Seni Dan Alam Sekitar Dan Beberapa Penyelidikan Lain.

Sebenarnya saya ingin sekali memperbaharui tulisan di sini selalu selalu. Tapi apakan daya, masa yang ada harus digunakan untuk perkara lebih penting. Namun sebelum berakhir tahun 2011 saya ingin berkongsi beberapa hasil penyelidikan yang pernah saya jalankan bersama-sama teman-teman. Antaranya ialah:

1. Seni Dan Alam Sekitar.

Antara kandungan abstraknya ialah…

Penyelidikan Seni dan Alam Sekitar ini bertujuan meneliti sejauh mana penggunaan elemen alam sekitar dalam proses pembinaan atau penghasilan sesebuah karya seni. Penelitian terhadap penggunaan ini tertumpu kepada apakah elemen alam sekitar itu dan cara (gaya) atau bagaimana ia digunakan sehingga lahirnya keharmonisan di antara elemen alam sekitar tersebut dengan proses pembinaan atau penghasilan karya seni itu. Justeru itu, empat kajian telah dibuat terhadap dua bidang seni iaitu Seni Kraf Tradisional dan Seni Sastera oleh empat orang pengkaji. Ia melibatkan kajian terhadap Motif Alam Semulajadi dalam Kraf Tradisional Melayu, kajian terhadap Isu dan Elemen Alam Sekitar dalam Novel Thriller Pilihan, kajian terhadap Syair Melayu Klasik dan Alam Sekitar, dan kajian terhadap Pantun Melayu dan  dan Alam Sekitar.

Selebihnya boleh dibaca disini:  http://www.scribd.com/doc/76281570/Seni-Dan-Alam-Sekitar

2. Seterusnya ialah penyelidikan bertajuk Keberkesanan Pengajaran Menulis Esei: Satu Perbandingan Dua Strategi Pengajaran Coaching Dan Tunjuk Cara.

Boleh dibaca di sini : http://www.scribd.com/doc/76281804/Keberkesanan-Pengajaran-Menulis-Esei

3. Yang terkhir untuk kali ini ialah satu lagi penyelidikan bertajuk Keberkesanan Strategi Kerja Lapangan Bagi Kursus ZZZT 2343 : Isu-isu Kekeluargaan.

Boleh dibaca di sini: http://www.scribd.com/doc/76282013/Keberkesanan-Strategi-Pengajaran-Melalui-Kerja-Lapangan

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s