Nur Fatima Binti Abdullah Mengganas Lagi

Saya pernah menulis tentang hal ini dalam blog ini secara panjang lebar dalam entri yang anda boleh baca di sini. Sekalipun saya sudah ceritakan secara panjang lebar tentang hal ini, saya masih lagi menerima emel yang menggunakan cara yang sama. Namapun masih sama. Setiap patah perkataan dalam emel ini juga sama. Tidak ada perbezaan sedikitpun. Dan hari ini, ketika membuka kotak emel rasmi saya di maharam@ukm.my, saya terima dua emel hanya selang sehari. Dia memang tak sabar, tak serik dan belum kaya sepenuhnya lagi. Kalau tidak, dia tak akan hubungi saya semula. Ataupun sebenarnya, dia dah lupapun dia pernah berkomunikasi dengan saya lewat emel sebelum ini.

Paling mudah, saya fikir, dia sebenarnya tidak tahu dan fahampun bahasa melayu seperti yang didakwanya. Kalau dia faham, dah tentu dia dah baca blog saya. Dah tentu dia tahu betapa helah dan penipuannya itu telah saya perincikan dalam blog ini. Jadinya, apa kata kita teruskan permainan ini?

Saya sertakan semula emel Nur Fatima binti Abdullah yang dihantar kepada saya seperti tertera di bawah;
Date:
Sat, 24 Jul 2010 23:39:30 -0500 [07/25/2010 12:39:30 PM MYT]
From:
NUR FATIMA BINTI ABDULLAH
To:
Undisclosed Recipients
Reply-To:
nurfatimabintiabdullah@yahoo.com.my
Subject: Assalamualaikum

nurfatimabintiabdullah@yahoo.com.my Ini sangat pentingdan apa jua informasi seterusnya akan saya beritahu kelak.Jutaan terima kasih di atas masa dan perhatian anda.

Assalamualaikum
Saya adalah Nur Fatima Binti Abdullah, seorang rakyat Malaysia yangbekerja di HSBC Bank, Amerika. Saya adalah seorang Pengurus Besar diBahagian Audit Dalaman.Dengan rasa hormatnya, saya memohon kepada anda untuk menganggap segalaisi kandung “mail” ini sebagai amat peribadi dan menghormati integritinya.
Atas siasatan terperinci yang hanya saya seorang saja individiu yangmengetahui latar belakang anda, saya dengan ini ingin memberi informasiyang saya tahu anda akan sangat berminat dan cenderung serta berupayamembantu.
Saya sedar anda pasti tertanya mengapa anda di pilih untuk segala ini.Oleh itu, saya mohon anda meneliti apa jua yang akan saya bentangkan selanjutnya agar dapat memahaminya.
Memandangkan keadaan yang sudah runcing kini, saya ingin meminta bantuandan kerjasama anda untuk mendapatkan sejumlah wang yang yang telah beradadalam akaun ‘dormant’ saya sejak tahun 2002 lagi. Wang ini saya perolehidari Amanah Wasiat, dimana 40% akan di serahkan kepada anda sebaik ianyadi sahkan berada dalam akaun pilihan anda. Wang ini berjumlah US$1.5 JUTA.
Baki sebanyak 60% lagi adalah milik saya. Kerjasama anda untuk mendapatkanwang warisan ini adalah kerana Pemegang akaun ini yang merupakan seorangUsahawan berbangsa Iraq telah pun meninggal dunia dan beliau tidakmeninggalkan seorang waris pun. Informasi ini telah saya dapati ketikasaya melakukan tugasan Audit Dalaman ketika itu.
Saya tidak di benarkan membuat sebarang tuntutan kerana posisi saya tetapisaya sememangnya boleh membuktikan kepada Bank bahwa saya dalah Pewarissah kepada wang tersebut.Anda hendaklah bekerjasama dan membantu saya dalam kes ini kerana jikatidak kesemua wang tersebut akan di serahkan kepada Jabatan PerbendaharaanNegara, apabila tiada tuntutan di buat dalam jangka masa yang di berikan.
Segala informasi dan langkah-langkah yang perlu di ambil akan saya berisecara terperinci apabila anda cenderung untuk membantu saya.Kepercayaan dan keyakinan lah yang akan membuahkan hasil yang lumayan..Walau pun jumlah yang diberikan mungkin kecil dari kaca mata anda tetapiia adalah anugerah yang tidak ternilai dan tidak di sangka. Jika dibiarkan ,wang itu akan lupus begitu saja.
Keikhlasan anda dalam membantusaya dalam tuntutan ini amat saya hargai dan harapkan di mana kitasama-sama akan memperolehi keuntungan.Jawapan anda terhadap kes saya ini hendaklah di salurkan melalui E-mailperibadi saya iaitu
Wassalam
NUR FATIMA BINTI ABDULLAH
Sekejab tadi, saya dah pun balas emel tersebut menggunakan dialek Kedah sepenuhnya. Kenapa dialek Kedah? Glamer sangat ke dialek Kedah atau saya nak mengantarabangsakan dialek Kedah tu? Kalau dia memang orang Malaysia, dia akan fahaminya sebab Google tak mampu nak translate bahasa dialek. Balasan emel saya tadi adalah seperti di bawah;

