang menggunakan kata ganti diri dia atau mereka atau menggunakan nama watak (ayat ini nak ceritakan apa benda sebenarnya? Ayatnya panjang dan berbelit-belit tetapi tidak difahami maksudnya). Sudut pandangan peninjau adalah di mana pengarang memilih salah satu watak untuk bercerita tentang dirinya, pemikiran atau halnya sendiri tetapi hanya boleh bagitahu tentang orang lain dari segi luaran sahaja. (terdapat dua perkara yang diterangkan dalam ayat ini. Sila tulis dalam ayat yang berasingan) Manakala untuk sudut pandangan objektif pula pengarang masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga tetapi pengarang tidak terlibat dalam cerita tersebut.

Unsur seterusnya yang terdapat di dalam cerpen dan novel ialah gaya bahasa. Ia menjadi nadi untuk menghidupkan karya atau tulisan dan menjadi identiti seseorang pengarang. Pemilihan kata atau diksi hendaklah bersesuaian dengan tema, fungsi watak, suasana cerita dan latar waktunya. Pembentukan ayat atau sintaksis adalah pelbagai iaitu terdapat ayat pendek dan mudah, ada yang sederhana dan ada juga ayat panjang. Penggunaan bahasa figuratif , perbandingan, pepatah, kiasan dan dialog yang bersesuaian dengan watak. Suasana cerita pula dicipta berdasarkan tujuannya yang tersendiri. Ia biasanya dikawal oleh watak utama dan adegan serta latar cerita pelulah bersesuaian dengan suasana. (terdapat banyak perkara yang diterangkan dalam ayat ini. Sila tulis dalam ayat yang berasingan)

Cara-cara bagaimana penulis mendapat idea untuk menulis sesebuah cerita boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Su
mber asal atau primer merupakan perkara yang dilalui, dialami, disaksikan dan dirasai sendiri oleh pengarang. Pengalaman yang dilalui termasuklah melalui mimpi, hubungan kekeluargaan, persekitaran, pengalaman pengembaraan dan cara hidup. Sumber sekunder pula adalah berdasarkan pembacaan, penyelidikan, menonton cerita serta pengalaman orang lain. Penyelidikan tidak semestinya dilakukan di perputakaan tetapi boleh juga diperolehi apa yang pernah dilalui oleh pengarang sebelum menjadi pengarang. Kajian soal selidik, temubual dan pembacaan pengalaman orang lain merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan sumber dari orang lain.

MINGGU 1O (12 MAC 2008)

PENULISAN EMAIL DAN PENULISAN KREATIF

Kuliah pada minggu ini membincangkan penulisan email yang efektif dan cara penulisan tesis. Kuliah dimulakan dengan tajuk penulisan email yang efektif terlebih dahulu.

Email merupakan satu bentuk komunikasi cyber yang tidak rasmi. Walaupun begitu, ia masih boleh digunakan secara rasmi untuk kegunaan rasmi kerana desakan masa, tetapi perlu diikuti dengan bentuk rasmi yang lain (sama seperti kegunaan telefon untuk urusan yang rasmi). Terdapat email yang boleh digunakan secara percuma seperti yahoo mail, dan ada juga yang perlu dilanggan. Ia semakin popular, cepat, mudah dan ringkas

Untuk memulakan email, penulis perlu memulakan dengan salam pembuka. Ramai yang terlupa untuk menulisnya dan menjadi masalah sekiranya berbeza budaya, jantina, gelaran, nama keluarga dan lain-lain. Antara panduan yang diberi dalam kuliah ini, untuk memulakan email:

a) Kalau merujuk sekelompok orang, atribut penyatu boleh digunakan seperti: “Dear Project Manager”. “Kepada Pengarah pendidikan”
b) Saling mengenali: “Kepada Kawanku Kid”
c) “Good Afternoon@Good Morning”; tidak efektif kerana email mungki dibaca malam atau petang (ayat tergantung)
d) Perlu tahu budaya orang yang akan diemail supaya tidak menyinggungnya
e) Perlu perkenalkan diri sekiranya diri orang yang diemail tidak dikenali

Untuk bahagian penutup, ada yang menggunakan signature dan sedikit keterangan peribadi. Letakkan nombor telefon jika perlu, jawatan dan syarikat. Tanda tangan dan penutup menjadi penanda bahawa seluruh email telah diterima dan isyarat tutup. (ayat tergantung dan tidak lengkap. Bahasa perbualan/lisan berbeza dengan bahasa tulisan)

Susun atur bagi penulisan email yang efektif adalah tidak terlalu kompleks kerana tidak semua orang mempunyai komputer yang canggih untuk membaca email anda. Tulisan di dalam email juga perlu tepat, ringkas dan padat. Sekiranya perlu dihantar kepada orang ramai perlu lebih terperinci supaya maklumat berkenaan menepati dan difahami oleh semua orang. Sekadar satu halaman dalah sebaiknya.

