Bahasa SMS II

Tulisan berikut saya perolehi dari blog Prof. Madya Dr. Supyan Hussin (Supyan Hussin’s Blog) sebagai bacaan tambahan untuk tajuk Bahasa Sms yang pernah saya upload di sini.

Selamat menghadam ilmu.

Bahasa SMSJuly 11, 2009 by supyanhussin
Di http://supyanhussin.wordpress.com/2009/07/11/bahasa-sms/

Benarkah bahasa SMS merosakkan bahasa Melayu?
Jika ya, sejauh manakah bahasa SMS merosakkan bahasa Melayu?

Antara tulisan saya mengenai SMS yang boleh dirujuk:
• Supyan Hussin. 2005. “Korpus bahasa SMS: Antara kreativiti dan ancaman kepada bahasa” Proceedings (CDROM) for Seminar Kebangsaan Linguistik SKALI 05. Kajian Bahasa dan Korpus: Dimensi Linguistik Semasa. Bangi: FSSK-UKM and DBP.
• Supyan Hussin. “Sejauh manakah SMS mencemar bahasa Melayu? Seminar Sehari Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu. DBP, 19 April 2005. • Supyan Hussin. 2006. The features in Malay SMS Texts. Dalam Lee Siew Chin & Tan Kim Hua (Penyt.) Composing meanings: media text and language. Bangi: Penerbit UKM. 61- 73. ISBN 967-942-762-5
• Supyan Hussin. “Perimbangan Pembangunan Bahasa SMS dan Pelestarian Bahasa Kebangsaan”. Persidangan Antarbangsa Pengajian Melayu 2006: Warisan Seni Budaya Melayu – Pelestarian dan Pembangunan’. Co-organized by APM-UM, DBP & KeKKWA. 8 – 9 Nov 2006. Hotel Armada, Petaling Jaya Selangor
• Supyan Hussin. 2006. ‘Perimbangan Pembangunan Bahasa SMS dan Pelestarian Bahasa Kebangsaan.’ Proceedings for Persidangan Antarbangsa Pengajian Melayu 2006: Warisan Seni Budaya Melayu – Pelestarian dan Pembangunan. Kuala Lumpur APM-Universiti Malaya, 275-284.
• Supyan Hussin & Rosniah Mustaffa. 2007. Bahasa dan Komunikasi dalam SMS. PEMIKIR Bil. 48 (April-Jun): 129-144. ISBN 77151105510
• Supyan Hussin. 2007. ”Korpus Bahasa SMS: Antara Kreativiti dan Ancaman kepada Bahasa”. Dalam Nor Hashimah Jaludin, Imran Ho & Idris Aman (Penyt.) Linguistik: Teori dan Aplikasi. (258-277). Bangi: Penerbit UKM. ISBN 978-967-942-836-0
• Supyan Hussin. 2007. ‘Singkatan bahasa Melayu Malaysia-Indonesia Dalam SMS: Penelitian Awal”. Pascasidang Seminar Kebangsaan Linguistik 2007 (SKALI) ke 7. Bangi: FSSK-UKM

Antara artikel mengenai tulisan saya dalam Akhbar:
• Berita Harian. 19 April 2005. Menyorot perkembangan semasa bahasa Melayu. Berita Harian 12 Julai 2005. ”Hambatan SMS terhadap Bahasa Melayu”
• Berita Harian. 15 Mac 2006. Bahasa Rojak dan SMS
• Berita Harian 13 Dis 2006. SMS tidak merosak bahasa
• Berita Harian. 22 April 2006. SMS rosakkan bahasa kebangsaan?
• Berita Harian. 13 Dis 2006. Singkatan boleh diguna mudah difahami.
• Kosmo. 14 Dis 2006. Bahasa teks bukan ancaman.
• KOMPAS (Indoesia). 8 Mei 2007. Penggunaan Bahasa Gaul Semakin Marak.
• Berita Harian. 7 Jun 2007. Cabaran guna bahasa Melayu dirungkai.
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi
Posted in Bahasa SMS 18 Comments
18 Responses
1. on July 13, 2009 at 8:47 am Log in to Reply supyanhussin

Bahasa SMS adalah satu kod.
Sama seperti kod BRAILE untuk orang cacat penglihatan dan kod MORSE untuk telegraf, kod SMS adalah untuk komunikasi tulisan melalui telefon bimbit.
Apakah kod BRAILE dan kod MORSE merosakkan bahasa baku sedangkan ianya juga simbol dan singkatan perkataan, serta melanggar peraturan nahu?
Apakah kerana bahasa SMS lebih ketara dan dilihat saban hari, maka kita menganggap ia boleh merosakkan bahasa Melayu?
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi
Ia boleh merosakkan bahasa baku kalau ia digunakan dalam konteks komunikasi rasmi seperti dalam surat, buku, akhbar, karangan dan media cetak yang rasmi.
Tetapi jika ianya hanya digunakan dalam
a. konteks telefon bimbit
b. komunikasi tidak formal atau tidak rasmi
c. komunikasi di antara orang yang boleh memahami kod yang diberikan, maka ianya tidak wajar dianggap sebagai merosakkan bahasa baku.
Apatah lagi kalau bahasa SMS itu dipengaruhi oleh faktor fizikal HP di mana ruang penulisan mesej hanya terhad kepada 160 aksara (huruf) bagi sesuatu mesej dan dipengaruhi oleh faktor ekonomi, di mana setiap satu mesej dikenakan bayaran tertentu. Maka rugilah bagi seseorang yang menghantar satu mesej tetapi dihantar dua kali dan membayar cas dua kali sedangkan ia boleh menghantar mesej yang sama sekali gus dengan memendekkan perkataan dan menggunakan simbol dalam mesejnya.
Lantaran, proses singkatan perkataan, penggunaan simbol seperti emotikon, dan kod tertentu dalam SMS adalah satu yang mesti berlaku dan dianggap satu yang semulajadi. Perlu ditekankan di sini bahawa bahasa SMS yang digunakan kerana (a), (b) dan (c) di atas tidak boleh dihukumkan sebagai merosakkan bahasa baku.
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

