Salleh Groger Samsa di Facebook

Entah kenapa, kita tidak pernah belajar daripada sejarah. Tidak pernah mengambil iktibar daripada kesilapan lalu. Tidak pernah menjadikan peristiwa lepas sebagai pengajaran. Azrin Md. Zain seorang juruteknik computer telah dipenjarakan lima bulan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan dia merupakan individu pertama yang disabitkan bagi kesalahan tersebut di Malaysia yang menghina institusi beraja terutama Sultan Perak. Aduka Taruna menghina almarhum sultan Johor, manakala penghinaan yang sama turut dilakukan oleh Lynette Lincoln dan Joanna Ann di Laman Sawang rasmi Tuanku Mizan, begitu juga Faiza Alih juga menggunakan facebook untuk tujuan yang sama. Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA), Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, didakwa menggunakan aplikasi Internet secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain. Semua ini pernah saya sebut semasa menulis tentang Rafiqin Darwisy. Sila rujuk entri ini sebelum meneruskan bacaan.

N
amun, semua itu tidak pernah kita ambil iktibar dan pengajaran. Kini muncul pula nama baru; Salleh Groger Samsa yang mengaku dirinya Islam, namun mempersendakan tentang ibadah puasa yang diamalkan seluruh penganut beragama Islam. Beliau menggunakan facebook sebagai medan perbincangan tentang perasaan dan ketidakselesaan dirinya apabila dipandang jelek oleh masyarakat apabila dia tidak berpuasa. Kini, focebooknya itu telah dikuburkan, namun perbualan atau perbincangan tentang ketidaksenangan Salleh Groger Samsa tentang ibadah puasa yang dianggap oleh penganut Islam lain sebagai “tidak sepatutnya ditulis oleh seorang penganut Islam yang baik” tetap meluas di merata blog.

Apabila menulis, walaupun menulis secara tidak rasmi di blog, facebook, twiter atau laman web pribadi, setiap orang di Malaysia sebenarnya perlu mematuhi beberapa perkara. Pematuhan ini sama seperti pematuhan yang perlu dilakukan oleh setiap penulis tanpa mengira genre yang diceburi (penulisan ilmiah, rencana popular, karya sastera dan sebagainya). Perkara yang sangat perlu dipatuhi setiap orang apabila menulis adalah;
i. Etika penulisan
ii. Akta dan undang-undang negara
iii. Sensitiviti bangsa, agama dan kepercayaan di Malaysia
iv. Beberapa sensitif yang tidak boleh disentuh dan dibincangkan secara terbuka

Perkara-perkara sebegini sebelum ini hanya diketahui oleh orang yang benar-benar berada dalam bidang penulisan sahaja. Namun, dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang teknologi hingga memungkinkan semua orang boleh menulis dan menyebarkan hasil penulisan mereka, perkara berkenaan sepatutnya turut disebarkan sama. Penulis tak bertauliah yang menulis di laman sawang, blog, twiter, facebook dan menggunakan sms juga perlu menyedari bahawa setiap apa yang ditulis dan disebarkan perlu mematuhi beberapa perkara yang diamalkan sekian lama.

Saya akan menulis tentang perkara-perkara di atas dalam entri lain nanti.

One thought on “Salleh Groger Samsa di Facebook

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s