Manfaatkan Dunia Maya

Saya temui artikel berikut pada Sabtu 22 Mac 2009 di my metro http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090321090025/Article/index_html

Tangani jenayah siber

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

CYBERJAYA: Ancaman jenayah siber yang dianggap jenayah generasi baru perlu ditangani dengan kerjasama pelbagai pihak di peringkat antarabangsa kerana ia boleh membawa kehancuran terutama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata memandangkan internet ketika ini tidak mempunyai sempadan, setiap negara tidak boleh bertindak sendirian menangani ancaman jenayah siber, sebaliknya memerlukan usaha sama kukuh di kalangan pihak berkepentingan sama ada sektor kerajaan atau swasta.

“Jenayah siber menerusi sistem rangkaian komputer akan menyebabkan kesan secara langsung kepada kehidupan sebenar masyarakat. Sebagai contoh, gangguan siber yang menyebabkan gangguan elektrik seluruh negara atau keruntuhan sistem perdagangan kewangan mungkin boleh menyebabkan huru-hara atau kehancuran walaupun negara berkenaan mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh,” katanya ketika melancarkan Ibu Pejabat Global International Multilateral Partnership Against Cyber Threats (IMPACT) di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Dr Hamadoun Toure dan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Impact, Mohd Noor Amin. Sehubungan itu, Abdullah berkata kerajaan di seluruh dunia perlu bersedia untuk berdepan dengan pelbagai ancaman jenayah siber yang merebak ketika ini.

IMPACT adalah ilham Abdullah yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Antarabangsa IMPACT. Lembaga Penasihat Antarabangsa itu dianggotai pemimpin dunia dari pihak industri dan akademik yang selama ini memberi sokongan kepada aktiviti utama IMPACT. Ia adalah usahasama pertama seumpamanya di dunia antara jabatan awam dan swasta bagi menangani cabaran ancaman siber yang bermatlamatkan mencari penyelesaian strategik untuk meningkatkan keyakinan dan keselamatan masyarakat rangkaian maklumat.

Sementara ibu pejabat baru IMPACT yang dibina dengan keluasan 58,000 kaki persegi itu turut menjadi tuan rumah kepada Agenda Sibersekuriti Global, sebuah rangka kerja bagi usahasama antarabangsa yang ditubuhkan ITU. Ketika ini, IMPACT mempunyai empat aktiviti teras iaitu pusat penyelidikan global, pusat pembangunan latihan dan kemahiran, pusat jaminan keselamatan dan penyelidikan serta pusat polisi dan usahasama antarabangsa.

Peringatan tentang sisi gelap dunia siber telah acapkali disebarkan sama ada melalui tulisan popular atau boleh dibaca secara online di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt;=1230&pub;=Utusan_Malaysia&sec;=Megabait&pg;=me_01.htm

ARKIB : 30/12/2009

Awas keganasan siberOleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

USAHA menghentikan keganasan terhadap wanita (violence against women, VAW) bukan lagi sekadar perjuangan sebelah pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita atau agensi-agensi kerajaan berkaitan. Ini kerana kebangkitan dan kesedaran di kalangan masyarakat sudah mula menunjukkan kesannya dengan penggubalan dasar dan undang-undang bagi melindungi hak kaum Hawa di negara ini.

Pun begitu kemunculan era teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang pada mulanya dianggap ‘penyelamat’ kepada wanita yang terpinggir hari ini menjadi ‘musuh dalam selimut’ apabila bekas-bekas suami atau teman lelaki mudah mengesan mangsa melalui kemudahan tersebut.
Keganasan Siber
Dipanggil keganasan Internet atau siber, ia merupakan satu lagi bentuk keganasan terhadap wanita yang perlu ditangani segera memandangkan lebih ramai menggunakan teknologi untuk berhubung dan mempermudahkan urusan harian.
Baru-baru ini, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan The Body Shop mengadakan kolaborasi untuk menghentikan keganasan terhadap wanita termasuk melalui Internet. Beberapa contoh keganasan adalah penderaan wanita mengandung, perkahwinan kanak-kanak, kahwin paksa, keganasan domestik, suami rogol isteri, sumbang mahram, pelacuran kanak-kanak, pornografi, gangguan seksual (sama ada dalam atau luar talian) dan pemburu siber (cyber stalking).
Risalah merah jambu We Can End Violence Against Women (Kita boleh hentikan keganasan terhadap wanita) itu dicetak sempena Hari Antarabangsa Menentang Keganasan Terhadap Wanita dengan signifikan Malaysia menyertai kempen 16 hari Aktivisme (16 Days of Activism) melibatkan 130 negara di seluruh dunia.
“Tahun ini, kempen VAW memberi tumpuan terhadap aspek ICT yang semakin meluas di setiap lapisan masyarakat sehingga hampir mustahil untuk mengawalnya. Malang sekali, kanak-kanak perempuan, remaja dan wanita merupakan majoriti mangsa pesalah laku ICT atau Internet yang menggunakan kemudahan itu untuk menindas mereka,” kata Pengarah Eksekutif WAO, Ivy Josiah.
Majoriti mangsa
Menurutnya, sebanyak 83 peratus mangsa jenayah siber terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang kurang mahir menggunakan Internet. Ini kerana pemangsa mencari pengguna Internet yang tidak faham bahasa laman sembang dan sering menunjukkan kelemahan emosi menerusi saluran terbuka yang mudah dikesan pemangsa. “Pesalah laku akan menghantar pesanan peribadi untuk ‘menenangkan hati’ anda. Ini sebenarnya cara-cara mereka menyerang mangsa pada saat mereka paling lemah,” tegas Ivy.
Selain laman sembang yang tentunya menghimpunkan pelbagai jenis manusia yang mustahil diketahui keaslian latar belakang dan identiti mereka, terdapat banyak lagi contoh penyalahgunaan ICT mensasarkan golongan wanita sebagai mangsa. Berlaku banyak kes dipaparkan di akhbar dan televisyen mengenai wanita-wanita yang terperangkap oleh suami atau teman lelaki akibat diri mereka dirakam dalam pelbagai keadaan memalukan. Antaranya;
Telefon bimbit dan kamera digital digunakan untuk merakam aksi seks atau berbogel, kadang kala dengan izin atau sebaliknya. Semua imej ini mudah dijadikan alat untuk mengugut, memalukan dan mengawal wanita tersebut.
• Gangguan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pula merupakan sesuatu yang lazim dialami dengan pesanan-pesanan atau panggilan lucah daripada lelaki dikenali atau tidak.
• Friend Finder disediakan untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi seseorang individu. Ini boleh disalahguna menjadi alat kawalan jika anda sedang dikesan atau diperhatikan gerak-geri oleh suami atau teman lelaki yang suka mendera.
• Penyeludupan Internet juga berlaku apabila si penyeludup ‘merekrut’ mangsa melalui Internet dengan iklan-iklan peluang pekerjaan. Wanita hanya sedar menjadi mangsa penipuan a
pabila dipaksa melakukan kerja lain atau dijual ke negara asing.
Elak jadi mangsa
Untuk mengelak daripada menjadi mangsa gangguan siber, pastikan anda faham apa itu gangguan dalam talian iaitu apabila seseorang sengaja menghantar e-mel berkali-kali, mesej pantas (IM), laman sembang walaupun selepas anda menyuruhnya berhenti. Pemburu siber pula hampir sama dengan gangguan dalam talian tetapi ia dikategorikan menerusi usaha si pemburu mendapatkan mangsanya dan turut menggunakan serangan di luar talian. Ini perlu diberi perhatian lebih serius kerana boleh membawa kepada serangan fizikal berbahaya lebih-lebih lagi jika si pemburu mengetahui maklumat lokasi mangsanya itu.
Secara amnya, adalah kurang bijak untuk terus berdepan dengan orang yang mengganggu anda. Bagaimanapun, sebaik yakin anda sedang diganggu anda mesti jelaskan padanya agar berhenti. Anda tidak perlu menjelaskan kenapa, hanya katakan anda tidak mahu lelaki itu menghubungi anda langsung. Apa kata anda membuat salinan e-mel gangguan tersebut dan simpan sebagai rekod atau hantar ke abuse@yahoo.com atau abuse@hotmail.com agar e-mel penghantar itu akan ditutup atau disenarai hitamkan. Untuk pengguna Facebook pula, dicadangkan agar anda menghalang akses individu tidak dikehendaki menggunakan butang pada laman profil peribadi atau rangkaian aduan pada peti mel anda.
Akhir sekali, simpan segala-galanya. Salah satu reaksi mangsa gangguan siber adalah untuk memadamkan segala bukti komunikasi mangsa dengan suspek. Ini adalah tindakan salah. Sebaliknya, simpan semua maklumat yang ada termasuk e-mel dan log sembang. Jika suspek mencipta laman web negatif mengenai anda, simpan salinan pada sistem tempatan anda dengan baik agar dapat digunakan dalam perbicaraan mahkamah, jika perlu kelak.
“Malangnya ada wanita membiarkan diri mereka menjadi mangsa dengan membuka ruang kepada lelaki rambang untuk menghubungi mereka secara terbuka. “Jadilah bijak, gunakan ICT dengan selamat agar wanita tidak terus-menerus menjadi mangsa keganasan,” tambah Ivy lagi.