2. on July 13, 2009 at 8:53 am Log in to Reply supyanhussin

Dalam bahasa rasmi, struktur ayat dan nahu dijaga dengan kemas. Dalam bahasa tidak rasmi atau tidak formal, terdapat kelonggaran dalam struktur ayat dan nahu apabila seseorang berkomunikasi samada secara lisan atau tulisan.
Dalam bahasa tidak rasmi, terdapat 3 pola:
a. bahasa alih kod (code switching)
b. bahasa rojak (mixed code)
c. bahasa slanga atau bahasa basahan atau dialek
Apakah bahasa SMS mempunyai ketiga-tiga pola ini?
Apakah bahasa alih kod itu baik?
Apakah bahasa rojak itu baik?
Apakah bahasa slanga itu baik?
Apakah ketiga-tiga pola itu berlaku dalam bahasa rasmi melalui tulisan? Jika tidak berlaku, apakah wajar kita menghukum bahasa SMS sebagai bahasa yang boleh merosakkan bahasa baku sedangkan ia berlaku dalam bentuk bahasa tidak rasmi.
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

3. on July 14, 2009 at 1:31 am Log in to Reply supyanhussin


Antara perbincangan dan komen mengenai bahasa SMS di Internet

Yang Tak Berubah Itu Mati « k h á y á LKajian Prof Madya Dr Supyan Husin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia … Bahasa SMS bukanlah bahasa rasmi atau bahasa baku tetapi ia digunakan untuk …http://khayalkhayal.wordpress.com

Dunia Menulis: Bahasa SMS30 Jan 2009 … Kewujudan telefon bimbit dan peningkatan penggunaan SMS dalam … Kajian Prof Madya Dr Supyan Husin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia …
http://maharamdotcom.blogspot.com/2009/01/bahasa-sms.html

myMetro Kalau dulu ringkasan melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) mungkin …. Kajian Prof Madya Dr Supyan Husin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia …
http://www.hmetro.com.my/Current_News/…/index_html
Kumpulan Pengguna PHP Malaysia – For newbie please read this.13 posts – 9 authors – Last post: 9 Jan
Supyan Hussin, 2005. “Sejauh Manakah SMS Mencemar Bahasa Melayu”. Kertas kerja dalam Seminar Sehari Penyelidikan: …
http://www.php.net.my/forum/thread.php/19/2539 http://www.idesa.net.my25 Apr 2006 … Lebih membimbangkan, dengan teknologi moden umpama SMS mahupun teknologi … Prof Madya Dr Supyan Husain berkata, tiada ada kesalahan bagi …http://www.idesa.net.my/modules/news/print.php?storyid=1054
Panduan singkatan dalam SMS oleh DBPSupyan Hussin, 2005. “Sejauh Manakah SMS Mencemar Bahasa Melayu”. Kertas kerja dalam Seminar Sehari Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap …http://www.scribd.com/…/Panduan-singkatan-dalam-SMS-oleh-DBP

BAHASA ITU INDAH, Kalau dulu ringkasan melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) mungkin …. Kajian Prof Madya Dr Supyan Husin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia …http://abihulwa.blogspot.com/

Re: [Forum-Pembaca-KOMPAS] Penggunaan Bahasa Gaul Semakin Marak – [ Translate this page ]8 Mei 2007 … He..he..he..jadi bagaimana Gus Dur mengirim text message (sms) nya, ya? … Kenyataan ini diungkapkan Supyan Hussin dari Institut Alam dan …
http://www.opensubscriber.com/message/forum…/6659587.html
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

4. on July 14, 2009 at 2:02 am Log in to Reply supyanhussin

Bahasa SMS adalah Bahasa rojak?