Wsalam,
trima kasih la…baik betoi hang no. Leh wat menantu ni. Pas ni leh la pi pinang hang…leh menantu kaya cheQ. Idup senang lenang la kalau ada menantu kaya lagu ni…ari-ari nak pi mekah pun bulehhhhh. Tak payah lagi dok kalut nak pikir pasai idop di dunia ni…leh wat amal tunggu goooo je.

Leh tolong orang macam-macam ni. Nak wat masjid buleh, nak wat skolah agama buleh…pendek kata, macam-macam leh wat. Dah dekat dengan bulan posa ni pulak…melimpah-limpah la pahla kita dok kutip siang malam kalau wat sedekah di mesjid, bagi kat anak-anak yatim…

lagu mana nak gi amik tuh weh? Mai habaQ skit. Kalu buleh cepat-cepat skit la noooo…nak pose dah ni. Pas tu raya la pulak…banyak nak pakai duit tu. Kalau leh cepat, buleh la kita pi raya di mekah. Pas semayang raya, kita pakat2 balik la nooooo makan ketupat.

Saya cuba guna Google translate untuk mengetahui bagaimana rupanya bila tulisan di atas diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Saya dapat seperti berikut;
Wsalam,MMS love it … well hang betoi no. Leh wat my in-laws. Pas ni la leh pi leh nuts hang … rich Cheq law. It is pleasing living law if there is a rich song … my placenta pi were bulehhhhh Mecca. Just dock the chaotic I think Pasai idop in this world … wait goooo good leh wat je.Leh help those kinds of things up. I wat buleh mosque, I wat … skolah religion buleh short, wat kind leh. I close with the moon … posa ni pulak la pahla blessings we collect docks day and night in the mosque if wat charity for orphans Kat …songs of my gi amik tuh weh? Mai habaQ skit. Kalu buleh quickly paid skit la … I want my pose. Pas tu la raya pulak … all I want to use money. If leh quickly, we pi buleh la raya.
Nampak macam lucu, tetapi saya pasti penerimanya akan memahami sedikit sebanyak. Kita tunggu apa jawapan yang akan saya terima nanti ya.
Peringatan:1. Elakkan diri dari terpedaya dengan emel sebegini, ia sebahagian daripada penipuan yang mengakibatkan jutaan ringgit di Malaysia. Sila layari CyberSecurity Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini keselamatan IT.
2. Emel ini akan sentiasa dikemas kini dengan hal ini sehingga saya tidak lagi menerima maklum balas dari penghantarnya.

3 thoughts on “Nur Fatima Binti Abdullah Mengganas Lagi

  1. Assalamualaikum..Dah lama saya x buka email. Tadi buka, ada plak email ni. Sebijik.Bukan x biasa, saya selalu dpt email mcm ni. Tapi, semuanya dalam bhsa inggeris. so, saya x prnah la buka email spam bhsa inggeris tu. tapi kali ni dapat melayu plak, teruja pulak saya nak baca.Bila baca, rasa nk trgelak pun ada. Nk menipu, agak2 la. Tak pandai menipu, jgn nak tunjuk terror. Last2, org nmpk juga kebodohan diri tu.Terus saya search kat tenet, n jumpa blog ni (sebenarnya saya da lama lawat blog ni, sebab sukakan entry saudara yg gemarkan dunia penulisan). Terima kasih atas info yg diberi.Moga kita lebih brhati2 di masa akan dtg..

  2. Assalamualaikum?Astaghfirullah al'azim..saya baru jak dpat emel ni tadi.tdetik lak search nama Nur Fatimah Binti Abdullah kat mr.google dapat lak jumpa kat blog ni..Al-Hamdulillah!

  3. Assalamualaikum?Astaghfirullah al'azim..saya baru jak dpat emel ni tadi.tdetik lak search nama Nur Fatimah Binti Abdullah kat mr.google dapat lak jumpa kat blog ni..Al-Hamdulillah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s