Tulisan berikut disiarkan pada Selasa 31 mac 2009 di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20090331072416/Article/

Penggodam China intip 103 negara
TORONTO: Satu rangkaian perisikan yang berpusat di China menggodam dokumen rahsia kerajaan dan pertubuhan swasta di 103 negara termasuk komputer Dalai Lama dan pemimpin dalam buangan Tibet, dakwa penyelidik Kanada, kelmarin. Kerja yang dilakukan “Pemantau Maklumat Perang (IWM)” pada awalnya memfokuskan dakwaan perisikan siber China terhadap masyarakat dalam buangan Tibet dan kemudian berlanjutan kepada rangkaian lebih meluas, kata kumpulan penyelidik terbabit.

“Kami menemui bukti kukuh penipuan perisian komputer atau malware yang menembusi sistem komputer Tibet, mengambil dokumen sensitif dari pejabat persendirian Dalai Lama,” kata penyiasat Greg Walton. Kumpulan penyelidik berkata’ ketika analisisnya menuding ke arah China sebagai sumber utama rangkaian itu, ia tidak dapat mengesan secara eksklusif identiti atau motif penggodam. Kedutaan China di sini tidak membalas panggilan yang dibuat kelmarin. Aktivis ‘Students For a Free Tibet’, Bhutila Kar-poche, berkata komputer organisasinya digodam beberapa kali sejak empat atau lima tahun lalu.

Penyelidik mengesan rangkaian perisikan siber membabitkan lebih 1,295 komputer mencurigakan dari kementerian hal ehwal asing Iran, Bangladesh, Latvia, Indonesia, Filipina, Brunei, Barbados dan Bhutan. Mereka juga menemui sistem digodam di kedutaan India, Korea Selatan, Indonesia, Romania, Cyprus, Malta, Thailand, Taiwan, Portugal, Jerman dan Pakistan. – AP
Artikel ini pula memberi peringatan kepada individu yang sering menggunakan perkhidmatan internet.
ARKIB : 13/10/2006

Guna akal layari Internet
Oleh HISHAMUDDIN AHMAD ZAKI

MEMBACA berita mengenai penipuan menerusi Internet memang menyedihkan terutama yang melibatkan kecurian identiti perbankan Internet dan pelaburan berisiko tinggi seperti Swiss Mutual Fund. Ada yang tertipu kerana mudah tergoda dek keinginan untuk menang loteri berjuta ringgit. Ada pula yang digoda dengan apa yang digelar Nigerian Scams – melabur wang sedikit untuk mendapatkan harta-harta karun yang tidak wujud.

Sebagai seorang yang telah melayari Internet hampir 20 tahun lamanya, saya mendapati kebanyakan yang ditipu adalah kerana kenaifan diri sendiri. Ramai begitu mudah tergoda oleh tawaran-tawaran yang datang melalui e-mel atau oleh keinginan untuk kaya cepat. Nafsu manusia mudah dirangsang, pantang melihat sesuatu yang berimejkan kekayaan dan kesenangan.
Melayari Internet adalah satu dunia yang tersendiri. Tiada apa yang dapat menghalang anda daripada diserang penggodam Internet pada bila-bila masa. Ia boleh muncul dalam e-mel anda, di sesuatu laman web underground, laman web klon atau melalui sembang-sembang. Anda hanya akan sedar anda telah diserang bila komputer anda dipenuhi spyware, trojan atau virus. Kenaifan menggunakan Internet membolehkan identiti dicuri. Ini termasuklah juga identiti e-mel anda dan identiti pelbagai urus niaga kewangan seperti perbankan Internet. Kenaifan melayari Internet juga telah menyebabkan bil-bil telefon melambung atau kad kredit tiba-tiba dicaj dengan jumlah yang membingungkan. Jadi bagaimana untuk memastikan anda bijak untuk menggunakan Internet?
Pertama, pastikan komputer anda mempunyai pertahanan yang secukupnya terlebih dahulu. Ini termasuk memasang perisian antivirus dan spyware. Elok juga jika anda mempunyai firewall untuk mengelakkan komputer anda daripada mudah dicerobohi.
Kedua, jangan buka e-mel daripada orang yang anda tidak ketahui, yang tiada tajuk atau yang anda ragui. Terus buang e-mel berkenaan. Jika anda membuka juga e-mel berkenaan, pastikan anda tidak klik terus pautan yang disediakan di dalam e-mel tersebut. Biasanya, transaksi dalam talian seperti perbankan Internet tidak akan menghantar e-mel yang mempunyai pautan di dalamnya.
Ketiga, sentiasa berhati-hati bila bersembang di dalam chat atau messenger dengan orang yang tidak diketahui. Ingatan ini lebih ditujukan kepada mereka yang tersangat peramah di dalam Internet dan juga kepada remaja-remaja. Jangan mudah membuat sebarang temu janji. Anda sebenarnya tidak mengetahui watak di sebalik sesuatu nama samaran itu.
Antivirus
Keempat, jangan buka sebarang attachment yang dihantar tanpa diimbas oleh perisian antivirus anda. Attachment ini ada yang dihantar melalui e-mel dan ada juga dihantar melalui messenger menggunakan identiti orang yang anda kenal. Identiti orang-orang yang dikenali diperoleh dengan mencuri masuk ke dalam Microsoft Outlook atau Outlook Express di komputer anda.
Kelima, jangan mudah tergoda dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda dalam masa yang singkat. Jika anda ingin mencari juga wang sampingan di dalam Internet, dapatkan nasihat daripada mereka yang telah lama terlibat di dalam bidang ini. Lebih baik jika anda menyertai papan-papan buletin atau forum-forum yang berkenaan terlebih dahulu.
Keenam, jangan mudah mengeluarkan wang deposit dengan harapan untuk mendapatkan sesuatu. Contohnya, soal selidik yang disediakan melalui beberapa laman-laman web yang menjanjikan bayaran bagi set
iap soal selidik jika anda dipilih menjadi pesertanya. Atau, dengan hanya membuat kerja-kerja di rumah anda akan dibayar dengan lumayan.
Ketujuh, gunakan akal fikiran anda ketika melayari Internet. Ini juga ditujukan kepada orang-orang Islam yang mencari maklumat mengenai Islam di dalam Internet. Jangan mudah terpengaruh oleh laman-laman web yang diragui di dalam bahasa Indonesia dan Inggeris. Juga laman-laman web yang mengandungi temu bual dengan orang-orang Melayu yang telah murtad.
Kelapan, layari Internet dengan cermat. Pastikan matlamat atau tujuan anda melayari Internet. Jangan mudah tersasul dengan melayari tempat-tempat yang boleh menggoda diri anda atau membangkitkan hawa nafsu anda. Walaupun anda seronok tetapi anda menanggung risiko yang akan menyebabkan anda menyesal kelak.
Akhir sekali, di dalam Internet telah tersedia berbagai-bagai sumber ilmu. Apa sahaja yang anda ingin pelajari, semuanya boleh didapati secara percuma di dalam Internet. Manfaatkan ilmu dan masa anda melayari Internet!