Bahasa rojak bererti
a. bahasa yang bercampur aduk dengan lebih dari daripada satu bahasa
b. bahasa yang melanggar peraturan nahu, struktur ayat serta diluar jangkaan bahasa yang baik (unpredictable)
c. digunakan dalam perbualan dan tulisan untuk komunikasi tidak rasmi
Apakah bahasa rojak ini baik? Jawapannya, TIDAK kerana ia boleh memupuk satu tabiat yang akan berpanjangan.
Apakah ia menjimatkan ruang dan kos apabila ditulis dalam mesej yang dihantar melalui SMS? jawapannya YA
Apakah contoh bahasa rojak?
I kan nak go sanalah
(Saya hendak pergi ke sanalah)
Pu3 2 kn x senonoh, suka kcu ppl
(Puteri itu tidak senonoh, suka kacau orang)
2nang dier ni bks bfrn bdk 2
(Tunang dia ini bekas kawan lelaki budak itu)
Bahasa rojak dalam bahasa SMS ini jika dibiarkan maka ia boleh merosakkan kemampuan berbahasa oleh pengamalnya. Jika ia terbawa-bawa dengan gaya bahasa rojak, ia akan menggunakannya dalam bahasa lisan dan ini akan membawa kepada masalah komunikasi.
Tetapi bahasa alih kod (code switching) tidak sama dengan bahasa rojak. Bahasa alih kod adalah lebih baik sedikit dari bahasa rojak.
Apa itu bahasa alih kod? Bahasa alih kod ialah
a. bahasa yang bercampur dengan lebih dari satu bahasa
b. bahasa yang tidak banyak melanggar peraturan nahu, struktur ayat dengan mengunnakan frasa, unit, dan ungkapan yang boleh dijangka (perdictable)
c. digunakan dalam perbualan dan tulisan untuk komunikasi tidak rasmi
Contohnya
I want to go sanalah
(Saya hendak pergi ke sanalah)
“I want to go” adalah satu frasa, unit yang ditulis dalam bahasa Inggeris di mana perkataan dalam unit ini tidak terpisah dari bahasa yang sama; “sanalah” juga adalah satu frasa atau unit dalam bahasa Melayu yang mana perkataan ’sana” dan “lah” tidak terpisah oleh bahasa Inggeris.
Tht prnces is bad, suka kcu org
(Puteri itu tidak senonoh, suka kacau orang)
“Tht princess is bad” adalah satu frasa, unit; “suka kcu org” adalah satu frasa atau unit.
Tunang dia ni ex-bfrn tht boy
(Tunang dia ini bekas kawan lelaki budak itu)
“Tunang dia ni” adalah satu frasa, unit; “ex-bfrn tht boy” juga adalah satu frasa atau unit.
Apakah bahasa alih kod baik dalam SMS? Ia lebih baik dari bahasa rojak. Ia juga menjimatkan ruang dan wang jika pengamalnya tahu meringkaskan perkataan dalam mesej yang dihantar.
Bahasa alih kod ini biasa didengari semasa perbualan tidak rasmi dan dilihat pada bahasa SMS. Ianya suatu trend yang lazim tetapi tidak digalakkan kerana untuk jangka panjang ia boleh menjejaskan keberkesanan dalam komunikasi lisan samada rasmi atau tidak rasmi. Apabila sesuatu perbuatan itu menjadi tabiat, maka sukar bagi pengamal itu untuk meninggalkannya.
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

5. on July 16, 2009 at 3:03 am Log in to Reply supyanhussin

Kreativiti dalam SMS

SMS mengundang kreativiti penciptaan perkataan. Salah satu kreativiti ini ialah penggunaan homophone atau perkataan yang mempunyai persamaan bunyi. Di dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan yang dici
pta berdasarkan bunyi sesuatu, misalnya:
mengetok, berasal dari bunyi ketok pada pintu atau kayu= tok tok tok
berdetik, berasal dari bunyi detikan jam = tik, tik, tik
rintik, berasal dari bunyi jatuhan hujan pada atap = tik tik tik
berderap, berasal dari bunyi derapan hujan lebat menimpa atap= rap, rap
berdenting, berasal dari bunyi dentingan pada tin atau kaca = ting, ting
berdering, berasal dari bunyi deringan loceng atau telefon (bunyi klasik) = ring, ring
berdengkor, berasal dari bunyi dengkoran seseorang yang sedang tidor = kor, kor
Di dalam bahasa SMS, terdapat kreativiti dalam mencipta kod SMS yang berasal dari bunyi. Bagaimanapun, kreativiti ini ini harus dikawal supaya ia tidak keterlaluan dan tidak menjadi bahasa rojak dalam bahasa Melayu SMS. Misalnya:
pp = pipi
pk = fikir
gg = gigi
Begitu juga dengan bunyi “I di sisi you” = saya di sisi mu yang ditlis dalam kod SMS sepert “idccu”? Perkataan “sisi” digantikan dengan “cc”.Anda ada perkataan seperti di atas…yang anda ingin berkongsi?
Manakala yang boleh merosakkan bahasa SMS dalam bahasa Melayu walaupun boleh menjimatkan wang dan ruang ialah bahasa rojak sepertipu3 = puteri
*di, *dy = study
2nang = tunang
[cadangan; gunakan “putri” atau “ptri”
“stdi”, “tnang” supaya kelihatan seperti dalam bahasa Melayu]
Anda ada perkataan seperti di atas…yang anda ingin berkongsi?
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

6. on July 16, 2009 at 3:08 am Log in to Reply supyanhussin

Ejaan melampau dan ejaan kreatif dalam SMS
Yang boleh merosakkan bahasa juga ialah kerana ejaan melampau dan bukanya singkatan SMS ialahdier = dia
giler = gila
[cadangan: kekalkan ejaan “dia”, “gila” kerana ejaannya sudah cukup pendek]
Ada perkataan yang disingkatkan tetapi mempunyai ejaan melampau
saper = siapa
[cadangan: gunakan “sapa”]
Anda ada perkataan seperti di atas…yang anda ingin berkongsi?
Bagaimana dengan “cni” = sini” dan “cna”=sana?
[cadangan; elok gunakan “sni’ dan “sna” yang kelihatan seperti bahasa Melayu.
Tetapi ‘cni’ boleh dianggap bahasa kolokial yang mencerminkan hubungan intim antara pengguna. Maka ‘cni’ atau bunyinya “cini” atau ‘”cana” adalah bahasa slanga yang pelat tetapi manja.
Begitu dengan “cayang” daripada perkataan “sayang” yang boleh dipendekkan kepada “syg” iaitu lebih pendek daripada “cayang” dan menjimatkan wang dan ruang.
Anda ada perkataan SMS yang kreatif yang anda ingin berkongsi?
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