Kita juga boleh mengenali status seseorang berdasarkan email yang diterima. Petunjuk yang dipakai orang dan menunjukkan status anda adalah:
a) Bahasa: Kesilapan ejaan yang banyak dan tanda baca yang tidak betul menggambarkan anda tidak berpendidikan.
b) Alamat email: Berdasarkan nama ID yang digunakan atau status anda akan diagak atau sesuatu yang tidak ketara seperti tempat anda berada. Contohnya: maharam@pkrisc.ukmcc.com.my

Status perlu dipertahankan bergantung kepada beberapa hal:
a) Sekiranya belum mengenali penerima, perlu memperkenalkan diri untuk mengelakkan salah tanggapan status berlaku sekiranya berlaku kesilapan tatabahasa
b) Adakah penerima mementingkan status?
c) Kepentingan email. Sekiranya kepada bos, perlu diteliti tatababasa.
d) Sekiranya email yang diterima banyak kesilapan, maka mereka juga tidak pedulikan seandaianya email anda juga begitu.
(Penggunaan bahasa lisan menjadikan tulisan ini hilang nilai ilmiahnya. Awas!)
Intonasi merupakan penekanan yang diungkapkan dalam email. Terdapat beberapa cara menggambarkan turun naik suara dan emosi.
a) Penekanan ringan: digunakan apitan bintang sebelum dan selepas tulisan berkenaan.
Contoh: Jamuan diadakan setiap *Khamis*
b) Penekanan kuat: Menggunakan huruf besar dan tanda seru. Cara ini tidak perlu digunakan terlalu kerap tetapi digunakan terhadap hal yang perlu diberi penekanan sahaja.
Contoh: JANGAN!!!
c) Penekanan >>Ekstrem!!≤: benar-benar menekankan sesuatu.

Isyarat yang paling sering digunakan seperti =) =(🙂😉🙂

Lambang: (F) = bunga, (E) = Email, (t) = Telefon

Singkatan: terdapat bahasa khusus yang digunakan dalam komunikasi email dan chat untuk memudahkan cepat komunikasi seperti;
BTW=By the way
IC=I see
4U=For you

Kuliah tentang Penulisan Tesis pada minggu ini hanya merangkumi perkara-perkara penting sebelum menulis tesis. Tesis dalam konteks universiti atau institusi pengajian tinggi ialah satu gagasan pandangan, pendirian atau buah fikiran yang dibina dan seterusnya disokong, diperkukuhkan atau dipertahankan dengan bukti-bukti.

Tesis dibuat untuk mendapatkan sarjana muda kepujian, sarjana dan doctoral. Ia dinilai oleh satu jawatankuasa tertentu yang ditugaskan berasingan sebagai seorang pemeriksa, ahli akademik, profesor, pensyarah di universiti, pakar luar dalam bidang yang sama. Audians dan pembaca tesis terdiri daripada pembaca khusus dalam bidang tersebut.

Tesis merupakan dokumen rasmi yang mempunyai struktur yang tersendiri dan diteriam oleh institusi akademik. Penulis perlu tahu, gaya (stail) dan cara penulisan tesis:

a) Bahasa tesis: prosa akademik perlu jelas, tidak berbelit dan berbunga. Menggunakan laras bahasa yang tepat, bertanggungjawab dan akur dengan tesis yang bersifat formal. Kesan ditekankan; penemuan atau dapatan kajian dan kesimpulan terhadap kajian dilaporkan secara objektif.
b) Nada: Serius, bersifat formal; elak bahasa perbualan ringan yang akan hakis kerisauan tesis serta jejaskan mutunya sebagai tulisan akademik.
c) Stail dan gaya: Bersifat objektif, timbulkan kesan bahawa apa yang ditulis tidak timbul daripada prasangka penulis tetapi daripada hasil penyelidiakn data. Perlu intektual dan bersikap rasional hasil daripada pemikiran bertanggungjawab.
Format penting kerana ia menggambarkan keseriusan isi tesis dan meyakinkan pembaca bahawa apa yang dibaca merupakan hasil usaha yang serius, berwibawa dan bertanggungjawab.

Tesis juga merupakan penyatuan suatu gagasan, pendapat atau pendirian dengan hujah yang meyakinkan dan dalil yang konkrit. Penyelidikan yang dilakukan bertujuan untuk mendapat maklumat, pengetahuan baru atau menambah pengetahuan yang sedia ada. Ia merupakan proses disiplin untuk mencari, menjaring dan menginterpretasi maklumat, memilih, mengumpul atau menyusun data bagi membuktikan secara mantap sesuatu gagasan.

Gagasan sesebuah tesis tidak sahaja jangkaan awal atau prasangka tetapi menemukan sesuatu yang baru diterima semasa membuat penyelidikan. Penyelidikan menjadi bukti bahawa apa yang diperkatakan boleh didokumentasikan dan dibuktikan secara tepat (Berbeza dengan penulisan buku yang tidak gunakan nota kaki dan sebagainya.). Hujah (Argument) lebih kearah penerokaan satu tajuk yang diusahakan secara tertib untuk membuahkan cetusan idea yang berdalilkan bukti yang konkrit. (Argument lebih ke
arah atau dilihat sebagai proses atau cara membina sebuah tesis).

Tiada penutup

Ulasan
1. Format: tiada pengenalan dan penutup
2. kesalahan tanda baca dan ejaan.
3. perenggan: satu perenggan ceritakan tentang banyak isu.
4. ayat tak gramatis, tunggang terbalik dan adakalanya mengelirukan.
5. ayat: banyak perkara dimasukkan dalam satu ayat.

Markah Rumusan kuliah: 9 daripada 10 markah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s