Tulisan ini merupakan soal jawab agama tentang dunia siber. Tulisan berikut adalah jawapan dari sudut pandangan agama Islam tentang beberapa perkara yang b erkaitan.

Jangan percaya e-mel menang wang
Bersama MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

1. Baru-baru ini saya menerima emel menyatakan bahawa saya memenangi sejumlah wang (yang agak besar), hasil cabutan bertuah daripada kira-kira 10,000 emel dari Australia, Asia dan beberapa negara lain. Badan yang menganjurkan cabutan tersebut berpusat di Australia. Saya meragui sumber kewangan yang digunakan untuk hadiah tersebut.

A) Bolehkah dikatakan saya menang ‘loteri’ sedangkan saya tidak bertaruh walau satu sen pun wang untuk memenangi hadiah tersebut. Setahu saya loteri adalah salah satu jenis perjudian.
JAWAPAN: Pertamanya mengikut pengamatan saya e-mel seperti ini tidak betul. Kebiasaannya merupakan satu penipuan. Lebih-lebih lagi belum pernah sesiapapun memenangi peraduan tersebut.
Yang keduanya, jika saudara benar-benar ditawarkan jumlah wang dari cabutan tersebut wang itu adalah haram diambil atau diguna ini kerana adanya unsur-unsur al-Gharar (tipu daya). Lagipun sumber kewangan tersebut diragui sama ada halal atau haram. Apabila sumbernya tidak jelas maka wang itu juga diragui dari sumber yang haram. Ia bukan loteri tetapi cabutan bertuah, loteri hilang duit pertaruhan, yang ini saudara tidak mengeluarkan walaupun sesen.
B) Apakah hukumnya saya menerima wang tersebut dan menggunakannya?
JAWAPAN: Haram hukumnya saudara menerima wang tersebut, berdasarkan penjelasan di atas.
C) Jika sumber wang tersebut diragui, bolehkah saya menggunakannya untuk membayar hutang (contohnya PTPTN), membeli kereta, rumah dan sebagainya asalkan tidak digunakan untuk membeli makanan dan minuman.
JAWAPAN: Berhutang dan membayar balik suatu yang sudah ditetapkan caranya oleh Islam. Ini kerana wang yang diperolehi untuk sesuatu tujuan seperti pinjaman belajar, berniaga dan sebagainya. Setiap hutang perlu dijelaskan dengan kadar segera atau dijelaskan pada tempoh yang telah disepakati bersama. Wang yang digunakan untuk membayar hutang juga perlu halal sumbernya, jangan disebabkan ingin lepaskan bebanan hutang maka sumber yang tidak halal dijadikan penyelesaian.
Nasihat saya agar jangan terlalu cepat percaya pada janji yang kononnya kita mendapat cabutan bertuah dengan jumlah wang yang besar. Apa yang pasti tiada sesiapapun yang akan memberi duit dengan begitu mudah, sedangkan duit ini menjadi rebutan manusia.
Mutakhir ini ramai yang tertipu dengan janji-janji palsu dengan menggunakan pelbagai cara. Ustaz berharap masyarakat kita perlu sedar untuk menjadi kaya atau untuk menjadi senang tidak ada jalan singkat atau jalan pintas. Kesenangan dan kejayaan perlukan pengorbanan dan kesungguhan, kerana itu sunah Allah s.w.t ke atas alam ini.
2. Bolehkah kita menerima wang bayaran hutang dari sahabat sedangkan punca wang itu dari sumber yang diragukan halalnya tetapi dalam masa yang sama kita amat memerlukan bayaran hutang darinya?
JAWAPAN: Membayar hutang itu wajib, maka tindakan sahabat saudara untuk menjelaskan hutang memang dituntut oleh Islam. Masalahnya sekarang ialah apabila saudara meragui sumber wang yang digunakan untuk membayar hutang kepada saudara.
Dalam Islam, hukum itu dibina atau dikeluarkan dengan melihat kepada sesuatu perkara dengan penuh keyakinan dan pasti. Jika saudara hanya meragui tanpa kepastian atau tanpa sebarang bukti maka tidak ada salahnya saudara terima. Tidak kira sama ada duit itu digunakan untuk membayar hutang atau kegunaan lain. Lagipun duit itu adalah hak saudara yang patut saudara terima selepas ia dipinjamkan kepada orang lain.
Sekiranya saudara pasti duit itu daripada sumber haram seperti hasil dari perjudian, jual perkara haram, curi dan sebagainya yang boleh dikategorikan sebagai sumber yang haram, maka pada ketika itu saudara tidak boleh menerimanya walaupun saudara terdesak. Ini kerana sumber yang haram tetap haram tidak kira di tangan siapa ia berada, hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Setiap sesuatu yang tumbuh daripada sumber yang haram maka neraka jahanamlah yang lebih utama baginya.”
Hadis ini bermaksud setiap yang tumbuh dari sumber yang haram maka tempat tinggalnya ialah dalam neraka. Jelas di sini bahawa sumber yang pasti keharamannya adalah haram diguna, dimakan, diderma dan sebagainya. Sekiranya saudara masih ragu maka lebih baik yang diragui itu ditinggalkan sahaja, tidak perlu diambil. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antara kedua-duanya ada perkara yang diragui (mushtabihat)… barang siapa yang dapat menjauhi perkara sesungguhnya dia telah menyelamatkan agamanya…”
3. Baru-baru ini abang saya mendapat sejumlah wang dari simpanan pekerja kerana cukup umur pencen 55 tahun. Beliau memberikan sejumlah wang kepada bapa untuk membayar upah haji bagi lima anggota keluarga yang meninggal dunia lebih 30 tahun lalu. Apakah hukum perbuatan abang saya kerana beliau sendiri belum lagi menunaikan haji dan belum pun mendaftar di Tabung Haji kerana alasan belum bersedia? Bagaimana sekiranya beliau meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji untuk dirinya sendiri?
JAWAPAN: Menunaikan ibadah haji merupakan tuntutan rukun Islam yang kelima. Ibadat ini sangat fleksibel kerana difardukan ke atas mereka yang mampu sahaja. Mampu ini termasuk dalam segi kewangan, kesihatan dan ditambah dengan perjalanan yang mesti aman dan selamat.
Maka jelas kepada kita haji hanya wajib bagi mereka yang mampu seperti mana yang dijelaskan dalam al-Quran, Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai ke sana… (al-Baqarah: 97).
Abang saudara sudah semestinya beliau yang sepatutnya menunaikan haji. Ini kerana beliau sudah termasuk dalam kategori orang berkemampuan, bila cukup kemampuan wajib menyegerakan urusan untuk menunaikan haji. engupah orang menunaikan haji bagi sanak saudara yang meninggal tidak dituntut cuma digalakkan bagi mereka yang mempunyai kemampuan yang berlebihan.
Allah s.w.t. tidak akan menyeksa seseorang kerana tidak melakukan ibadah haji kerana tidak mampu. Jika mereka yang telah kembali kepada Allah s.w.t. tidak mampu maka mereka tidak akan disoal, sebabnya Allah s.w.t. lebih mengetahui keadaan dan kemampuan hamba-hamba-Nya. Nasihat saya, seg
eralah mendaftar di tabung haji untuk urusan ibadah haji. Ingatlah yang bakal disoal oleh Allah s.w.t. ialah orang yang mampu tapi melengahkan sehingga bertemu ajal.
Harian metro pernah memaparkan berita tentang kes ini pada Isnin 23 mac 2009 di http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090323090544/Article/index_html

Lapor polis diugut penulis buku

KUALA LUMPUR: Berang dengan penerbitan buku didakwa mengandungi perkara fitnah terhadapnya Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (gambar), membuat laporan polis berhubung penerbitan buku berkenaan bertajuk ‘Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin’.