7. on July 16, 2009 at 3:56 am Log in to Reply supyanhussin

Kod bahasa SMS dalam bahasa Inggeris
SMS dalam bahasa Inggeris telah wujud lebih awal dari bahasa Melayu kerana teknologi SMS telah dipelopori oleh dunia barat. Oleh itu, pastinya kod SMS dalam bahasa Inggeris lebih banyak dan lebih komplek apabila digandingkan dengan emotikon.
Di Indonesia, bahasa SMS juga dikenali sebagai bahasa gaul atau bahasa ABG (anak baru gede).
Walaupun begitu, sebagai penutur bahasa Kebangsaan di Malaysia, kita tidak digalakkan menggunakan bahasa rojak dalam bahasa SMS kita kerana ia menghilangkan jatidiri negara bangsa. Pastinya ada penyelesaian kreatif dalam penciptaan perkataan dalam bahasa Melayu yang sesuai untuk digunakan dalam SMS.
Selain daripada singkatan teks dalam SMS, terdapat juga simbol yang dikenali sebagai emotikon atau smileys yang menggambarkan sesuatu perasaan atau emosi. Misalnya:http://en.wikipedia.org/wiki/Emoticon http://www.muller-godschalk.com/emoticon.html http://my.opera.com/glassmoon/blog/show.dml/1912393 http://www.myemoticons.com/ http://messenger.yahoo.com/features/emoticons/ http://messenger.msn.com/Resource/Emoticons.aspx
Emotikon ini lazim digunakan dalam USENET dan IRC tetapi kini sudah dimpot dan digunapakai dalam SMS. Sila rujuk laman web di bawah untuk melihat senarai emotikon:http://smantiga86.wordpress.com/2007/09/25/kamus-bahasa-sms-e-mail/
Anda ada maklumat tentang laman web lain? Sudi berkongsi?
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

8. on July 16, 2009 at 3:57 am Log in to Reply supyanhussin

Ingin membaca sebahagian daripada isu SMS di luar negara?http://www.merinews.com/catFull.jsp?articleID=127025 http://tripatlas.com/SMS_language#The%20use%20of%20txt%20in%20school%20exams http://www.mobilestorm.com/digital-marketing-blog/the-411-on-sms-abbreviations-what-mrktrs-nd-2know/ http://www.mylot.com/w/discussions/1282064.aspx http://www.news.com.au/couriermail/story/0,20797,25692819-8362,00.html?from=public_rss http://www.180techtips.com/150.htm
Anda ada laman web lain yang berkaitan dengan isu ini untuk dikongsi bersama?
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

9. on July 17, 2009 at 1:27 am Log in to Reply supyanhussin

Pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu
Dalam kajian saya dan kertas kerja yang pernah saya bentangkan dalam seminar, saya nyatakan terdapat beberapa kategori bahasa SMS yang boleh dilihat daripada data yang saya kutip.
Pertama, kategori lazim. Kategori ini terdiri daripada perkataan yang telah diterima pakai dalam dokumen atau penulisan rasmi serta dirakamkan dalam kamus DBP. Perkataan ini dipendekkan.
Misalnya:

Tkt. = Tingkat
Sg. = Sungai
JLN = Jalan
Lrg. = Lorong
Dtk = Datuk (Keramat)
Kg. = Kampung
dll. = dan lain-lain
dsb = dan sebagainya
Selain daripada perkataan yang rasmi ini, ada perkataan pendek yang lazim dan diterima pakai dalam urusan tidak rasmi seperti menulis memo, mencatat mesej atau membuat nota. Misalnya:
yg = yang
spt = seperti
dpd = daripada
dlm = dalam
dgn = dengan
ni = ini
tu = itu
Terdapat beratus perkataan seperti ini yang sudah diterima pakai dalam bahasa rasmi kita. Apakah dengan menggunakan perkataan ini dalam bahasa SMS dianggap sebagai satu kesalahan? Apakah perkataan pendek ini merosakkan bahasa Melayu baku? Pastinya jawapannya tidak.
Soalan seterusnya, apakah jalan menambah perkataan yang boleh dipendekkan ini sudah tertutup? Tidak bolehkah lagi DBP atau badan berautoriti menambah lagi perkataan yang boleh diterima pakai secara lazim?
SMS memberi ruang kepada rakyat dan penutur bahasa Melayu untuk berkreatif dalam menghantar mesej dengan memendekkan perkataan kerana ia boleh emnimatkan ruang dan wang.
Dengan kreativiti yang terkawal, bahasa Melayu akan terus relevan dengan peredaran zaman serta mengekalkan identiti diri dan bangsa. Bahasa yang hidup ialah bahasa yang mempunyai nilai sosial, komunikasi, dan ekonomi.
Boleh anda tambah lagi perkataan lazim seperti di atas?
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

