Lagi-lagi Terima Emel

Seketika tadi, semasa menyemak kotak surat elektronik rasmi, saya terima tiga emel yang sama dengan masa yang berselang beberapa jam seperti di bawah;

Nampak macam sangat terdesak untuk mendapatkan mangsa. Maklumlah kegiatan sebegini telah dicanang dan sebarluaskan seantaro alam. Ramai yang dah mengetahui tentang teknik penipuan sebegini, tambahan pula agak ramai juga yang mengalami kerugian kerananya. Pihak kerajaan memandang serius tentang hal ini. Berikut adalah kandungan emel berkenaan;

Date:Wed, 28 Jul 2010 07:15:45 +0200 [01:15:45 PM MYT]
From:
Maybank Group
To:maharam@pkrisc.cc.ukm.my
Reply-To:Undisclosed Recipients
Subject: Maybank Customers Security
Show this HTML in a new window?

Warning: This message may not be from whom it claims to be. Beware of following any links in it or of providing the sender with any personal information. The links that caused this warning have the same background color as this message.

Dear Customer,
This is to notify you that your account needs to be updated,
Also using our complete authentication and verification process (TAC)

https://www.maybank2u.com.my/ mbb/m2u/common/M2ULogin.do? action=Login

Perhatikan pada bendera Hungary yang terletak pada hujung alamat pengirim. Perhatikan juga alamat emel berkenaan yang diakhiri dengan dot.hu. Sekiranya emel berkenaan dihantar dari emel yang beralamat di malaysia, sudah pasti akan diakhiri dengan dot.my, contohnya; aku@yahoo.com.my, maharam@ukm.my, dan lain-lain.

Emel-emel yang dihantar oleh syarikat, bank, organisasi, atau jabatan kerajaan akan menggunakan emel rasmi mereka untuk semua urusan rasmi. Namun begitu, urusan rasmi sebegini selalunya dilakukan melalui surat yang dihantar terus kepada pelanggan mereka.

Apabila saya klik pada butang “Show this HTML in a new window” paparan yang sama pada tetingkap yang baru;

Warning: This message may not be from whom it claims to be. Beware of following any links in it or of providing the sender with any personal information. The links that caused this warning have the same background color as this message.

Dear Customer,
This is to notify you that your account needs to be updated,
Also using our complete authentication and verification process (TAC)
https://www.maybank2u.com.my/ mbb/m2u/common/M2ULogin.do? action=Login

Bila dah klik pada alamat di atas, tetiba sahaja saya telah dibawa ke laman web beralamat seperti berikut;

http://www.bandacheiodegraca.com.br/plugins/system/mybank/M2U-Login.phphttps://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login

Sekali tengok, memangpun dah hairankan? Nampak pelik sangat url yang dipaparkan ini, sedangkan kalau anda dah biasa dengan maybank, dah tentu cukup mengenali url http://www.maybank2u.com.my/ ataupun http://www.maybank.com/.

Saya cuba masukkan nombor id dan kata laluan yang saya cipta sendiri. Beberapa kali juga saya telah mencubanya tetapi dinyatakan tak valid kerana id dan kata laluan tersebut perlu menggabungkan antara huruf dan angka. Akhirnya, kata laluan dan id berkenaan telah diterima apabila saya gabungkan kedua-duanya (iaitu angka dan nombor). Paparan berikut keluar di skrin;

Apabila saya klik pada link “Go to my home page instead” ini, saya dapati skrin komputer saya kembali semula ke http://www.google.com/, Bermakna, link laman sesawang berkenaan telahpun ditutup oleh pihak berwajib. Tahniah kepada pihak berkenaan kerana sangat prihatin dengan perkembangan semasa. Semoga kegiatan sebegini dapat dibenteras. Dan, tiada lagi warga malaysia yang teraniaya.

Emel Public Bank juga mempunyai kandungan yang sama. Alamat emelpun lebih kurang sama juga dengan bendera Hungry di penghujung alamat emel berkenaan (maaf dalam blog ini tidak kelihatan kerana saya perlu downloadkan bendera berkenaan dahulu sebelum tampalnya semula di sini, tetapi dalam emel asal, logo bendera berkenaan memang ada).

Date:
Thu, 29 Jul 2010 09:20:40 +0200 [03:20:40 PM MYT]
From:Public BankBerhad”@server4.ewar.hu”
To: maharam@pkrisc.cc.ukm.my”>maharam@pkrisc.cc.ukm.my
Reply-To:Undisclosed Recipients
Subject:Protect Your Account

Images have been blocked to protect your privacy.

Warning: This message may not be from whom it claims to be. Beware of following any links in it or of providing the sender with any personal information. The links that caused this warning have the same background color as this message.

Dear Customer,
Thanks for banking with us,
As part of our security notification and also to notify our customer against any unauthorized login attempt,
This is why we have sent you this message to verify and secure your access,
Click below to be verify and protected
http://www.bandacheiodegraca.com.br/videos/senhordouniverso/public/Public.html

Sama seperti emel terdahulu, apabila saya klik pada alamat url yang disertakan, saya dilencongkan ke laman web baru yang beralamat seperti berikut;
http://www.bandacheiodegraca.com.br/videos/senhordouniverso/public/Public.html

Tak banyak bezanya url ini dengan url di atas. Macam lucupun ada, emel dari syarikat berbeza tetapi sama sahaja isinya. Macam pakat pulak. Hanya, apabila saya klik pada butang “Go to my home page instead”, saya tidak lagi berpeluang untuk mengisi apa-apa id dan kata laluan kerana laman web tersebut dilencongkan terus ke Google.com.

Kepada anda yang kurang mahir dengan IT, mohon agar lebih berhati-hati. Kemajuan IT sangat pantas, mungkin akan ada cara lebih terkini untuk melakukan penipuan seperti ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s