Permohonan Mengikuti MPR DBP 2010 Telah Dibuka

Peluang baik kepada anda yang berminat untuk mendalami dunia penulisan. Dewan Bahasa dan Pustaka telah membuka permohonan kepada calon-calon yang berminat untuk menyertai program tahunan di bawah program Minggu Penulis Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010.
Program ini banyak manfaat dan tidak wajar dilepaskan. Saya sertakan di bawah salinan yang saya kutip dari laman blog Minggu Penulis Remaja, iaitu;


Permohonan untuk menyertai program sistematik anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka kini telah dibuka. MPR 2010 akan diadakan pada 18-24 Disember 2010.

Syarat-syarat:

  1. Warganegara Malaysia berumur 17-21 tahun
  2. Pemohon mestilah pernah menghasilkan karya kreatif (puisi, cerpen atau novel) dan pernah disiarkan dalam media cetak.
  3. Pemohon hendaklah menghantar salinan karya kepada pihak penganjur.
  4. Bayaran penyertaan sebanyak RM30 dikenakan kepada peserta yang terpilih menyertai program ini.

Tarikh tutup permohonan: 12 November 2010

Borang permohonan boleh dimuat turun di sini.

atau hubungi pihak penganjur seperti maklumat di bawah:

Urus Setia
Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010
Pusat Penyelidikan Dan Pengembangan
Kesusasteraan Kanak-Kanak Dan Remaja (PURNAMA),
Jabatan Sastera, Aras 21, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50640 KUALA LUMPUR.
(U.P.: Zeti aktar Jaafar)

No telefon: 03-21481254
No faksimile: 03-21414109
Emel: zeti@dbp.gov.my
Laman web: http://www.dbp.gov.my
Blog: http://minggupenulisremaja.blogspot.com/

Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui telefon dan surat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s