10. on July 17, 2009 at 1:56 am Log in to Reply supyanhussin

…sambungan Pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu

Kategori kedua yang saya sebutkan dalam hasil kajian sejak tahun 2005 ke atas data bahasa SMS ialah pengguguran huruf vokal dalam perkataan, samada pada sukukata awal atau sukukata akhir serta huruf konsonan:

makan = mkn
pintu = pntu
sekolah = skolah, sklah
berjalan = brjln
ketawa = ktwa
payung = pyung
kasut = ksut
kabinet = kbnet
hujan = hjan, hujn
permaidani = prmdani, prmdni
kereta = kreta, (keta, gugur huruf
konsonan)
lampu = lmpu
kipas = kpas
kerusi = krusi
baju = bju
bangunan = bgnn
dalam = dlm
dan seterusnya…..
Mengikut sejarah perkembangan bahasa, huruf vokal datang kemudian daripada huruf konsonan. Malah perkataan yang dieja dengan konsonan boleh berdiri sendiri dan boleh difahami oleh penuturnya. hal ini bukan sahaja berlaku dalam bahasa Inggeris tetapi juga dalam bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi di awal sejarah Melayu.
Di dalam tulisan jawi, perkataan dieja dengan menggunakan huruf konsonan. Huruf vokal tidak begitu dominan dalam penulisan jawi kecuali huruf “alif’, “wau” dan “ya”. Tulisan jawi berasal dari tulisan bahasa Arab.
Di dalam bahasa Arab, terdapat penanda atau harakat yang merupakan simbol bermakna seperti baris atas (berbunyi ‘a’, baris bawah (berbunyi ‘ie’), baris depan (berbunyi ‘u’), baris dua atas (berbunyi ‘an’) , baris dua bawah (berbunyi ‘en’), baris dua depan (berbunyi ‘un’) dan simbol syaddah atau berganda. Simbol ini boleh didapati di dalam kitab sci Al-Qur’a tetapi di dalam tulisan jawi bahasa Melayu; simbol ini tidak kelihatan tetapi pembaca atau penutur bahasa Melayu yang boleh memahami jawi faham akan cara sebutan sesesuatu perkataan itu. Misalnya:
“makan” dieja dengan “mim” “kaf” “nun”
“jalan” dieja dengan “jim” “lam” “nun”
“mereka” dieja dengan “mim” “ra” “kaf”
dan seterusnya……
Seseorang yang boleh membaca tulisan jawi lazimnya memahami sesuatu perkataan walaupun tidak ada penanda atau simbol.
Dengan itu, fenomena pengguran huruf vokal dalam bahasa SMS bukanlah satu yang baru. Dalam ertikata lain, pengguguran huruf vokal dalam bahasa SMS yang digunakan secara tidak rasmi dan untuk tujuan komunikasi peribadi tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa baku.
Penggunaan huruf vokal sebenarnya bertujuan mengindahkan bahasa dan membantu meningkatkan keberkesanan dalam komunikasi. Bayangkan jika tidak ada huruf vokal seperti a, e, i, o. u, mungkin kita tidak dapat bezakan beberapa perkataan seperti di bawah ini kecuali ia ditulis dalam konteks ayat yang jelas
rmh = rumah atau rumah?
blk =
bilik atau balik?
ktk = ketuk atau katak?
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

11. on July 22, 2009 at 8:00 am Log in to Reply supyanhussin

…sambungan Pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu
Kategori ketiga bahasa SMS ialah akronim, iaitu perkataan yang dpendekkan dengan mengambil satu huruf atau satu sukukata atau gabungan huruf yang mewakili sesuatu perkataan atau frasa. khususnya organisasi, nama orang, jawatan, nama jawatan, nama tempat.
Lazimnya, akronim ini sudah diterima pakai dalam kamus atau akhbar tempatan. Jika akronim digunakan dalam bahasa SMS, maka ia tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa baku.
Misalnya
1. Nama organisasi
MAIS – Majlis Agama Islam Selangor
KUIS – Kolej Ugama Islam Selangor
MAS – Malaysia Airline Systems
AROBA – Ampang Road Old Boys’ Association
2. Nama Kementerian
KP – Kementerian Pelajaran
JPM – Jabatan Perdana Menteri
PDRM – Polis DiRaja Malaysia
3. Nama jawatan
PM – Perdana Menteri
Pres. – Presiden
SU – Setiausaha
Timb. – Timbalan
KSU – Ketua Setiausaha
ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri
Di Indonesia, akronim bagi jawatan tidak berlaku seperti yang dibuat di Malaysia tetapi digabungkan sukukata beberapa perkataan (sila baca kategori keempat).
4. Nama orang (jarang berlaku)
TM – Tun Mahathir Mohamad
DSAI – Dato’ Seri Anwar Ibrahim
TGNA – Tuan Guru Nik Aziz
Di dalam bahasa Inggeris terdapat satu bentuk akronim yang menarik tetapi jarang digunakan dalam kod bahasa SMS bahasa Melayu. Ia terdiri dari beberapa huruf yang dipendekkan. Misalnya
BTW = by the way
IMHO = in my humble opinion
FYI = for your information
HAND = have a nice day
F2T = free to talk
SIT = stay in touch
dan terdapat beratus lagi akronim seperti ini dalam bahasa Inggeris yang terkumpul dalam chat dan forum, kemudiannya diimport ke dalam bahasa SMS. Malah penggunaan akronim seperti ini telah diguna bersama dalam bahasa Melayu melalui komunikasi lisan dan SMS. Kini di dalam kod bahasa bahasa Melayu sudah terdapat beberapa perkataan seperti:
TK = terima kasih
AKUM, SLM = assalamualaikum
Bilakah agaknya pengguna SMS akan dapat mencipta beberapa akronim bagi frasa yang biasa diigunakan dalam komunikasi harian. Misalnya:
Selamat pagi = SPg
Selamat petang = SPt
Selamat malam = SM
Dah makan? = DMK
Bila nak sampai? = BNS
Untuk makluman = UM
Apakah pengguna di Malaysia sudah bersedia untuk menggunakan akronim seperti ini?
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