Khairy mendakwa penulis buku itu mengugutnya meminta bayaran RM100,000 daripadanya pada 17 Februari lalu sebagai tidak menerbitkan buku berkenaan, bagaimanapun tidak dilayan. Beliau ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, jam 10.15 pagi semalam. Katanya, penerbitan buku itu bertujuan menjatuhkan imejnya menjelang pemilihan Ketua Pemuda Umno beberapa hari lagi.

“Hasil maklumat diterima dipercayai penulis buku terbabit ditaja pihak tertentu yang juga musuh politik saya mempunyai niat sengaja menjatuhkan imej serta karier politik saya. Difahamkan buku itu dihantar ke setiap perwakilan Pemuda Umno di seluruh negara menggunakan khidmat pos,” katanya.

Khairy mendakwa mengetahui berhubung pengedaran buku itu selepas dimaklumkan perwakilan minggu lalu, menegaskan tidak melayan permintaan penulis berkenaan kerana beliau tidak bersalah dan kandungan buku berkenaan dianggap fitnah. Ditanya mengapa beliau tidak membuat laporan polis sejurus selepas menerima ugutan, Khairy berkata beliau tidak melaporkannya kerana berharap penulis itu membatalkan hasrat menerbitkan buku.

Beliau meminta perwakilan Pemuda Umno yang menerima buku berkenaan tidak terpengaruh dengan kandungannya berikutan penulisnya tidak mempunyai kredibiliti dan tindakannya itu bertujuan meminta wang ugutan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 385 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan memfitnah.

Selasa 24 mac My metro

Harakah digantung 3 bulan

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta. Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata kedua-dua akhbar terbabit didapati melakukan kesalahan berdasarkan aliran pemberitaan yang jelas melanggar garis panduan kementerian dan syarat permit. Beliau berkata, Harakah milik Pas dan Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) didapati kerap kali mengeluarkan artikel yang mempersoalkan kedudukan raja selain cenderung mensensasikan berita berunsur fitnah dan mengelirukan yang mewujudkan salah faham di kalangan masyarakat.

“Memang benar kita menggantung permit dua akhbar tersebut bermula hari ini. Tindakan berkenaan bukan bermaksud kerajaan menyekat kebebasan media tetapi bagi menjaga keharmonian dan sensitiviti masyarakat di negara ini yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata kerajaan tidak pernah menyekat kebebasan dalam menyebarkan ideologi dan fahaman politik melalui akhbar tetapi jika bahan berita itu diputar belit dan mewujudkan konflik di dalam masyarakat, tindakan serius perlu diambil. — Bernama

Internet seringkali dipaparkan dari sisi negatif berbanding keupayaannya memudahkan banyak urusan manusia. tulisan berikut memaparkan bagaimana internet mampu digunakan secara wajar untuk membenteras jenayah, bukan sahaja untuk melakukan jenayah.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100128124604/Article/index_html

Perhilitan tumpas cubaan jual hidupan liar menerusi Internet
SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor merampas tiga burung, dua iguana, seekor biawak dan empat ular yang cuba dijual menerusi Internet dalam beberapa tangkapan dari 23 Januari hingga Selasa lalu.

Pengarah Perhilitan Selangor, Rahmat Topani, berkata tangkapan itu dibuat pegawai jabatan itu yang menyamar sebagai ejen atau pembeli yang berminat untuk membeli haiwan-haiwan liar itu daripada penjual yang dihubungi menerusi laman internet seperti http://www.adpost.com dan http://www.mudah.my. Beliau memberitahu pemberita di sini, hari ini bahawa pada 23 Januari lalu, seorang lelaki berusia 23 tahun diberkas bersama seekor burung kelicap kunyit dalam sebuah kereta di Taman Maluri, Cheras, manakala pada malam hari yang sama, seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan di kediamannya di Bandar Baru Bangi bersama dua murai batu.

Selasa lalu, empat anggota penguatkuasa Perhilitan menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di Klang dan menjumpai dua iguana dalam kereta yang dipandunya. Hasil pemeriksaan di rumah lelaki itu, anggota Perhilitan menemui seekor biawak dan empat ular. Beliau berkata, haiwan yang dirampas seperti burung dijual antara RM150 dan RM400 seekor tetapi bagi haiwan yang jarang ditemui seperti ular sawa jenis boa constrictor, harganya boleh menjangkau hingga RM7,000. – Bernama
Di negara maju, pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh perkhidmatan internet telah dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelbagai bidang. artikel ini dilayari di
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt;=0127&pub;=Kosmo&sec;=Rencana_Utama&pg;=ru_02.htm

Era digital sastera Eropah
PROSES pendigitan bahan bacaan ke dalam bentuk digital memakan masa yang lama dengan kos yang tinggi.

MENGAKUI kekosongan dan kekurangan bahan sastera dalam talian, sekumpulan setiausaha yang terlatih dan pakar-pakar teknologi maklumat (IT) bergabung bagi mengumpulkan warisan sastera di Eropah untuk memasuki era digital. Usaha itu sebenarnya membuka lembaran baru untuk satu kehidupan berbeza dalam bahan sastera di Eropah.

