Pelanggaran Etika Bioteknologi Dalam Karya Sastera

Kemajuan dalam bidang bioteknologi telah membuka banyak peluang dan wajah baru dalam banyak sektor seperti perhutanan, agrikultur, perubatan, genetik, rawatan air kumbahan, dan sebagainya. Teknik-teknik terkini dalam bioteknologi, termasuk kejuruteraan genetik membolehkan pemindahan ciri-ciri genetik diantara spesis yang sama dan antara spesis lain seperti bakteria, tumbuhan dan haiwan yang berlainan sama sekali. Ia sering diaplikasikan dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, perubatan, farmasi, perhutanan, pemuliharaan tenaga, pengurusan sisa pepejal perbandaran dan rawatan sisa kumbahan. Sekalipun pengubahsuaian genetik dalam bidang bioteknologi membawa banyak kebaikan kepada manusia, namun, penyalahgunaan dan pelanggaran etika terhadap teknik-teknik yang digunakan akan mengundang impak yang serius. Penyalahgunaan kejuruteraan genetik inilah yang diterapkan dalam novel Transgenesis. Novel ini telah mengetengahkan tentang pelanggaran dalam bidang bioteknologi yang melibatkan etika dan pelaksanaan penyelidikan.

Tidak banyak karya sastera yang mengupas tentang isu sains dan teknologi dihasilkan di Malaysia. Terbitnya novel Transgenesis karya Amir Husaini terbitan PTS telah mengisi kelompangan ruang yang ada.

Jurnal saya mengenai novel ini boleh dibaca di sini:

TransGenesis Pelanggaran Etika Bioteknologi Dalam Sastera

atau di electronic journal UM:

TRANSGANESIS: PELANGGARAN ETIKA BIOTEKNOLOGI DALAM KARYA SASTERA

Mohon maaf atas kesalahan ejaan di dalam sistem. Bukan Transganesis tetapi Transgenesis ..maafkan saya, tak pasti bagaimana kesalahan ejaan itu bermula dan lambat pula disedari… hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s