12. on July 27, 2009 at 2:37 am Log in to Reply supyanhussin

…sambungan Pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu
Kategori keempat ialah gabungan sukukata dari beberapa perkataan yang dijadikan singkatan dan digunakan dalam SMS. Sebahagian perkataan ini telah diterima sebagai bahasa baku dan pastinya ia tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa Melayu. Tetapi apabila ia digunakan dalam SMS, sebahagian pengguna akan tetap menggurkan huruf vokalnya. Misalnya:
pawagam = panggung wayang gambar, ditulis pwgm, pwgam dalam SMS
kugiran = kumpulan gitar rancak, ditulis kgran, kgrn dalam SMS
Apakah anda tahu asal usul perkataan di bawah ini ?
tandas = tempat najis disimpan, di tulis tnds dalam SMS
jam = jalan matahari, ditulis jm dalam SMS
Terdapat juga perkataan lain yang digabungkan sukukatanya tetapi gabungan ini dibuat secara konsisten. Misalnya
balora = balai orang ramai, ditulis blora, blra dalam SMS
Di negara kita, tidak banyak perkataan yang dipendekkan melalui gabungan ini, walaupun ia suatu yang kreatif tetapi harus terkawal. Dalam kajian saya terhadap bahasa gaul di Indonesia, terdapat gabungan sukukata ke atas banyak perkataan atau ungkapan tetapi gabungan sukukatanya tidak konsisten dan tidak terkawal. Misalnya:
minah: minyak tanah
odha: orang sudah HIVAIDS
narkoba: narkotika dan obat berbahaya
ruko: rumah kedai
raker: rapat kerja
wartel: warung telefon
warnet:warung internet
curhat: curahan hati
raskin: beras untuk warga miskin
balita: bayi lima tahun
Cuba perhatikan gabungan sukukatanya. Ada gabungan yang dibuat dengan mengambil sukukata awal, ada sukukata akhir dan campuraduk antara yang awal, tengah dan akhir.
Gabungan yang baik dan konsisten ialah apabila gabungan dibuat antara sukukata awal sesuatu perkataan dengan suku kata awal perkataan lain. Begitu juga dengan gabungan suku kata akhir dengan akhir. Gabungan ini tidak harus bercampur aduk antara suku kata awal dengan suku kata akhir kerana ia menyulitkan proses mengecam perkataan asal. Begitu juga dengan gabungan suku kata perkataan baru harus mengelakkan dari mewujudkan perkataan yang sudah sedia ada dalam bahasa kerana ia akan menimbulkan kekeliruan di kalangan penuturnya.
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

13. on July 27, 2009 at 3:03 am Log in to Reply supyanhussin

…sambungan Pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu
Kategori kelima ialah perkataan kataganda yang didapati dalam bahasa SMS. Mislanya: tiba-tiba = tetiba, ttba, tiba2, tba2
Perkataan ini menarik perhatian kerana terdapat beberapa perkataan berganda dalam bahasa Melayu. Misalnya:
Kadang-kadang
Kupu-kupu
Masing-masing
Sama-sama
Kelip-kelip
Lazimnya dalam SMS kita dapati perkataan di atas akan ditulis seperti dibawah:
Kadang-kadang = kadang2, kdg2,
Kupu-kupu = kupu2, kpu2
Masing-masing = masing2, msng2
Sama-sama = sama2, sma2
Kelip-kelip = klip2, klp2
Dalam sejarah dan perkembangan ejaan bahasa Melayu, nombor dua pernah digunakan untuk menunjukkan gandaan. Kemudiannya nombor ini telah dihapuskan dan ejaan perkataan ditulis secara penuh dan berulang seperti di atas.
Apakah mungkin dengan kreativiti yang berlaku dalam baha
sa SMS, kosakata bahasa Melayu akan menjadi lebih menarik dan dinamis apabila perkataan berganda ini tidak lagi ditulis seperti di atas tetapi digabungkan menjadi:
Kadang-kadang = kekadang
Kupu-kupu = kekupu
Masing-masing = memasing
Sama-sama = sesama
Kelip-kelip =kekelip
Jika kita boleh terima singkatan “Tkt.” (Tingkat), Kg. (kampung) dan “Sg.”(Sungai), serta menerima “pawagam” (panggung wayang gambar), maka mengapa kita tidak boleh terima “tetiba” (tiba-tiba) untuk digunapakai dalam bahasa baku dan komunikasi formal?
Apakah perkataan berganda pada perbuatan boleh dipendekkan juga seperti “tetiba”:berlari-lari?
berjalan-jalan?
beramai-ramai?
Dalam bahasa SMS, perkataan ini boleh dipendekkan untuk komunikasi tidak formal, misalnya.berlari-lari = brlri2
berjalan-jalan = brjln2
beramai-ramai = brmai2
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

