UKM guna ifolio gantikan SPIN

Mulai Semester 1, Sesi 2012/2013 semua pensyarah dan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menggunakan ifolio (integrated Portfolio Management System) menggantikan SPIN. Pensyarah boleh mengakses ifolio menggunakan ID UKMPer dan katalaluan seperti dalam eWarga; manakala pelajar boleh mengakses ifolio menggunakan ID Nombor Matrik dan katalaluan seperti dalam SMPWeb.

Berikut adalah makluman Ifolio untuk pelajar

Pengajaran dan pembelajaran akan lebih bersifat interaktif melalui penggunaan ifolio untuk jangka masa panjang.

Falsafah Pengajaran Pembelajaran dalam ifolio Maharam Mamat

Falsafah Pengajaran Pembelajaran dalam ifolio

Paparan ifolio Maharam Mamat

Saya memohon maaf kepada semua pelajar yang mengikuti kursus set saya sekiranya pengisian ifolio masih lagi berada pada tahap minimum. Pada semester ini, penggunaan ifolio baru diperkenalkan, jadi masing-masing, iaitu pelajar dan pensyarah masih lagi berada pada tahap belajar untuk menguasai, namun, diharap pada semester hadapan, penggunaan ifolia secara lebih efektif dapat dimanfaatkan. Memang seronok belajar kalau penggunaan ifolio ini dimanfaatkan sepenuhnya.

Kepada anda yang bukan terdiri daripada pelajar UKM juga boleh membuat akses ke ifolio saya iaitu ifolio Maharam Mamat. Walaupun maklumat yang ada di situ masih belum begitu sempurna, anda dialu-alukan ke sana. Dan, anda juga boleh mencadangkan pengisian yang boleh saya tambah dalam ifolio berkenaan dengan meninggalkan komen di sini. Semua cadangan dan pendapat anda sangat saya hargai.

Leave a comment