Syarikat tempat mereka bekerja, Safig adalah salah satu firma di Perancis yang menghasilkan buku-buku digital menggunakan kaedah automatik atau manual menggunakan tangan. Ia melayakkan syarikat utama yang bertanggungjawab dalam pelan utama Perancis bagi mewujudkan perpustakaan dalam talian. Bagaimanapun, ada pihak yang mendesak Safig melakukan kerjasama dengan Google, iaitu syarikat Internet gergasi Amerika Syarikat (AS) walaupun ada pihak yang lain membantahnya kerana melihat Google mendapat kepentingan yang besar.
“Kami sedang melalui fasa politik yang kritikal,” ujar ketua projek berkenaan, Christophe Danna merujuk kepada perkembangan proses itu. “Apa sahaja hasilnya, ia akan menentukan masa depan pasaran buku,” katanya.
Bagi Ketua Bibliotheque Nationale de France (Perpustakaan Nasional Perancis), Bruno Racine, projek AS$1 bilion (RM3.41 bilion) untuk mendigitalkan perpustakaan dan muzium di negara itu adalah sebuah kesatuan kebudayaan dan strategi perindustrian yang perlu dibanggakan. Beliau juga adalah seorang penasihat strategik kepada NATO.
Dengan Google telah berjaya mempunyai 10 juta buah buku digital, ramai yang melihat usaha Perancis melalui Safig sejak tiga tahun lalu dengan 300,00
0 buah buku digital adalah terlalu kecil. Kerana ini salah satu kemungkinan peningkatan jumlah tersebut adalah dengan berkompromi dengan Google yang mampu mempercepatkan pendigitan secara besar-besaran.
Perjanjian Faustian
Sementara itu Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berjanji negara itu tidak akan mengenepikan khazanah-khazanah sasteranya begitu sahaja. Namun, ramai pakar intelek menggesa agar kerjasama dengan Google tidak dilakukan. Sebuah perpustakaan di Lyon yang menandatangani Perjanjian Faustian untuk mendigitkan buku dengan kerjasama Google sebelum ini menerima kritikan hebat kerana berbuat demikian.Ramai masyarakat Perancis merasakan karya sastera seperti sajak Baudelaire lebih bersifat khazanah nasional berbanding industri automotif.
Bagaimanapun Perancis ada mengatakan kesediaannya untuk berbincang dengan Google untuk menyertai projek itu, tetapi dengan penambahan beberapa terma baru untuk menguntungkan pihaknya contohnya mewujudkan penukaran buku bebas secara percuma. Sekiranya kerjasama itu berlaku, ia adalah satu tamparan besar kepada Pengarah Bibliotheque Nationale de Francee, Jean-Noel Jeanneney kerana dia adalah pengkritik Google yang kejam malah menulis sebuah buku bagi menyelar projek buku syarikat itu yang dianggap ancaman kepada budaya non-Anglophone.
Di bawah perjanjian itu, Bibliotheque Nationale de France akan membenarkan Google menggunakan buku-buku mereka yang didigitkan dan sebagai balasan, mereka mempunyai capaian lebih luas kepada koleksi Google. “Kami mengalu-alukan cadangan itu. Kami bersedia berbincang,” kata jurucakap Google, Simon Morrison.
Isu-isu tersebut timbul selepas perkembangan era digital yang semakin pesat sejak beberapa tahun lalu. Seiring peningkatan pembaca elektronik, buku dilihat menjadi sektor seterusnya yang akan berkembang sebagai revolusi dalam talian selepas muzik dan filem. Syarikat kajian teknologi, Forrester menganggarkan jualan e-pembaca di AS sahaja mencecah 3 juta unit pada tahun 2009 dan menjangkakan jumlah itu bakal meningkat dua kali ganda tahun ini. Bagaimanapun, kebimbangan perkembangan era digital itu adalah kemusnahan bahan cetakan dan keindahannya.
Manfaat di bawah Google
Bukan suatu peranan kecil, maklumat sastera yang ditawarkan dalam laman web banyak membantu di samping Google yang memaparkan cebisan kandungan buku. “Kerana Google kami wujud,” kata Jill Cousins, Pengarah Eksekutif di laman web budaya berbilang bangsa (www.europeana.eu) kepada Reuters. “Mereka telah membantu Eropah melaksanakan sumbangan yang besar dengan menjadikan ahli-ahli politik peka dengan defisit budaya dalam talian masyarakat Eropah.
Europeana yang mendapat dana daripada Pesuruhjaya Eropah, sebagaimana laman web awam lain yang turut didanakan akhirnya mahu bergabung dengan peruncit-peruncit dalam talian supaya pembaca mudah membayar di bawah hasil kerja yang mempunyai hak cipta. Di dalam makmal pendigitan luar bandar Safig, harapannya adalah supaya mana-mana syarikat awam dan swasta dapat menjana kerja untuk firma-firma lain yang lebih kecil.
Safig memulakan pendigitan buku-buku untuk perpustaan awam pada tahun 2000. Sejak itu jumlah orang yang bekerja dalam projek berkenaan meningkat dengan di La Chatre sahaja berjumlah 80 orang, dengan 400 lagi melalui operasi penyumberan luar di Mauritius dan Madagascar. Di samping itu, persaingan dalam kalangan kakitangan dilihat paling ketara terutama apabila mereka membaca perkataan-perkataan yang dicetak dan berdesing merentasi pengimbas setiap hari.
Mereka bercakap mengenai keseronokan pendigitan rekod-rekod yang ditulis tangan, atau membaca karikatur purbakala bersifat perkauman daripada arkib Bibliotheque Nationale de France. “Gembira apabila dapat mendigitkan buku-buku lama, untuk melindungi hasil karya asli daripada usang dan memberi peluang kepada semua orang untuk membacanya. “Tetapi salinan-salinan digital itu adalah lebih steril jika dibandingkan dengan yang asli. Ini kerana seseorang telah menyentuh buku ini,” kata Colin Clement yang berusia 25 tahun menjelaskan pengimbas berbeza itu. – Reuters

Pelbagai perkara positif boleh dimanfaatkan dengan kewujudan teknologi maklumat dan kecanggihan komunikasi semasa pada hari ini. Artikel ini di petik dari Utusan Malaysia tentang kegigihan seorang Muslim menyebarkan dahwahnya menggunakan majalah email sebagai saluran yang boleh dibaca di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt;=1224&pub;=Utusan_Malaysia&sec;=Bicara_Agama&pg;=ba_01.htm

ARKIB : 24/12/2009

Emel saluran dakwah Sarah
Susunan ZUARIDA MOHYIN

PADA usia 13 tahun, abang kandungnya telah memeluk Islam. Alasannya mudah, kerana perkahwinan. Pada masa itu, Sarah Joseph, antara penganut kuat fahaman Roman Katolik sangat membenci keputusan abangnya itu, sekali gus menuduhnya sanggup menjual keyakinan hanya kerana seorang wanita. Tambahan pula, Islam adalah sesuatu yang asing dan sangat menakutkan. Ini kerana pada masa itu beliau sekadar mengetahui sisi negatif Islam menerusi pembacaannya di media massa.