14. on July 31, 2009 at 3:28 pm Log in to Reply supyanhussin

…sambungan Pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu
Kategori keenam dalam bahasa SMS ialah perkataan yang berdasarkan kepada kolokial, iaitu ejaan dan bunyi perkataan yang lazim di dapati dalam bahasa lisan.
Antara perkataan bersifat lazim kolokial dari aspek hubungan intim dan kadangkala berbunyi pelat seperti di bawah ini:amek = ambil
ari = hari
cam = macam
camne = macam mana
camni = macam ini
cite,ceta = cerita
cni = sini
fon = telefon
gi = pergi
jom = mari
ko = kau
korang = (kau orang) kamu
dorang = mereka
kitorang = kami
nek = naik
adui = aduh
amacam = apa macam
je, shj = sahaja
Antara perkataan bersifat lazim kolokial dari aspek dialek atau bahasa daerah ialah:
p, pi = pergi (Kedah)
boh = cukup (Kelantan)
moh = mari (Perak)
wes = sudah (Jawa)
mote = rambutan (Kelantan)
poi = pergi (Negeri Sembilan)
Merujuk kepada kategori ini, jika perkataan ini digunakan dalam bahasa SMS, ia tidak boleh dianggap sebagai merosakkan bahasa baku.
Dalam penelitian awal data sms yang dikumpulkan dari siaran TV Saluran ASTRO, kita dapati bahawa penggunaan bahasa etnik atau dialek sudah mulai ketara dalam bahasa SMS. Ini menunjukkan bahasa dialek akan mulai mendapat tempat semula di hati etnik atau kelompok atau kaum di negara ini.
Di Indonesia, terdapat lebih dari 200 kumpulan etnik, dan sebahagian bahasa etnik ini ada yang sudah lupus, ada yang sudah tidak ditulis tetapi dipertutur sahaja, dan ada bilangan penuturnya sudah menjadi terlalu kecil. Begitu juga di negara ini, di mana bahasa dialek sukar didapati secara bertulis.
Tetapi dengan adanya teknologi telefon bimbit, bahasa etnik yang jarang digunakan kini mulai mendapat tempat dihati penuturnya. Bahasa SMS mengizinkan pengguna telefon bimbit memberi nafas baru kepada pemuliharaan dan pelestarian bahasa etnik dan dialek di zaman ini. Tetapi ini tidaklah bermakna ia akan merosakkan bahasa baku. Sesungguhnya bahasa SMS memang khusus untuk komunikasi tidak formal.
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

15. on August 5, 2009 at 3:04 am Log in to Reply supyanhussin

…sambungan Pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu
Kategori seterusnya yang ketujuh ialah perkataan SMS yang melampau. Perkataan dalam kategori ini bukan singkatan atau kependekan atau ringkasan tetapi perkataan yang dieja dengan gaya sendiri dan menyalahi sistem ejaan asal. Malah perkataan ini menjadi panjang dari dari perkataan yang asal. Misalnya:
giler = gila, boleh ditulis sebagai “gla” atau dikekalkan bagi mengelak ia membawa maksud gula = gla
namer = nama, boleh ditulis sebagai “nma”
jadik = jadi, boleh ditulis sebagai “jd”
nasik = nasi, boleh ditulis sebagai “nsi”
dier = dia, boleh dikekalkan kerana terlalu pendek untuk dipendekkan lagi
Tetapi ada juga perkataan dalam kategori ini tidak berubaha dari segi bilangan huruf dalam perkataan tetapi salah ejaan. Misalnya
gune = guna
kejer = kerja
die = dia
mate = mata
Perkataan seperti di atas ini kelihatan seperti ada unsur kreativiti dalam bahasa SMS tetapi ia tidak merosakkan jati diri dalam bahasa SMS itu sendiri; apatah lagi kalau ia digunakan dalam tulisan rasmi, ia akan merosakkan bahasa Melayu baku. Ia bukan singkatan ejaan.
Kategori kelapan dalam analisis bahasa SMS yang berlaku di Malaysia ialan singkatan yang diMelayukan. Kategori perkataan ini boleh dianggap lebih rosak dari bahasa rojak dan boleh membawa kepada proses pidgin, di mana bahasa asal bercampur aduk dan diMelayukan menjadi satu bahasa lain yang melanggar sistem nahu, ejaan, dan semantik . Jika ia dibiarkan berleluasa dalam bahasa SMS seperti boleh mentranformasikan bahasa pidgin kepada bahasa Kreol. Saya akan terangkan maksud pidgin dan kreol dalam bahagian lain.
Kita boleh lihat ungkapan ini di dalam bahasa SMS:
Sy lebiu, Ilebiu = Saya love you, I love you
Dia gi ofis, dia g opis = dia pergi office/pejabat
aku kol ko nanti = aku call engkau nanti, aku telefon engkau nanti
babai = bye-bye, selamat jalan/tinggal
ko swic fon ko leh x? = kau switch phone kau boleh tak?; kau hidupkan telefon kau boleh tak?
dia ditransfer ke skolah di pahng = dia dipindahkan ke sekolah di pahang.
Kalau kita lihat beberapa perkataan di atas yang diMelayukan dan ada yang dipendekkan.ak terdelete msg 2 = aku terpadam mesej itu
lebiu, opis, kol, swic, fon, ditransfer, terdelete, 2 –
perkataan seperti ini sebenarnya boleh mencemarkan jati diri bahasa Melayu dan merosakkan bahasa baku jika tidak dikawal kreativiti pengguna dalam menggunakan bahasa Melayu.
Kita boleh meMelayukan perkataan luar jika memang jelas kita tidak perkataan yang membawa maksud yang sama dalam bahasa Melayu. Misalnya:
innovative, innovation = innovatif, inovasi
positive = positif
carbon dioxide = karbon dioksida,
dan banyak lagi perkataan dari bahasa Inggeris yang dipinjam dan diserap dalam bahas
a Melayu setelah dibahaskan oleh pakar bahasa dan akhirnya menjadi satu konvension untuk diterima pakai dalam bahasa baku dan dimasukkan daftar perkataan dalam kamus DBP.
Oleh itu, menukar “office” kepada “opis” atau “ofis” adalah tidak wajar kerana kita sudah perkataan “pejabat” dalam bahasa Melayu yang boleh diringkaskan dalam bahasa SMS sebagai “pjbt”. Begitu juga dengan perkataan lain yang termasuk dalam kategori ke lapan ini.
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

16. on August 5, 2009 at 3:22 am Log in to Reply supyanhussin

…sambungan Pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu
Kategori ke sembilan ialah perkataan dalam bahasa SMS yang membawa makna baru dalam komunikasi tidak rasmi. Lazimnya perkataan ini digunakan oleh kanak-kanak dan remaja. Perkataan ini melanggar sistem nahu, ejaan dan semantik perkataan sedia ada. Misalnya:
bapak giler
boring giler
ooohhh bapak terror
Perkataan “bapak” di sini bermaksud “teramat sangat” bukan “bapa” yang kita faham dari sudut kekeluargaan. kemungkinnan perkataan “bapak” dipinjam maksudnya kerana konotasi “bapa’ membawa ciri-ciri ketua, pemimpin, yang memutuskan, dan yang lebih tahu.
Begitu juga dengan perkataan seperti di bawah yang lari dari ejaan dan semantiknya.
korang summer = kamu semua
x yah ko nk cari glemor = tak payahlah kamu nak cari glamour/kemasyuran
Kategori ini boleh merosakkan bahasa baku dan sudah pasti mengikis jati diri bahasa Melayu.
Petikan dari buku saya (in press): Bahasa SMS: Trend dan Aplikasi

17. on August 5, 2009 at 3:30 am Log in to Reply supyanhussin

…sambungan Pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu
Kategori ke sepuluh dalam analisis saya ialah kod bahasa SMS yang menggunakan simbol dan emotikon serta representasi yang mengambarkan konotasi bunyi dan perasaan.
Misalnya terdapat bahasa SMS yang menggambarkan bunyi dan perasaan yang ditulis seperti di bawah:
Muaah = Mencium
Waa, wargh = Menangis
Eeeeee = Menjerit
Oww, aduhhh, adoiii = sakit
Hmmmm.. = berfikir
Wow! = kagum
Hehe/haha/keh keh = ketawa
Errrr = ragu-ragu
Dan terdapat emotikon seperti di bawah ini terdiri dari simbol yang menjadi representasi kepada sesuatu makna sesuatu:
Emotikon dan Maksud
[:-)] Gembira
[:-(] Sedih
[:-D] Ketawa
[:-] Marah
[;-)] Bergurau, kenyit mata
[:-V] Menjerit
[:-*] Ciuman
[-O] Menguap
[:-o] Terkejut
[:-Q] Saya tidak faham
[:-(] Hairan
[:-&] Kelu lidah
[:-(] Amat sedih
[:-X] Bibir terkunci
[X=] Harapan, doa
[:-P] Mengejek
[:’-(] Menangis
[:-/] Ragu-ragu
[:-] Bosan, tidak peduli
[:-Y] Komen sampingan
Kalau di buang braket ini [ ], maka emotikon di atas akan bertukar menjadi simbol visual yang menggambarkan perasaan pada wajah; misalnya🙂 = Gembira
😦 = Sedih
😀 = Ketawa
Terdapat banyak lagi emotikon yang tidak disenaraikan di sini tetapi ia adalah suatu yang lazim di kalangan pengguna yang berkomunikasi dalam chat dan forum. Penggunaan emotikon dalam Internet telah diimport ke dalam bahasa SMS.
Apakah penggunaan emotikon seperti di atas ini merosakkan bahasa baku? Mungkin agar sukar untuk kita menjawabnya. Inilah antara keunikan dan kreativiti dalam bahasa SMS. Ia memberikan satu bentuk literasi visual bukan teks yang boleh difahami oleh penggunanya. Begitu juga dengan perkataan yang dieja dalam pelbagai bentuk dalam bahasa SMS sebenarnya hanya sesuai dalam konteks komunikasi bahasa SMS. Ia tidak boleh digunakan dalam bahasa rasmi atau bahasa baku dalam penulisan rasmi. Sekiranya ia digunakan dalam penulisan rasmi, maka barulah boleh kita katakan bahawa ia boleh mencemarkan bahasa baku.
Kalau dalam komunikasi lisan, samada interpersonal atau pengucapan awam, terdapat dua bentuk bahasa yang digunakan iaitu bahasa lisan (verbal) dan bahasa badan (non verbal seperti gestures, postures dsb). Begitu juga dalam bahasa SMS terdapat simbol dan emotikon dalam bahasa SMS yang mewakili sesuatu makna dalam mesej yang disampaikan.
Literasi visual bukan teks boleh di dapati di dalam peta, di sepanjang jalanraya atau di dalam bangunan atau di pusat rekreasi. Ia digunakan bagi menggantikan ayat atau frasa yang panjang.

Lihat imej, ikon, simbol tanda-tanda di jalanraya di laman
http://en.wikipedia.org/wiki/Traffic_sign

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s