“Hakikatnya, prasangka buruk tentang Islam sukar untuk hilang. Saya tahu perasaan takut itu wujud kerana saya belum tahu Islam yang sebenarnya. Lantas, saya putuskan untuk mencari informasi tentang Islam kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak ketika itu. Tak berapa lama selepas itu, saya mengambil keputusan meninggalkan ajaran Katolik. Ia bukan kerana saya tertarik dengan Islam tetapi kecewa dengan aturan paderi besar yang berpusat di Rom. Keputusan itu juga tidak bermakna saya memilih Islam. Waktu itu saya “kosong”. Saya masih berusaha mencari Tuhan. Dalam pencarian itulah, Islam hadir dalam hati ini. Islam menjawab semua pertanyaan saya, terutama tentang konsep Triniti. Seperkara lagi, al-Quran tidak mengalami perubahan sama sekali, berbeza dengan Injil,” akui Sarah yang akhirnya mengucap dua kalimah syahadah pada usia 16 tahun.
Kata Sarah lagi, ibadah solat turut menjadi faktor kepada pengislaman beliau. Acap kali melihat perbuatan duduk antara dua sujud serta menundukkan kepala ke sejadah, saat itulah terserlah dan terbuktinya kepatuhan seorang hamba kepada Penciptanya. Sarah mengakui pada peringkat awal, agak sukar baginya untuk merealisasikan Islam di dalam diri dan kehidupan. Terutama dalam usaha menjelmakan ajaran Islam ke dalam keluarga dan lingkungan sosial.
“Ibu bapa saya tidak bersetuju dengan rancangan saya untuk masuk Islam. Malah penolakan keras mereka semakin terserlah bila saya membuat pilihan mengenakan jilbab (bertudung kepala). Saya faham keluarga menentang keras kerana takut saya menjadi seorang yang lain. Saya tidak salahkan mereka, kerana fahaman mereka yang liberal. Boleh dikatakan proses penerimaan itu mengambil masa bertahun lamanya. Alhamdulillah, kini mereka sangat bahagia dan mereka senang dengan jalan hidup yang saya pilih dan ternyata ia pilihan yang betul dan benar,” jelas Sarah sentiasa berdoa agar ibu bapanya juga menerima cahaya Islam.
Wanita kelahiran kota London itu menempuh pintu lain dalam menterjemahkan Islam untuk dunia Barat. Lantas, Sarah, 37 tahun, telah menerbitkan majalah emel, sebuah majalah khas yang mengupas gaya hidup Muslim dengan sasaran bukan Islam.
Majalah ini pertama kali diterbitkan pada 2003 dan hanya dijual di kedai-kedai buku Islam. Namun lama-kelamaan, ia telah berjaya menarik pembaca bukan Islam sehinggalah bermu
la September 2005, edarannya mula diperluaskan. Kini emel beroperasi di Whitechapel, timur London, memiliki edaran di 30 buah negara. Ia juga boleh diakses di Internet (http://www.emelmagazine.com/)
Dalam sebuah wawancara dengan akhbar harian The Guardian terbitan di London, wartawan produktif ini ada menjangkakan bahawa Islam mempunyai peranan besar dalam menyelesaikan permasalahan dunia pada masa hadapan. Malah, beliau juga banyak menekankan bagaimana seharusnya seorang Muslim yang bermukim di negara Barat berperilaku dan ia tidak mustahil direalisasikan sungguhpun imej Islam sering dicalar dengan pelbagai kecaman dan tohmahan yang negatif.
menjelaskan Islam
“Saya rasa Muslim di Barat memiliki tanggungjawab untuk menjelaskan Islam pada kalangan Barat. Saya melihat Islam mempunyai keupayaan memberikan yang terbaik. Syaratnya, mereka harus terlebih dahulu melihat Islam sebagai sebahagian daripada penyelesaian dan bukan sebahagian daripada masalah yang harus dijauhi. Islamophobia dan anggapan Islam agama keganasan adalah satu fenomena yang sedang menular di dalam masyarakat Barat, tetapi kita sedang mencari jalan untuk membetulkannya. Menerusi emel yang menampilkan gaya hidup Islam merangkumi fesyen, hiasan dalaman, kewangan, keusahawanan, kesihatan, makanan hingga kisah kemasyarakatan, hobi dan penemuan ilmuwan Islam di masa lampau, diharap Islam lebih difahami.
“Kami ingin tampilkan sesuatu yang lain. Hal-hal normal yang berlaku dalam Islam, yang tak banyak diketengahkan, cuba ditonjolkan. Ia supaya bukan Islam jelas bagaimana agama Islam itu sebagai satu cara hidup. Kami menawarkan jendela masuk ke komuniti Islam, jauh daripada sekadar ungkapan-ungkapan berbau klise,” kata Sarah yang pernah mendapat undangan mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Pun begitu, Sarah menyimpan sedikit kerisauan apabila melihat kerakusan beberapa media yang sewenang-wenangnya menokok-tambah berita-berita tentang Islam.
“Jika orang ramai dimomokkan dengan kisah-kisah tidak benar tentang Islam, lambat laun ia akan memburukkan lagi imej Islam yang sudah sedia dilabel negatif, sekali gus menimbulkan ketakutan bukan Islam untuk mengenali Islam. Maka ini tidak sihat bagi masyarakat kami,” kata beliau. Akui Sarah lagi, perilaku segelintir Muslim yang tidak Islamik, juga tidak membantu merubah imej Islam di Barat. Satu keji selidik yang dibuat pada 2002, mendapati 70 peratus masyarakat Britain tidak mengetahui apa-apa, bahkan tidak peduli sama sekali apa itu Islam. Mereka fahami Islam hanya berdasarkan informasi daripada media sahaja. Sayangnya, media pula tidak menunjukkan Islam atau memberi gambaran Islam yang sebenar.
Oleh itu, saran Sarah, adalah terletak di bahu setiap Muslim di Britain untuk bersikap proaktif dalam mempamerkan perkara-perkara positif dalam Islam. Malah beliau berkeyakinan padu bahawa Allah SWT telah menciptakan dunia ini, jadi, di Barat juga adalah sesuai untuk seorang Muslim mempraktikkan kepercayaannya.

Perkembangan dunia maya yang terlalu cepat bergerak pada masa ini tidak boleh dilihat dari sudut negatif semata-mata. Manfaatnya yang besar perlu dikaut oleh semua orang kearah pembangunan dunia secara keseluruhan. Laman web sosial sepatutnya boleh digunakan secara lebih efektif dan bermanfaat untuk pelbagai kegunaan yang bersifat positif, bukan hanya borak kosong seperti gebang di kedai kopi dan membuang masa. Artikel berikut boleh membantu anda melihat fonomena masa kini tentang laman web sosial yang boleh disurf di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt;=0114&pub;=Utusan_Malaysia&sec;=Sains_%26_Teknologi&pg;=st_01.htm

SAINS & TEKNOLOGI ARKIB : 14/01/2010

Fenomena laman web rangkaian sosial
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

SEAKAN menjadi rutin. Internet kini merupakan sebahagian daripada kehidupan. Setiap hari kita tidak akan lupa untuk melayari laman web terutama rangkaian sosial yang menjadi kegemaran. Melihat keterujaan itu, pengikut laman berkenaan pastinya mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka begitu seronok dan tertarik untuk menyertai aktiviti komunikasi secara maya. Secara amnya, laman web rangkaian sosial merujuk kepada perkhidmatan yang membenarkan individu membentuk komuniti sosial secara dalam talian untuk pelbagai tujuan dan aktiviti.

Tidak semata-mata menyediakan platform perbincangan atau pertukaran pesanan di antara ahli, kehadiran laman-laman ini turut menawarkan pelbagai medium interaksi moden. Ia termasuklah aplikasi perbualan dalam talian, perkhidmatan emel, paparan video, pembinaan blog dan perkongsian fail. Menerusinya, aktiviti perbincangan akan menjadi lebih mudah kerana semuanya boleh dilaksanakan secara dalam talian. Kegilaan terhadap aktiviti ini semakin berkembang hari demi hari sehingga berjaya mendominasi kedudukan tertinggi bagi pelayaran laman web di kalangan pengguna Internet global.
Secara keseluruhannya, kini terdapat lebih kurang 170 laman web rangkaian sosial yang popular dan aktif digunakan oleh pengguna Internet seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Myspace Friendster dan sebagainya. Mengambil contoh laman interaktif Facebook, ia kini memiliki 350 juta pengguna di peringkat global.
Di Malaysia, fenomena kegilaan ini bukan sesuatu yang baru. Jika dahulu ia hanya terkenal di kalangan golongan muda tetapi sekarang sambutan yang baik turut diterima daripada golongan profesional. Ini kerana, selain berfungsi sebagai saluran komunikasi interaktif, platform tersebut juga diaplikasikan secara meluas untuk pelbagai tujuan lain seperti perniagaan dan politik. Berdasarkan kajian, pengguna Internet di negara ini telah menjangkau 16 juta orang. Angka tersebut dijangka mencecah 20.4 juta orang menjelang 2012. Daripada jumlah itu, perkhidmatan laman web rangkaian sosial telah mencatatkan penggunaan sebanyak 66 peratus.
Laman terkenal
Ia menjadikan Malaysia berada di kedudukan ketiga dari segi akses laman berkenaan selepas Singapura dengan 74.3 peratus dan Korea Selatan, 68 peratus. Antara laman terkenal dan paling kerap dikunjungi oleh pelayar Internet negara ini adalah Facebook dengan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Ia diikuti laman Friendster yang mencatatkan 4.2 juta pengguna. Seterusnya Myspace mempunyai 2.1 juta dan akhir sekali Twitter mencatatkan lebih kurang 750,000 pengunjung.
Antara keunikan laman web rangkaian sosial ini, ia mampu menjadi medium terbaik untuk mengumpulkan rakan-rakan dan saudara-mara lama yang telah terputus hubungan. Melalui laman web ini setiap akaun profil pengguna akan mengandungi maklumat pemiliknya seperti nama, alamat, nombor telefon dan data penting lain bagi kemudahan pencarian. Lebih menarik, pengguna turut dibenarkan memuat naik foto-foto dan video kegemaran mereka untuk dikongsikan bersama ahli komuniti lain. Dengan cara tersebut, setiap individu berpeluang memberitahu perkembangan terkini dan aktiviti yang sedang dijalankan kepada ahli komuniti. Bagi yang ingin menjalankan urusan perkongsian maklumat secara persendirian pula, laman web tersebut menyediakan aplikasi mesej peribadi di antara pemilik akaun dengan ahli-ahli terpilih sahaja.
Selain itu, pengguna turut ditawarkan aplikasi pengurusan kalendar bagi kemudahan menyimpan maklumat penting seperti temujanji, tarik
h lahir ahli komuniti, nombor telefon dan perancangan aktiviti bulanan. Tidak cukup dengan itu, pengguna laman web rangkaian sosial ini juga boleh mencuba pelbagai lagi aplikasi sampingan yang disediakan seperti permainan interaktif, kuiz dan sebagainya. Ketika awal kemunculan perkhidmatan ini sekitar tahun 2002, penggunaanya hanya terhad kepada pelayaran menerusi medium pengkomputeran dengan akses Internet. Namun, setelah berjaya mencetuskan fenomena luar biasa, ia kini boleh dicapai di mana sahaja melalui platform khas yang dibangunkan untuk aplikasi telefon bimbit. Dengan cara itu, ia akan memudahkan pengguna mengakses laman web rangkaian sosial mereka dari mana-mana sahaja lokasi mereka berada.
Dari sudut keselamatan, mungkin ada yang bertanya, sejauh manakah perkhidmatan tersebut menjamin penggunanya daripada risiko pencerobohan siber. Justeru, bagi memastikan kejadian tersebut tidak berlaku, pengguna dinasihatkan tidak mendedahkan maklumat peribadi dalam mana-mana aplikasi rangkaian sosial. Sebenarnya, perkhidmatan laman web rangkaian sosial ini mampu memberi banyak manfaat kepada penggunanya jika ia digunakan dengan cara yang betul. Tidak salah untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti tersebut. Cuma apa yang penting, setiap individu perlu menggunakannya secara bijak agar tidak membawa kesan negatif.
Artikel ini juga turut menyatakan gambaran corak hidup masyarakat hari ini yang bersosial secara maya, namun pada masa yang sama perlu meningkatkan tahap keselamatan. Artikel ini boleh dibaca di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt;=1223&pub;=Kosmo&sec;=Rencana_Utama&pg;=ru_02.htm
Kesan aplikasi sosial maya
Oleh SYAHRIR MAT ALI dan FATIN HASNAN
Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial dinasihatkan supaya tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kerdit, pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.

PENGGUNAAN Internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesat dan mula mengubah cara hidup mereka. Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012.

Kepenggunaan aplikasi rangkaian sosial di Malaysia pula telah mencatat sebanyak 66 peratus pada bulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing mencatat 74.3 peratus dan 68 peratus. Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruh dunia.
Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya. Sehingga kini, terdapat sejumlah 170 rangkaian sosial interaktif yang terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace, Tagged dan sebagainya. Facebook yang mendakwa memiliki sejumlah 350 juta pengguna dari segenap pelosok dunia, kini menyimpan lebih daripada 10 bilion gambar yang dikongsi oleh pengguna-pengguna laman rangkaian sosial tersebut.
Impak pada masyarakat
Berdasarkan statistik dari sumber Alexa dan Google Ad Planner, laman rangkaian sosial Facebook telah dikunjungi oleh kira-kira 6.2 juta pengguna Internet di Malaysia dan kira-kira 4.2 juta pula mengunjungi laman Friendster. Rangkaian sosial interaktif MySpace pula dikunjungi oleh 2.1 juta pengguna Internet di Malaysia manakala Twitter menerima kira-kira 750,000 pengunjung.
Walaupun fenomena rangkaian sosial global yang popular seperti Facebook telah mula menembusi pasaran dunia, terdapat juga beberapa aplikasi rangkaian sosial tempatan yang menawarkan kandungan dan perkhidmatan tempatan yang aktif digunakan seperti eKawan, Ruumz, GoEatOut, Circles99, FriendX, eMeiMei serta Pacmee. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial menyediakan ruang bagi penggunanya untuk meletakkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor telefon dan maklumat penting yang lain. Ciri asalnya bertujuan membantu memudahkan pengguna satu-satu perkhidmatan rangkaian sosial berkenalan dan berhubung telah secara tidak langsung mendedahkannya kepada risiko kecurian maklumat pengguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Laporan yang dikeluarkan oleh Sumber Media, Markmonitor bagi suku pertama tahun 2009 menunjukkan peningkatan hampir 240 peratus terhadap serangan phishing di Amerika Syarikat (AS) yang ditujukan terhadap perkhidmatan rangkaian sosial. Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Markmonitor, Frederick Felman, serangan phishing itu merupakan salah satu inovasi terbesar. Perkhidmatan rangkaian sosial menjadi sasaran utama penggodam Internet lantaran ia menyimpan banyak maklumat peribadi pengguna yang sangat bernilai. Setiap maklumat peribadi tersebut dikatakan boleh dijual di pasaran gelap pada harga AS$1 (RM3.80).
Selain itu, syarikat perisian antivirus F-Secure turut melaporkan tentang peningkatan risiko perisian berbahaya (malware) dalam perkhidmatan rangkaian sosial berikutan peningkatan serangan sebanyak 100 peratus pada tahun 2007. Terdapat juga perisian berbahaya yang menyamar seperti tampalan keselamatan (security patch) untuk memperdayakan pengguna perkhidmatan rangkaian sosial agar memuat turun dan memasangnya.
Hampir kesemua aplikasi rangkaian sosial tidak memiliki kaedah untuk mengesahkan umur sebenar setiap penggunanya, melainkan dinyatakan secara sukarela oleh golongan pengguna yang mendaftarkan diri. Ini mendedahkan golongan kanak-kanak kepada risiko masalah fidofilia iaitu salah laku seksual antara golongan dewasa dan kanak-kanak. Ia berlaku apabila pengguna dewasa boleh menyamar sebagai kanak-kanak dan menjalin hubungan dengan mereka. Kebanyakan aplikasi rangkaian sosial membenarkan pengguna meninggalkan komen pada catatan atau gambar pengguna lain. Kemudahan itu telah membuka ruang berlakunya kejadian buli dan gangguan siber.

Keselamatan

Kegilaan pengguna Internet, terutamanya golongan remaja, terhadap aplikasi rangkaian sosial telah menjadi sesuatu yang membimbangkan. Misalnya, seorang gadis berusia 17 tahun di Romania yang galak menggunakan aplikasi rangkaian sosial Twitter telah terbunuh akibat kejutan elektrik ekoran menggunakan komputer ribanya ketika berendam di bilik mandi.
Aplikasi rangkaian sosial turut dikatakan menjadi penyumbang kepada pelbagai masalah disiplin terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak yang menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan komputer. Budaya itu akan membawa kepada masalah kesihatan mata, postur badan disebabkan kedudukan yang tidak ergonomik dan sebagainya.
Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial perlu sentiasa peka dan mengambil langkah keselamatan seperti tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kredit, nombor pin, kata laluan pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya di mana-mana aplikasi rangkaian sosial.
Selain itu, setiap pengguna juga perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima kenalan yang ditemui dalam rangkaian sosial. Pengguna perkhidmatan rangkaian sosial diingatkan agar tidak mudah percaya dengan identiti yang dipaparkan kerana terdapat pelbagai kes identiti palsu melibatkan orang yang baru dikenali. Ini boleh membuka jalan kepada berlakunya pelbagai jenayah seperti kes rogol, rompak dan penip
uan. Pengguna juga dinasihatkan agar tidak sesekali klik pada pautan atau menerima dan memasang perisian yang diterima daripada orang yang tidak dikenali.
Fungsi privasi juga perlu diaktifkan pada akaun rangkaian sosial (sekiranya ada) yang digunakan untuk mengawal kumpulan individu tertentu daripada melihat maklumat penuh atau gambar-gambar milik pengguna-pengguna yang boleh dijadikan bahan ugutan. Hati-hati ketika meletakkan mesej dan gambar yang boleh memberikan petunjuk kepada identiti atau lokasi sebenar pengguna.

Artikel berikut adalah berita di akhbar tempatan tentang kes perculikan dua orang wanita luar Negara yang Berjaya ditumpaskan polis dipetik dari Berita harian, Utusan Malaysia dan Kosmo. Laman sembang maya turut mengundang kes-kes jenayah peringkat antarabangsa yang sukar dikesan pihak berkuasa. Sila kaji modus operandi yang digunakan dalam kedua-dua kes ini.

suhanaroslan@bharian.com.my

SUBANG JAYA: Seorang wanita Filipina yang diculik dan didera sekumpulan lelaki Afrika yang dikenalinya melalui laman sembang internet, diselamatkan polis di sebuah kondominium di Bandar Sunway di sini, beberapa hari lalu. Dalam serbuan itu, polis menahan lapan suspek iaitu lima warga Afrika dan tiga rakyat tempatan, termasuk tiga wanita.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata mangsa berusia 44 tahun dan bekerja di sebuah kilang di Jepun menjadi mangsa selepas sanggup datang ke Malaysia pada 12 Disember lalu, semata-mata mahu bertemu seorang suspek yang dikenali melalui laman sembang itu beberapa bulan sebelum itu.

“Perhubungan atas dasar bersembang di internet itu berlanjutan sehingga mangsa nekad datang dari Jepun ke Malaysia untuk bertemu suspek, namun sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mangsa dijemput empat lelaki warga Afrika sebelum dibawa ke sebuah kondominium di sini.

“Di situ, mangsa dikurung, diikat dan didera suspek dan rakannya lima hari sebelum dilepaskan dan ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Bandar Sunway, dua hari kemudian. Sebaik dilepaskan, mangsa menghubungi kakaknya di Jepun dan ketika itu mangsa terkejut apabila kakaknya memberitahu suspek meminta wang tebusan 3 juta yen jika mahu adiknya dibebaskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pondok bit polis di Jalan Kekwa, Puchong Perdana di sini, semalam.

Khalid berkata, kakak mangsa yang tidak membayar wang tebusan membuat laporan polis. Hasil maklumat daripada mangsa pada hari sama polis menyerbu dua rumah serentak di Mentari Court di sini dan di Taiping, Perak sehingga membawa kepada penahanan lapan suspek iaitu lima warga Afrika dan tiga warga tempatan termasuk dua wanita.

“Dalam serbuan ke kondominium itu, polis menemui beberapa barang berharga milik suspek seperti komputer riba. Difahamkan suspek juga terbabit dalam satu lagi kes culik yang membabitkan seorang wanita warga Kazakhstan di Kuala Lumpur,” katanya. Sementara itu, sumber polis berkata wanita warga Kazakhstan yang menjadi mangsa culik di Kuala Lumpur itu berusia 42 tahun. Difahamkan, dia juga diculik dan dikurung di rumah sama malah menggunakan modus operandi sama iaitu berhubung dengan suspek menerusi internet.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt;=1223&pub;=Utusan_Malaysia&sec;=Jenayah&pg;=je_02.htm

2 wanita asing diselamatkanOleh ASSIM HASSAN
assim.hassan@utusan.com.my
SUBANG JAYA 22 Dis. – Polis berjaya menyelamatkan seorang wanita Filipina dan Kazakhstan yang diculik dan didera oleh sekumpulan lelaki warga Afrika di sebuah kondominium di Bandar Sunway di sini, sejak seminggu lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebaik sahaja dua wanita itu dibebaskan, polis menahan lapan orang iaitu lima suspek ‘Awang Hitam’, seorang lelaki dan dua wanita tempatan yang berusia antara 21 dan 35 tahun, pada Jumaat lalu.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa dikatakan berkenalan dengan salah seorang suspek warga Afrika beberapa bulan lalu melalui Internet. Katanya, wanita Kazakhstan itu datang ke negara ini pada 11 Disember lalu manakala wanita Filipina terbabit datang pada keesokan harinya untuk bertemu dengan suspek. Beliau memberitahu, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mangsa dijemput oleh empat lelaki warga Afrika yang dikatakan rakan suspek sebelum dibawa ke Kondominium Mentari Court. “Mangsa kemudian dikurung, diikat dan didera oleh suspek dan rakannya selama lima hari sebelum dilepaskan di tepi jalan di kawasan Bandar Sunway pada Khamis lalu,” katanya selepas merasmikan pondok bit polis di Jalan Kekwa, Puchong Perdana di sini hari ini.
Tambah Khalid, suspek turut menghubungi kakak wanita Filipina itu yang berada di Jepun untuk meminta wang tebusan sebanyak tiga juta Yen jika mahu suspek dibebaskan dengan selamat. Bagaimanapun, Khalid berkata, kakak mangsa tidak menyerahkan wang tersebut sebaliknya memaklumkan perkara itu kepada pihak polis. Beliau memberitahu, hasil soal siasat ke atas mangsa yang ditinggalkan di tepi jalan, polis telah menyerbu beberapa buah rumah di Bandar Sunway dan Taiping, Perak.
“Ketika serbuan dilakukan di sebuah unit kondominium Mentari Court, polis menemui beberapa barangan berharga milik suspek termasuk komputer riba,” katanya. Sementara itu, sumber polis memberitahu, berlaku masalah komunikasi antara suspek dengan keluarga wanita Kazakhstan terbabit hingga menyebabkan mereka melepaskan wanita itu. Katanya, wanita Kazakhstan yang berusia 42 tahun itu kemudiannya pergi ke sebuah hotel di Puduraya dan berjaya diselamatkan pihak polis. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2009&dt;=1223&pub;=Kosmo&sec;=Negara&pg;=ne_06.htm

Awang Hitam culik warga asing, minta tebusanOleh MOHD. TURMADZI MADUN dan MUHAMMAD FIRDAUS HASSAN
berita@kosmo.com.my

PUCHONG – Lima warga Nigeria ditahan Jumaat lalu kerana dipercayai terlibat dalam satu kes penculikan wanita warga Filipina yang datang ke negara ini setelah terjerat kata-kata cinta melalui ruang sembang di Internet. Wanita tersebut yang bekerja di sebuah kilang di Jepun difahamkan telah datang ke sini untuk bertemu dengan kekasih hatinya warga Nigeria yang dikenali melalui Internet. Sebaik tiba di KLIA, wanita itu dijemput oleh kekasihnya dibawa tinggal di sebuah rumah di kawasan Sunway Mentari di Subang Jaya.

Malangnya, warga Nigeria yang berjaya memikat hatinya itu rupa-rupanya adalah penculik yang kemudiannya menghubungi kakak wanita itu di Jepun untuk meminta wang tebusan sebanyak 3 juta yen (RM113,799). Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, turut ditahan adalah dua wanita dan seorang lelaki tempatan yang bersekongkol dengan sindiket terbabit.
Katanya, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada seorang wanita Filipina yang bekerja di Jepun men
gatakan adiknya berusia 44 tahun diculik sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) 12 Disember lalu. Adiknya yang merupakan pekerja kilang di Jepun telah datang ke sini untuk berjumpa suspek selepas berkenalan selama beberapa bulan melalui Internet. Sebaik tiba, dia kemudiannya telah dibawa menaiki kenderaan sebelum dibawa ke sebuah rumah di Mentari Court Subang Jaya dan diikat, dikurung serta didera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pondok bit polis di Puchong Perdana di sini semalam.

Laman bual turut digunakan untuk tujuan tidak bermoral. Pengalaman seorang chatter diketengahkan dalam blognya di http://zymasaad.blogspot.com/2009/12/sungguh-lucah.html

Kecanggih manapun teknologi, bila disalahgunakan, maka implikasinya sangat besar. Biarpun laman sembang, dunia maya, internet dan sebagainya ini direkacipta untuk memudahkan urusan komunikasi dan penstoran data pada peringkat awalnya (untuk kemudahan dan membantu pengguna), namun, apabila disalahgunakan, ia tetap jadi jenayah. malah, impaknya semakin sukar diduga dan dikesan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s